Saturday, 1 August 2009

Himpunan Mansuhkan ISA




Hari ini rakyat Malaysia turun berdemonstrasi di jalanraya menunjukkan bantahan terhadap akta zalim ISA.
Himpunanan yang berjaya mengumpul peserta mencecah ratusan ribu orang.
Tunjuk rasa ini melambangkan rakyat langsung tidak boleh menerima dan seterusnya menolak undang-undang rimba kekalan penjajah yang diwarisi UMNO ini.
Hari ini polis bertindak sewenang-wenangnya terhadap rakyat marhaen.
Rakyat yang datang bagi menunutut hak yang telah dirampas dan dicerobohi oleh sang penguasa yang gila...gila kerana dia memegang kuasa.
Wahai polis !!! Ingatlah!!! Jangan terlalu seronok berlaku zalim kepada rakyat kelak nanti menyesal tiada kesudahan.
Wahai polis!!! Sedarlah bahawa kamu itu hanya digunakan oleh pemimpin-pemimpin gila UMNO untuk kekal berkuasa.
Wahai polis !!! Ingat !!! Kamu itu hanyalah dianggap tidak lebih sebagai balaci-balaci yang digunakan untuk memburu mangsa-mangsa politik UMNO.
Wahai polis !!! Ingat !!! Kuasa rakyat mengatasi kuasa-kuasa politik rimba UMNO.
Jika hari ini rakyat terus ditindas dan dizalimi,jangan kamu ingat kuasa itu akan terus kekal begitu.
Wahai polis !!! Sedarlah !!! Kamu itu dibayar atas cukai daripada rakyat yang kamu sendiri zalimi itu.Rakyat tidak sesekali akan redha dengan setiap kezaliman ini.
AWAS !!! Kamu yang berlaku zalim ini sebenarnya telah menempah tempat-tempat kamu di neraka Allah.


Hari ini pasukan FRU bertindak bagaikan binatang ganas terhadap mangsanya.
Mengepung,memburu dan memukul rakyat yang tidak berdaya.
Hari ini pasukan FRU bertindak bagaikan merekalah Tuhan yang mentadbir alam ini.
Mereka cuba bertindak seolah-olah mengambil hak Allah terhadap makhluknya.
Hari ini biarpun rakyat dikasari serta dizalimi nereka tetap berjaya berhimpun.
Rakyat akan terus bangkit melawan.Jika peluang diberikan kepada rakyat untuk bertindak balas nescaya FRU-FRU tersebut belum sempat pun lagi menarik nafas sudah tewas oleh amarah rakyat yang melaut itu.
Namun itu tidak terjadi,rakayt datang kerana handak berhimpun secara aman.
Mungkin FRU-FRU itu tidak fahan apa itu istilah aman.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59