Saturday, 18 July 2009

Kertas kerja kenaikan tarif elektrik dibentang


PUTRAJAYA: Kertas kerja mengenai kenaikan tarif elektrik akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan dan jika diluluskan ia dijangka akan dikuat kuasa mulai bulan depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata kenaikan itu membabitkan keseluruhan pengguna elektrik dalam negara termasuk pihak komersial dan pengguna biasa selepas mendapat kelulusan Majlis Ekonomi Negara.

Orang UMNO/BN mungkin suka dan tertunggu-tunggu akan kenaikan demi kenaikan sebegini.

“Bagaimanapun peratus kenaikannya belum boleh diumumkan sehingga ia diluluskan Kabinet,” katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan warga kementeriannya serta pelancaran logo baru kementerian berkenaan, semalam.

Peratus kenaikan tu tak penting,yang penting naikan dulu...1Malaysia...rakyat Didahulukan..

Ditanya sama ada kenaikan itu bakal menambah lagi beban rakyat yang baru diumumkan dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam semalam, Chin berkata kenaikan itu tidak akan terlalu membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Yer..memang setiap kenaikan itu tidak akan membebankan rakyat...sebab itu rakyat pilih UMNO/BN....apa punya kenyataan daa...nak bodohkan orang la tu..Orang UMNO/BN boleh laa kau bodohkan...

“Kenaikan ini tidak dapat dielakkan kerana ia didorong harga bahan api dan gas di pasaran antarabangsa yang menyebabkan kenaikan kos penyelenggaraan.

“Kalau kita tidak naikkan, pihak kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad kena buat subsidi sebab ada pihak yang terpaksa membayarnya (kenaikan kos). Kita boleh jelaskan kenapa tarif perlu dinaikkan dan jumlahnya tidak terlalu tinggi hanya bagi menyeimbangi kos, saya fikir rakyat boleh fahami keadaan,” katanya. - Bernama

Boleh ke elak...mana boleeehh...nanti puak-puak pauka dalam UMNO/BN tu nak makan apa.Tentu rakyat(yang undi UMNO/BN) akan faham..jgn risau mereka akan beri lagi..walaupun ada yang kena potong bekalan elektrik ke rumah mereka sebab tak mampu nak bayar bil..itu bukan masalahnya...yang penting terus beri undi...TERIMA KASEEY..

Berucap pada majlis itu, Chin berkata, kerajaan sedang mengambil tindakan proaktif mengenai mitigasi bagi mengatasi jangkaan kekurangan air akibat fenomena El Nino.

Beliau berkata, beberapa siri perbincangan membabitkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi dan operator air di seluruh negara diadakan bagi memastikan bekalan air mencukupi.

Ye ker kaji....barangkali mereka ini tdk tahu bahawa mereka tingal di bumi milik Allah,menyedut udara dan menghirup air atas sifat ihsan serta pemurah Allah kepada semua makhluk.Namun sebliknya mereka mengingkari segala larangan Allah,bertindak melawan apa saja kehendakNya.Sehingga mengundang murka Allah...ooooh yaa hampir terlupa..UMNO tidak beritahu mereka ini akan semua itu...kerna apa..? kerna terlalu sibuk mengisi perut dan membesarkn nafsu masing-masing...baik jantan mau pun betina...baik reti dan apatah lagi yang langsung tak reti agama...

KESIMPULANYA IBU BAGI PUNCA SEGALA MASALAH NEGARA INI ADALAH DATANGNYA DARIPADA UMNO/BN ITU SENDIRI....HAPUSKAN UMNO/BN UNTUK NEGARA.


Apa tindakan rakyat Malaysia.....


Kematian mendiang TEOH dan penguasaan lengkap UMNO/BN terhadap kuasa politik Malaysia

Anda boleh ikutinya di sini.Kami mengajak seluruh warga Malaysia menolak UMNO/BN secara keseluruhannya demi keselamatan rakyat serta negara kita yang tercinta ini.


Pendedahan cara-cara SPRM jadi barua UMNO
Posted on Saturday, July 18 @ 21:51:18 PDT by
TokBatin
Artikel Oleh: dewa

"Di sini didedahkan betapa SPRM sudah menjadi barua UMNO. Pendedahan terperinci oleh DAP melalui Hannah Yeoh menunjukkan betapa SPRM diperkuda habis-habisan oleh UMNO. Kepada pekerja SPRM yang membiarkan diri anda diperkuda, sedarkah anda bahawa duit makanan yang anda beri kepada anak-anak anda berasal dari SUMBER HARAM. Artikel lengkap disertakan.

©My Sinchew by Hannah Yeoh

Friday, 7 jULAI 2009

BEING CLEAN is of utmost importance to me. That's the reason why I entered politics - to fight corruption. We were informed that MACC has gone to the Petaling Land Office to take away all our files on allocation.

[DOKUMEN-DOKUMEN DIRAMPAS]
My special assistant who is in charge of the free health screening programs in Subang Jaya is given RM10,000 a year to organise two to three of such programs yearly.

Lagi pendedahan tentang SPRM disini.



Tuesday, 14 July 2009

Kemenangan di Manik Urai Menghantui UMNO



Tahniah YB Fauzi bin Haji Abdullah,ADUN baru Manik Urai.Kepada seluruh jentera pilihanraya PAS,PKR dan DAP serta seluruh pengundi yang memilih PAS dalam PRK N41 tadi.Kemenangan PAS dengan jumlah undi sebanyak 5348 undian menghancur luluhkan harapan UMNO untuk merampas kerusi DUN tersebut.

Calon UMNO hanya layak mendapat undian sebanyak 5283 sahaja.Tidak setara langsung dengan kerja buat UMNO yang melampaui batas-batas kemanusiaan.

Sepatutnya dengan bermodalkan wang berjuta serta dibantu pula dengan jentera-jentera kerajaan sepenuhnya,UMNO seharusnya menang dengan majoriti 100%.Atau pun sekurang-kurangnya membuatkan calon PAS hilang deposit,baru lah padan dengan segala kerja-kerja bacul tersebut.

Namun rakyat Manik Urai tahu bagaimanakah cara untuk mengajar golongan tersebut,dengan penuh tertib mereka menghalau petualang-petualang ini berambus dari kubu mereka di Manik Urai.

Takziah Tuan Aziz,takziah UMNO.Selamat berkubur.....!!!

lihat kejahatan penyokong UMNO yang tiada batas penghujungnya disini.


Wednesday, 8 July 2009

Gangguan Berterusan !


S
eorang pemimpin Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPKBK ) hari ini melaporkan satu lagi gangguan diterima di program pendaftaran pengundi baru oleh DPPKBK dan DAP di satu kawasan pasar malam sekitar Bandar Melaka . Berita ini disampaikan kepada pengetahuan Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Katil, saudara Sofi Wahab semasa program lawatan Lujnah Pemerkasaan Parti PAS Kawasan Bukit Katil ke Cawangan PAS Taman Cempaka pada malam tadi ( 7 Julai 2009 ).

Sambil menyatakan kekesalan beliau, saudara Nazri Arifin berkongsi pengalaman beliau dan sahabat - sahabat AJK DPPKBK menghadapi gangguan dari orang yang tidak dikenali yang tidak henti - henti menyuruh mereka menutup kaunter pendaftaran tersebut. Walaupun gangguan kali ini tidak 'seganas' perbuatan pemuda - pemuda Umno pada minggu sebelumnya, ia masih boleh dianggap sebagai satu langkah provokasi pihak yang cemburu dengan gerak kerja Pakatan Rakyat dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada masyarakat.

Oleh yang demikian DPPKBK menyeru agar gangguan yang tidak bertanggungjawab ini dihentikan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku . Pihak SPR sendiri menyatakan bahawa adalah tidak menjadi satu kesalahan, malah mengalu - alukan penyertaan parti - parti politik yang sah di dalam membantu mendaftarkan pengundi - pengundi baru. Gangguan seperti ini tidak akan melunturkan semangat kami untuk terus menabur bakti, malahan gangguan ini membuktikan bahawa Umno Bukit Katil 'gentar lutut' dengan aktiviti dan kerjasama yang ditunjukkan dalam parti dalam Pakatan Rakyat negeri Melaka.


Sunday, 5 July 2009

Himpunan Mansuh ISA


D
ewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyeru seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Melaka khasnya untuk berkumpul beramai - ramai di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009 nanti untuk menyatakan protes terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) melalui perhimpunan aman.


Perhimpunan yang dikenali sebagai MANSUH ini dianjurkan sebagai kesinambungan pelbagai usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini dalam membawa kesedaran tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, membongkar kezaliman ISA dan mendesak Kerajaan untuk membebaskan tahanan, memansuhkan ISA dan menutup Kem Kamunting sehinggalah membawa kepada pembebasan ramai tahanan ISA dan janji kerajaan untuk mengkajisemula ISA.

ISA memusnahkan konsep asas undang-undang berperlembagaan. Ia mencemar asas pengasingan kuasa. Ia membenarkan kuasa eksekutif melangkaui kehakiman dengan menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA telah menghapuskan apa juga semakan undang-undang yang disyorkan perlembagaan. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental.

Himpunan MANSUH menganjurkan Himpunan besar-besaran bagi menyeru dan menggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Ogos 2009 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap ISA. Bersama memansuhkan ISA dan membebaskan bumi Malaysia daripada kezaliman!

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta – Kem Guantanamo Malaysia!


Saturday, 4 July 2009

Tarian kuda kepang haram tetapi ...


K
arnival Sua Rasa anjuran TV9 hari ini ( pagi Sabtu 4 Julai 2009 ) yang berlangsung di Tanjung Emas, Muar memaparkan secara lintas langsung tarian Kuda Kepang yang turut disertai oleh tarian Barongan. Apa yang dikesalkan sama sekali adalah di kawasan yang sama, Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas, Muar pada hari Jumaat beberapa minggu yang lepas TELAH mengumumkan tentang fatwa Negeri Johor yang mengharamkan tarian kuda kepang tersebut.

Pengumuman sejurus sebelum azan Zohor berkumandang itu dibuat oleh pegawai yang bertugas di masjid tersebut. Beliau menyatakan hukum ini dibuat setelah Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor membincangkan secara terperinci hukum permainan kuda kepang ini yang membawa kepada unsur syirik dan khurafat.

Secara ringkas fatwa ini dibuat berdasarkan hujah - hujah berikut :

1) Terdapat unsur-unsur dalam permainan ini yang bercanggah dengan Aqidah Islamiah.

2) Pengharaman permainan kuda kepang adalah demi menjaga Syariah Islamiah.

3) Terdapat unsur-unsur dalam permainan ini yang bercanggah dengan Akhlak Islamiah.

4) Pengharaman permainan kuda kepang adalah berdasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah berikut :

i. Bahaya mesti dihapuskan

ii. Membendung kerosakan diutamakan daripada menarik kemaslahatan

iii. Setiap sebab yang mengarah kepada kerosakan ditegah terhadapnya apabila padanya tidak terdapat kemaslahatan yang kukuh

iv. Tidak boleh melakukan kemudaratan terhadap diri sendiri dan kepada orang lain

v. Kemudaratan dibendung semungkin yang dapat

Rujukan terhadap fatwa ini boleh didapati di pautan laman web e fatwa http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=2140

laporan oleh Penunggu Pondok Parit Ismail


Friday, 3 July 2009

Majlis Sidang Akhbar Isu Serangan Pemuda UMNO Terhadap Pakatan Rakyat


PAS dan DAP bersama mengukuhkan hubungan dalam pakatan selepas selesai sidang akhbar pagi tadi.









Satu ceramah tentang isu tersebut akan diadakan di Dewan Pejabat DAP Lorong Pandan pada malam Ahad ni.Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai.

Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini


Kronologi Peristiwa 'Keganasan' Pemuda Umno






Berikut adalah kronologi peristiwa 'serangan' pemuda Umno Bukit Katil terhadap kaunter pendaftaran pengundi baru di Pasar Malam Taman Melaka Baru pada hari Khamis 2Julai 2009.

6.00 petang : 2 Van MBMB kelihatan berada berdekatan di kawasan sekitar pasar malam.

6.30 petang : Kaunter pendaftaran mula dibuka oleh Pemuda PAS Bukit Katil bersama Pemuda DAP. Bantahan diterima daripada ahli JKKK Taman Melaka Baru dan Pengerusi Pasar Malam Taman Melaka Baru. Salah seorang penghuni rumah berdekatan membenarkan pihak penganjur membuka kaunter di hadapan rumah beliau yang mana pada awalnya beliau meletak penghalang bagi kenderaan ditempatkan di situ.

6.45 petang : Beberapa pendaftaran diterima dan sambutan adalah menggalakkan.

7.00 petang : Lebih kurang 5 orang petugas MBMB mula menghampiri kaunter yang telah dipindahkan ke tempat baru. Perbincangan ringkas telah berlaku di antara pihak penganjur dan MBMB. Kelihatan 20 pemuda Umno mula berkumpul di kawasan berhampiran.

7.30 petang : Sebahagian pemuda PAS menunaikan solat manakala sebahagian lagi meneruskan tugas di kaunter. Beberapa orang peniaga menyumbangkan sedikit makanan dan minuman untuk para pemuda yang bertugas.

8.00 malam : Segerombolan pemuda Umno yang diketuai oleh Jailani, yang mendakwa dirinya sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Bukit Katil menghampiri kaunter pendaftaran.
Jailani meminta AJK Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil beredar dan dalam masa yang sama mengutuk DAP.

Pemuda PAS tetap meneruskan tugas di kaunter pendaftaran. Perbuatan provokasi dari Pemuda Umno bermula. MBMB telah digesa oleh Pemuda Umno agar menutup kaunter pendaftaran.

MBMB dengan bilangan yang lebih ramai berbincang dengan pihak penganjur.

MBMB beredar setelah lampu di kaunter dipadamkan.

8.30 malam : Jailani meminta pihak polis campur tangan tetapi tiada sebarang respon. Provokasi berterusan dengan perbuatan cabar mencabar, carut mencarut dan maki hamun oleh pemuda Umno. Keganasan seterusnya tercetus dengan tindakan pemuda Umno dengan bilangan hampir 40 orang merempuh dan menendang meja pendaftaran DAP sehingga pecah dan mencederakan YB Koh.

Dalam akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan seorang pemuda Cina tercedera dalam insiden serangan ini .

9.00 malam : Polis berpakaian preman menahan seorang pemuda Umno yang akhirnya membawa kepada terhentinya tindakan provokasi dari pemuda Umno.

Sebanyak 8 laporan Polis telah dibuat di IPD Banda Kaba. 4 daripadanya adalah daripada pihak PAS.

****KREDIT KEPADA BLOGGERS PALESTINHOOD,ANGKASANURI DAN AIZAT ATAS ULASAN KALIAN SERTA SUMBANGAN RAKAMAN ****


Kegemparan di Kilang Infineon Batu Berendam


I
nfineon Batu Berendam hari ini menyaksikan satu peristiwa gempar susulan daripada apa yang disifatkan sebagai ancaman keselamatan kepada pekerja - pekerja dan fasiliti kilang. Menurut sumber - sumber dalaman kilang yang boleh dikategorikan sebagai antara yang ternama di Melaka ini, kegemparan ini mungkin disebabkan oleh ancaman bom dari pihak yang tidak dikenali.

Kilang yang terletak di dalam Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Parlimen Bukit Katil ini dikatakan menerima panggilan ugutan bom pada pagi Jumaat, 3 Julai. Tindakan serta - merta diambil oleh pihak pengurusan kilang dengan mengumpulkan semua pekerja di kawasan selamat dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Walaupun kejadian ini mencemaskan wargakerja Infineon selama beberapa jam, akhirnya berita yang melegakan diterima setelah pihak keselamatan mengesahkan tiada sebarang bom ditemui. Operasi kilang beransur pulih sepenuhnya dan berjalan seperti biasa setelah pihak pengurusan dan pihak berkuasa berpuas hati dengan tahap keselamatan kilang.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPBK ) mengutuk sekeras - kerasnya perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. DPPBK melihat kejadian ini sebagai satu tindakan melampau yang tidak mendatangkan keuntungan sama sekali kepada mana - mana pihak. DPPBK berharap agar siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengesan pemanggil palsu ini dan mengambilkan tindakan yang sewajarnya.


Apakah UMNO Hanya Tahu Melahirkan Perasuah,Penyamun,Penipu,Penyangak Dan Samseng


YDP kawasan Bukit Katil berada di hadapan balai polis
Para wartawan bersama YB-YB dan polis di hadapan balai polis banda kaba
YB Khoo menunjukkan bahagian kakinya yang cedera akibat kejadian tersebut
YB Lim melihat kecederaan yang dialami oleh YB Khoo semasa kejadian

YB Khoo berdiri di sebelah banner dgn tenang sementara itu pihak-pihak pemuda umno telah pun memulakan provokasi mereka.
Antara pemuda umno yang terlibat dalam kejadian tersebut(berbaju hitam tengah adalah provokator yg bertanggungjawab menghasut para pemuda umno supaya bertindak.Dia memperkenalkan dirinya sebagai mohd jailani dan mengaku sebagai ketua pemuda umno parlimen bukit katil.
Sebahagian gambar pemuda umno yg terlibat tetapi mereka ini memalingkan muka apabila sedar gambar mereka diambil.
Bekas minuman bertaburan setelah diserang
Meja yang digunakan untuk pendaftaran dipecahkan
Lihatlah kesan daripada tindakan ganas para pemuda umno.
Tapak tiang banting ini juga turut dirosakkan mereka.






'
Tindakkan ganas pemuda umno ini seolah-olah membuktikan bahawa sikap serta perilaku biadap dan samseng ini adalah sinonim dengan mereka.Berita lanjut kejadian bakal di'update'kan kemudian

Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini


Wednesday, 1 July 2009

Himpunan Raksasa Pemuda PAKATAN


Himpunan Raksasa Pemuda PAKATAN

1. Insyaallah , satu Himpunan besar - besaran Pemuda PAKATAN Rakyat akan diadakan di Kampung Sungai Sok Manek Urai Kelantan pada 5 hb Julai 2009 [ Ahad ] jam 9.00 Malam .

2. Himpunan ini adalah satu perhimpunan yang akan mengumpulkan seluruh rakyat khasnya pemuda untuk mendengar beberapa isu semasa dan sekali gus membangkit semangat juang para pemuda untuk memenangkan PAKATAN yang diwakili oleh PAS di pilihanraya kecil DUN Manek Urai .

3. Semua hadhirin dan hadhirat serta pemuda dan pemudi dijemput hadhir bagi menjayakan majlis bersejarah ini dan mendapatkan penjelasan isu terkini dari pimpinan pemuda .

4. semua sahabat cyber agar dapat siarkan maklumat ini di mana sahaja laman cyber milik anda dan sebarang bentuk sebaran kepada umum agar kelak tiada siapa yang ketinggalan maklumat mengenai himpunan besar ini .

5. Selamat berjuang dan Insyaallah kita menang di Manek Urai



Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59