Wednesday, 30 December 2009

Perutusan Tahun Baru


S
empena dengan kedatangan Tahun Baru Masihi 2010 ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ingin menyahut soalan yang dilemparkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dalam blog beliau yang bertajuk "TAHUN BARU TAK TAHU MILIK SIAPA?".

Jawapan kami adalah :

" Parlimen Bukit Katil yang mengandungi dua DUN di dalamnya; DUN Bukit Baru dan DUN Ayer Molek akan menjadi medan jihad kami, jihad dalam jalan dakwah dan arena siasah. "

" Tahun 2010 ini kami sasarkan menjadi milik kami untuk terjun di dalam dua perjuangan ini. Tahun baru ini kami iltizam untuk bangkit dalam memiliki keberanian menyampaikan informasi benar dan tepat, berani menyatakan kebenaran dan berwibawa dalam setiap tindakan; sepertimana slogan Kelab Blogger PAS yang baru sahaja dilancarkan baru - baru ini. "

" Susunan gerak kerja sudah dirancang, aktiviti sudah diatur, jadi TAHUN BARU INI KAMI TAHU MILIK KAMI UNTUK BERJUANG DI JALAN KEBENARAN UNTUK MENUMPASKAN KEZALIMAN DI BUMI MELAKA INI ! "


Tuesday, 29 December 2009

Umno yang gila kuasa


B
erita gempar edisi petang Jumaat 25 Disember 2009 keluaran blogger angkasanuri menarik perhatian den untuk terus menziarahi blog beliau. Memang sah gempar - surau yang 'dinaiktaraf' melaksanakan solat Jumaat untuk warga Taman Merdeka, Batu Berendam yang terletak di dalam DUN Ayer Keroh, Parlimen Bukit Katil itu mencatatkan satu sejarah pilu apabila kesemua AJK syaraknya meletakkan jawatan.

Inilah hasil kerja puak - puak Umno Melaka yang gila kuasa. Kuasa yang digila-gilakan itu bukan tinggi mana pun, hanya jawatan Imam sebuah surau. Tetapi disebabkan pengaruh jawatan itu yang bukan sedikit terhadap masyarakat setempat, membuatkan orang Umno ( yang menurut blogger angkasanuri, orang kuat Ali Rustam ) mengidamkannya.

Natijahnya AJK yang selama ini bekerja untuk masyarakat tempatan melepaskan semua jawatan mereka. Siapa yang rugi? Tentulah masyarakat tempatan itu sendiri. Tetapi puak Umno Melaka peduli apa? Asalkan diri sendiri untung, sudah. Sungguh gila kuasa puak - puak ini sehinggakan AJK yang selama ini amat disenangi oleh penduduk di situ terpaksa meletakkan jawatan. Satu kerugian yang amat sangat kerana dalam keadaan Melaka yang penuh dengan gejala sosial ini memerlukan banyak kegiatan kerohanian untuk menjana sinar keimanan di kalangan masyarakat, telah kehilangan tenaga kerja dakwah yang komited.

Ada kebenarannya apabila blogger Angkasanuri melahirkan keyakinan beliau bahawa penduduk setempat akan meminggirkan program agama anjuran mereka yang gila kuasa ini.

Artikel asal di pautan berikut : angkasanuri.blogspot


---


25 December 2009

GEMPAR!!! KERANA POLITIK UMNO SELURUH AJK SYARAK SURAU/MASJID AN NANJIHIN LETAK JAWATAN SERTA MERTA!


Selepas solat Jumaat sebentar tadi, Imam 1, Imam 2,Bilal 2 dan seluruh jawatankuasa Surau/Masjid An Najihin Taman Merdeka Batu Berendam Melaka meletak jawatan berkuat kuasa serta merta. Kenyataan itu dibacakan oleh Imam Shuib selaku Imam 1 di hadapan kira-kira 1000 jemaah jemaah yang hadir selepas Solat Jumaat. Menurut beliau peletakan jawatan itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dilelakkan.



Namun, semua jemaah tahu bahawa surau An Najihin yang digunakan untuk solat Jumaat mengetahui campur tangan politik umno yang telah sekian lama mencampuri dalam pengurusan surau berkenaan yang didalangi oleh Bilal 1 yang juga pengerusi surau iaitu orang kuat Umno yang selama ini melobi diri sendiri untuk jawatan berkenaan. Campur tangan Umno dalam pengurusan surau berkenaan turut didalangi oleh Pengerusi JKKK Umno yang juga orang kuat Datuk Seri Ali Rustam di tempat berkenaan. Untuk makluman jawatankuasa surau yang telah lama berkhidmat itu tidak menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.



Peletakan jawatan ini menjadi tamparan hebat pada Umno di tempat berkenaan dan di Melaka yang seringkali menunjukkan sikap mencampuri urusan pengurusan surau dan masjid di Melaka. Timbul tanda tanya siapa yang akan menjadi imam dan jawatankuasa syarak selepas ini memandangkan Imam 1 dan lain-lainnya cukup disenangi penduduk dan kariah serta telah lebih 9 tahun berkhidmat di surau berkenaan. Selepas ini saya yakin surau berkenaan yang sering imarah dengan pelbagai aktiviti akan dipinggirkan oleh majoriti penduduk setempat yang kurang senang dengan campur tangan politik Umno yang gila kuasa di situ.



Suasana pilu menyelubungi di dalam masjid bila jemaah dan jawatankuasa syarak yang meletak jawatan berpelukan sesama sendiri selepas pengumuman perletakan jawatan itu dibuat.


Posted by angkasanuri at 12/25/2009 01:59:00 PM


Saturday, 26 December 2009

Berita Bergambar : Program Pelancaran Jabatan Amal Peringkat Kawasan Bukit Katil


Tempat : Sek. Men. (U) Ar-Rahmah, Solok Gaung
Tarikh : 8 Muharam 1431 / 25 Disember 2009 ( Khamis )
Masa : Selepas Solat Maghrib




Sebahagian daripada peserta yang hadir yang akan diserapkan ke Briged Amal Kawasan Bukit Katil.













Ustaz Abu Bakar sedang menyusun barisan anggota Briged Amal sebelum program bermula.












Perbarisan semasa menyanyikan lagu rasmi Jabatan Amal











Inilah bakal amilin jemaah Islam yang bersedia mengerah tenaga demi islam tercinta.














Anggota Briged Amal yang kebanyakannya berumur sekitar 14 - 17 tahun.












Unit Amal Malaysia - dikenali juga dengan panggilan Tentera Merah.











Saudara Puhat Bedol selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil sedang memberikan ucapan.











Antara pimpinan Pemuda Kawasan Bukit Katil yang hadir.







Ustaz Abu Bakar, komandan Jabatan Amal Kawasan Bukit Katil yang merupakan tenaga penting yang menggerakkan Jabatan Amal di sini. Disamping beliau ialah Ustaz Khairul yang merupakan pengerusi majlis pada program tersebut.



Saudara Juhari Osman , Ketua Pengarah Jabatan Amal Pusat sedang memberi ucapan dan seterusnya merasmikan pelancaran Jabatan Amal Peringkat Kawasan Bukit Katil.


Program ditamatkan dengan pautan salam dan pelukan semua peserta dan pimpinan. Moga ukhwah fillah yang terjalin terus terikat kukuh di dalam saf perjuangan.


DIA TIDAK MEMINTA, KITA TIDAK DIPAKSA


D
ia seorang pejuang reformasi semenjak di universiti lagi. Seorang yang low profile, tidak suka menonjolkan diri, mempunyai pemikiran terbuka, kritis dan punya semangat waja. Dia Ahmad Lutfi Othman.

Jasanya pada Harakah dan juga PAS cukup besar.

Walaupun beberapa kali beliau telah di "buang" daripada Harakah dan masuk semula untuk beberapa kali , dengan rendah diri dia tidak pernah mengungkit kisah-kisah lama; kenapa dia disingkirkan sebelum ini.


Ya, seorang yang bekerja kerana cintakan agamanya dan bukannya kerana manusia sejagat. Sukar memperolehi manusia seperti ini di zaman muktahir ini.

Pernah bawa keluarga tidur dalam Toyota Unser, tidak pulang ke rumah demi menjaga keselamatan keluarga bila beliau mendedahkan kebajetan pemimpin-pemimpin negara!

Hasilnya seorang Menteri Besar telah tumbang dan seorang lagi hampir tumbang!!

Ahmad Lutfi perlu dibantu, di mana beliau ingin mendapatkan wang sebegitu banyak jika kerja yang ditawarkan oleh akhbar-akhbar lain dengan kemewahan ditolak semata-mata ingin bersama dengan arus perjuangan Islam yang banyak menggunakan wang dan duit saku sendiri?

Sampai masanya untuk kita buktikan apa yang kita selalu bercakap tentang teori ukhwah, persahabatan dan perjuangan. Kita mesti membantu merasa perit maung yang dirasai oleh Ahmad Lutfi Othman.

Kita mesti berikhtiar untuk meringankan bebannya.

Kita mahu ada orang bekerja dengan Islam sepenuh masa.. Tapi kita tidak bersedia membantu mereka. Jika inilah sikap kita, masa depan perjuangan kita masih jauh.

Saya menyeru dalam kesempatan ini, bantulah seadanya untuk meringankan beban beliau:

[Akaun Maybank]

Ahmad Luqman Hakim

[162179670906]

sumber : nuraflah.blogspot


Friday, 25 December 2009

Program Ceramah Tahun Baru Hijrah


Tanggal 24 Disember 2009 telah berlangsungnya Program Ceramah Tahun Baru Hijrah 1431 bertempat di Balai Islam Taman Cempaka anjuran Pemuda PAS Cawangan Taman Cempaka. Ustaz Faisol Sheikh Mohamed yang merupakan penceramah yang tidak asing lagi di Kawasan Bukit Katil telah menyampaikan bait - bait ilmu yang antara isi kandungannya :

1. Nabi SAW berhijrah bukan kerana baginda pejuang tanahair atau pejuang bangsa. Kalau Nabi pejuang tanahair, baginda tidak akan tinggalkan Mekah. Nabi sangat sayang dengan Mekah, baginda lahir di Mekah, cinta baginda terhadap Mekah amat kuat. Tetapi Nabi bukan pejuang tanahair, baginda wafat di Madinah. Kubur baginda di Madinah, bukan di Mekah. Sebab itu bagi mereka yang memperjuangkan tanahair semata - mata, Islam dilempar, itu bukan mencontohi perjuangan Nabi SAW. Malah nabi bersabda " Bukan di kalangan kami menyeru orang, menyokong orang asobiyah. " yakni kebangsaan. Perjuangan bangsa nabi tidak iktiraf.

2. Perjuangan islam tidak boleh dipisahkan dengan masjid dan surau. Solat berjemaah tidak boleh dipisahkan dengan perjuangan islam. Fungsi masjid mestilah dijalankan dengan betul, menerangkan kepada masyarakat tentang hukum hakam islam yang sebenar. Jangan disekat mereka yang berdakwah untuk memahamkan masyarakat.



3. Nabi mempersaudarakan ummah bukan dengan semangat kebangsaan. Melayu hari ini tidak mahu menggunapakai Islam, lihatlah apa yang terjadi dengan gejala sosial yang melanda masyarakat sekarang. Nabi menyatupadukan kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah yang bergaduh beratus tahun dengan iman dan islam. Golongan / aliran yang pelbagai di dalam jemaah islam mesti bersatu barulah islam tertegak di negara ini. Tiada salahnya kita mempunyai kecenderungan di dalam aliran tertentu - bertariqat, bermaulud, berzikir dan sebagainya selagi kita berada dalam saf perjuangan yang sama. Jangan sesekali meninggalkan perjuangan islam.

4. Nabi tegakkan negara Islam. Inilah kemuncak hijrah. Bukan namanya negara Islam jika hukum dan perlembagaan negara bukannya berasaskan Al Quran dan As Sunnah. Sampai bila kita nak berpandukan undang - undang kafir sedangkan sudah lama kita merdeka. Keindahan islam tidak akan terlihat selagi hukum Islam tidak terlaksana.

. Antara isu - isu menarik yang dikupas :

- Kenyataan Dr. Yusof Qardawi tentang Islam dan Politik tidak boleh dipisahkan
- Hukum sebat Kartika
- Mufti yang 'menggantung' politik di pintu pagar masjid
- Doa Tuan Guru
- Kehilangan enjin pesawat

Muat turun rakaman ceramah ini di pautan berikut : Ceramah Maal Hijrah 1431

Klik untuk gambar - gambar sekitar program


Thursday, 24 December 2009

PENGUMUMAN


Sumbangan amat dialu – alukan untuk diagihkan kepada anak – anak yatim sempena program Kembali Ke Sekolah anjuran Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bukit Katil dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 013 – 694 3445 atau terus hadir ke program ini pada hari Ahad 10 Muharam 1431 / 27 Disember 2009 bertempat di Balai Islam Paya Dalam pada pukul 2.30 petang.

Antara acara menarik yang dirancang adalah persembahan kesenian oleh bekas penyanyi kumpulan Spinner – saudara Qahar. Semua dijemput hadir.

Artikel berkaitan :

http://blogbukitkatil.blogspot.com/2009/12/program-kembali-kesekolah.html


Usrah Bulanan


Usrah bulanan peringkat Pemuda Kawasan bersambung dari ayat 1 – 5 Surah Muhammad yang telah dibincangkan sebelum ini. Intisari ringkasan pembentangan isi tafsir ayat 6 & 7 Surah Muhammad oleh Ustaz Nor Khairi Yusoff semasa sesi usrah yang dijalankan pada hari Rabu, 24 Disember 2009 pukul 8 malam bertempat di rumah saudara Abu Khir, Peringgit :

Tafsir ayat 6 Surah Muhammad : “ dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka “.
Ayat ini adalah lanjutan daripada ayat sebelumnya; ayat 5 Surah Muhammad : “ Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka “.

Bagi mereka yang berhijrah ke jalan Allah Taala, mereka akan Nampak jalan yang mereka pilih itu adalah luas, dan rezeki Allah pada jalan ini amat banyak. Apa yang berlaku sekarang ini adalah ramai ahli – ahli agama tidak berani ke depan untuk membela agama mereka sendiri, sebabnya mereka sukar untuk dapati rezeki Allah ini luas sebenarnya.


Mereka ini melihat perjuangan agama ini tidak ada apa-apa , mungkin akan kurang rezeki. Mereka yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama ini mempunyai keyakinan yang sedikit tentang jalan perjuangan islam.

Tafsir ayat 7 Surah Muhammad : “ Hai orang – orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia ( Allah ) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.

Janji Allah di dalam Al Quran menerusi ayat ini ada dua perkara; Pertama Allah akan tolong kita, dan kedua Allah akan tetapkan pendirian kita dengan syarat kita lakukan terlebih dahulu bukan semata – mata mengharapkan pertolongan Allah. Kita mesti tolong agama Allah terlebih dahulu, baru Allah akan beri balasan atas pertolongan kita tadi.



Hakikatnya bukan Allah memerlukan pertolongan kita, malah Allah tidak memerlukan bantuan dari sesiapa jua kerana Allah Maha Berkuasa. Jangan kita meletakkan syarat apabila kita mendapat sesuatu yang dihajati, barulah kita hendak masuk dalam perjuangan islam. Jangan kita tunggu sehingga habis belajar contohnya, barulah kita hendak menyertai jemaah islam.


Tuesday, 22 December 2009

Kenyataan Media


D
ewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPKBK ) memandang berat tentang masalah banjir yang sejak akhir - akhir ini kian melarat terutamanya di kawasan bandar Melaka. Lebih mendukacitakan adalah antara kawasan yang terlibat adalah di bawah Dewan Undangan Negeri Bukit Baru di mana ADUN yang bertanggungjawab adalah Ketua Menteri Melaka sendiri, Datuk Seri Ali Rustam. Taman Harta Pertama, Bukit Baru yang lokasinya bersebelahan dengan Kampungku Sayang, DUN Bukit Baru juga tidak lepas dari masalah ini.

Mengikut laporan sebuah akhbar arus perdana, penduduk taman tersebut sudah beberapa kali mengemukakan aduan banjir kepada pihak berkuasa namun tiada tindakan yang berkesan bagi mengatasi masalah itu. Terbaru, kejadian banjir kilat telah melanda taman perumahan tersebut pada awal bulan Disember ini. DPPKBK menggesa agar pihak berkuasa tidak memandang remeh akan masalah yang dihadapi masyarakat dalam keghairahan melaksanakan pelbagai projek pembangunan ataupun pelancongan.


Sunday, 20 December 2009

Pembangunan 2010 Dikejar, Kemusnahan 2009 Mendatang



UMNO/BN sememangnya terkenal dengan pelbagai projek “mee segera” tapi gagal mencari untuk membaik pulih kelemahan yang ada. Projek Mega tetapi kegagalan datang bertimpa. Gah dengan pelbagai jenis pembangunan tetapi timbul kecacatan sebagai mana cacatnya UMNO dengan pelbagai isu rasuah.


Hari ini negeri Warisan Dunia dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan keadaan di perkampungan UMNO dilanda banjir iaitu di kawasan Kampung Pulau Kelapa, Peringgit. Keadaan air hujan yang lebat menyebabkan keadaan jalan raya ditenggelami dengan air sedalam hampir setengah meter dan terpaksa ditutup untuk beberapa ketika bagi kenderan ringan.


Punca banjir adalah disebabkan longkang tersumbat dan tidak berfungsi dengan baik menyebab keadaan air bertakung sehingga di atas jalan raya serta mengganggu perjalanan orang ramai untuk ke pusat bandar dari tol Ayer Keroh menuju ke Bandar Melaka. Akibat kerakusan pemimpin yang tidak bertanggungjawab, maka rakyat terpaksa menerima keadaan sedemikian dengan hati yang terbuka.


Pelbagai projek yang akan dilaksanakan di Melaka terutamanya projek Marina Bay danArab City yang akan dan sedang dibangunkan di pesisir pantai Melaka. Tinjauan di sekitar Masjid Selat, keadaan air sudah pun menenggelamkan kawasan rumah api berdekatan dengan Masjid Selat. Peningkatan paras air dikatakan naik mendadak semenjak adanya projek di pesisir pantai Melaka dari Bandar Hilir menuju ke Pantai Klebang.


Di Bandar Hilir akan dibangunkan projek berkaitan Arab City yang mana dibawa khas dan direka bentuk mirip dari Dubai dan kemudiannya projek Marina Bay adalah berkonsepkan dari Singapura yang mana pemilikkan tanah tersebut telah dijual kepada orang Singapura. Maka melayu Melaka akan tergadai tidak lama lagi akibat dari pmimpin yang dikatakan membela Melayu iaitu UMNO.


Pendedahan ini akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk membuktikan kerajaan Ali Rustam sedang menipu dan menindas rakyat atas nama tiket pembangunan. Maka Melayu UMNO akan terus tertipu dengan projek pembangunan Ali Rustam. Maka dengan ini adakah sebagai rakyat Melaka ingin melihat Melaka dijual kepada Singapura suatu masa nanti?


Sumber: http://kijang59.blogspot.com/2009/12/pembangunan-2010-dikejar-kemusnahan.html


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59