Sunday, 7 June 2009

Masa Untuk Bekerja Keras


R
asa kagum dan megah apabila melihat siaran Muktamar Tahunan PAS Pusat dilengkapi dengan multimedia backdrop presentation di skrin besar belakang pentas tempat duduknya saf pimpinan PAS Pusat. Lajnah IT PAS Pusat nampaknya telah berjaya memainkan peranan mereka di dalam memastikan perkhidmatan yang berkualiti di sepanjang muktamar. Stadium Melawati menyaksikan satu anjakan di dalam sejarah Muktamar Tahunan PAS Pusat di mana seramai 60 orang petugas IT terlibat di dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan liputan & penerangan.

Sesungguhnya Lajnah IT merupakan satu cabang penerangan yang amat besar peranannya. Namun samada bahan penerangan yang disediakan ( oleh Lajnah IT atau lain - lain Lajnah ) sampai kepada masyarakat adalah satu perkara yang lain. Setakat mana masyarakat Malaysia, khasnya rakyat di negeri Melaka melayari laman - laman blog yang sekarang ini menjadi salah satu daripada wadah utama saluran informasi PAS tidak dapat dipastikan. Akses kepada internet masih lagi terhad, terutamanya oleh orang - orang kampung @ warga veteran. Dan yang mana mempunyai kemudahan untuk melayari internet, tidak ada jaminan mereka akan melayari laman - laman web kendalian Pakatan Rakyat.

Pokoknya, program penerangan tidak boleh 'meriah dan hangat' di alam maya semata - mata. Ia mesti diiringi dengan program penerangan bersifat fizikal. Antaranya adalah edaran - edaran risalah kepada golongan yang tidak mempunyai akses kepada media alam maya. Ini amat penting terutamanya kepada mereka yang tinggal di kampung - kampung seluruh negeri Melaka, khususnya di semua kampung di Kawasan Bukit Katil. Inilah antara senjata ampuh yang dipercayai dapat mengubah pemikiran orang Melayu di negeri ini yang masih lagi dikuasai oleh pemikiran khurafat bahawa hanya Umno yang boleh membela nasib mereka.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59