Sunday, 7 June 2009

Berani kerana kebenaran – Penilaian terhadap Ketua Menteri Politik Wang


F
akta mengenai 'keberanian' ketua kerajaan negeri Melaka.

• Ali Rustam cuak apabila hampir 400 komen menghentamnya mengenai isu babi dalam www.mohdalirustam.blogspot.com lalu mengambil tindakan memadam komen – komen tersebut. Ini menunjukkan beliau takut dengan bayang – bayang sendiri apabila tindakannya berblog dan menghentam kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor tentang isu babi pada tahun 2008 membantainya semula dengan hujan ratusan komen dari pengunjung blog. Akibat senjata makan tuan ini Ali Rustam mencincang lebih ¾ daripada komen – komen tersebut, meninggalkan hanya 62 komen. Ali Rustam akhirnya memadamkan entrinya sendiri di bawah tajuk tersebut.

• Ali Rustam tidak berani menyahut saranan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek yang meminta kerajaan negeri Melaka agar memotong gaji bulanan masing-masing sebanyak lima peratus kepada tabung kebajikan bagi membantu rakyat yang memerlukan ketika kegawatan ekonomi. Saranan ini dibuat bagi mencontohi kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah yang memotong gaji Menteri Besar dan Exconya mulai bulan Februari 2009 sebagai usaha kerajaan membantu penduduk negeri itu yang susah ekoran kegawatan ekonomi yang sedang melanda Negara.

• Ali Rustam takut mengisytiharkan harta beliau setelah dicabar oleh PAS Melaka dan ADUN Pakatan Rakyat melalui persidangan Dewan Undangan Negeri ketika kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengambil langkah mengisytiharkan harta exco – exco kerajaan Selangor pada bulan Mac 2009 yang lepas. Ali Rustam tidak berani membuat demikian sebagai sebagai satu langkah bagi membuktikan pemimpin di Melaka ini bersih dari sebarang penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

• Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato' Othman Muhamad tidak berani membenarkan Usul undi tidak percaya kepada Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang mahu dibawa oleh DAP ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 20 hingga 23 April 2009. Ini menunjukkan Ali Rustam sendiri bimbang berkemungkinan ada Adun BN yang akan menyokong usul tersebut setelah beliau didapati bersalah mengamalkan politik wang semasa bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden Umno.

• Ali Rustam gentar untuk berdebat dengan YB Khoo Poay Tiong ADUN Ayer Keroh atas tajuk 'Siapakah yang memalukan rakyat Melaka?' setelah dicabar beliau pada akhir bulan May 2009. Ini berikutan tuduhan Ali Rustam kepada beliau ketika merasmikan satu pondok polis di Melaka bahawa YB Khoo telah memalukan rakyat Melaka setelah ditangkap oleh Polis di Perak dalam satu perhimpunan. YB Khoo membuat cabaran tersebut kerana ingin membuktikan bahawa pemimpin yang mengamalkan rasuahlah yang telah memalukan rakyat Melaka, bukannya pemimpin yang berjuang menuntut hak rakyat melalui amalan demokrasi yang sebenar.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59