MANSUHKAN ISA SEGERA !

MANSUHKAN ISA SEGERA !
HIMPUNAN MANSUH ISA TELAH DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009. Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan: Bebaskan semua tahanan, Mansuhkan ISA, Tutup Kem Kemunting.

Gangguan Berterusan !

S
eorang pemimpin Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPKBK ) hari ini melaporkan satu lagi gangguan diterima di program pendaftaran pengundi baru oleh DPPKBK dan DAP di satu kawasan pasar malam sekitar Bandar Melaka . Berita ini disampaikan kepada pengetahuan Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Katil, saudara Sofi Wahab semasa program lawatan Lujnah Pemerkasaan Parti PAS Kawasan Bukit Katil ke Cawangan PAS Taman Cempaka pada malam tadi ( 7 Julai 2009 ).

Sambil menyatakan kekesalan beliau, saudara Nazri Arifin berkongsi pengalaman beliau dan sahabat - sahabat AJK DPPKBK menghadapi gangguan dari orang yang tidak dikenali yang tidak henti - henti menyuruh mereka menutup kaunter pendaftaran tersebut. Walaupun gangguan kali ini tidak 'seganas' perbuatan pemuda - pemuda Umno pada minggu sebelumnya, ia masih boleh dianggap sebagai satu langkah provokasi pihak yang cemburu dengan gerak kerja Pakatan Rakyat dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada masyarakat.

Oleh yang demikian DPPKBK menyeru agar gangguan yang tidak bertanggungjawab ini dihentikan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku . Pihak SPR sendiri menyatakan bahawa adalah tidak menjadi satu kesalahan, malah mengalu - alukan penyertaan parti - parti politik yang sah di dalam membantu mendaftarkan pengundi - pengundi baru. Gangguan seperti ini tidak akan melunturkan semangat kami untuk terus menabur bakti, malahan gangguan ini membuktikan bahawa Umno Bukit Katil 'gentar lutut' dengan aktiviti dan kerjasama yang ditunjukkan dalam parti dalam Pakatan Rakyat negeri Melaka.

1 comments:

Anonymous said...

sepatutnya ameno buat jg kempen seperti yg dilakukan DPPKBK.sambil suruh daftar jadi ahli ameno.buat ape nak tunjuk samseng ingat2 sikit org yg kita sayang.brp ramai org yg tak berdaftar.mereka tu semuanya bukan ahli bg satu2 parti.renung2kan lah.

 

Copyright @ 2008 Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil: Gangguan Berterusan ! | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top