Monday, 31 August 2009

Berita Ringkas




Ahad 9 Ramadan 1430 H - Beberapa saf pimpinan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil ( DPPBK ) yang diketuai oleh Saudara Puhat Bedol hari ini telah menyertai Program Larian Merdeka 2009 anjuran DAP Melaka bertempat di Pejabat DAP Melaka Lorong Pandan. Larian yang bermula pada pukul 8 pagi ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan walaupun cuaca agak mendung dan hujan renyai - renyai yang kadangkala turun. Beberapa YB DAP Melaka juga kelihatan turut sama memeriahkan program ini.

Laporan penuh oleh blogger mutarligat di http://mutaligat.blogspot.com/

Dalam hal yang berkaitan Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Negeri Melakayang diketuai oleh Ustaz Khairul Che Salleh yang juga AJK DPPBK telah berjaya mengadakan satu program mengedarkan bendera secara percuma kepada orang ramai sempena sambutan kemerdekaan tahun 2009. Program yang diadakan bersama-sama dengan DAP Melaka ini berlangsung di Pasar Besar Melaka telah bermula pada 9 pagi Sabtu, 29 Ogos 2009. Beberapa AJK DPPBK juga telah turut serta mengambil bahagian di dalam mengagihkan bendera dan risalah al-Fikrah terbitan Lajnah Penerangan dan Dakwah, Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka yang juga boleh didapati di laman web Pemuda PAS Neger Melaka di alamat
http://dppnmelaka.wordpress.com/



Kelihatan saudara Puhat Pedol, Ketua DPPBK berkumpul dengan sebilangan para peserta larian merdeka di hadapan Pejabat DAP Melaka.



Para peserta sedang bersiap sedia untuk memulakan larian.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

Atas Pagar said...

Salam,

Pelik bin Ajaib.. tempat lain dah sibuk kerjasama PAS-DAP-PKR = Pakatan Rakyat.. Rasanye Melaka pun sama.. Tapi Mane Pemuda PKR??

Ni Pakatan Rakyat ke Pakatan PAS-DAP??

Sokong PR said...

Salam,

Setuju dengan Atas Pagar.. akhir-akhir ni aktiviti yang diadakan PAS Melaka atau DAP Melaka hanya melibatkan kedua-dua parti ni sahaja...

Apa yang sebenarnye berlaku? Adakah Pakatan tinggal Pakatan sahaje??

Keadaan ini menampakkan kelemahan PR di Melaka.. Adakah dalam PR juga ada permainan politik licik?

Anonymous said...

Ni ade kerjasam ke tak ni.. Selalu macam ni bile PAS dgn DAP ada.. PKR pulak X..

Bile PAS & PKR ade... DAP pulak X..

Bile PKR & DAP pulak... PAS X...

Ape cite ni...

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59