Tuesday, 30 June 2009

Nota Tahalluf Siyaasi



D
efinasi Tahalluf Siyaasi :
1. Tahalluf adalah istilah politik Islam bermaksud berpakat atau bermuafakat untuk mencapai dan menjayakan kepentingan bersama dalam membina negara atau mendapatkan kuasa.

2.Tahalluf adalah suatu perjanjian persefahaman untuk berkerjasama dan bantu membantu untuk menghadapi lawan. Boleh berlaku di bawah beberapa situasi berdasarkan sirah Rasulullah dan para sahabah:-


Sejarah Tahalluf :

- Antara kumpulan Islam seperti perjanjian dengan puak Aus dan Khazraj.

- Golongan bukan Islam seperti persefahaman antara Rasulullah dengan golongan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutolib sebelum hijrah. Juga perjanjian antara Rasulullah dengan Kabilah Khaza’ah selepas perjanjian Hudaibiyah.

- Sesama golongan jahiliyah yang bersatu untuk menentang kezaliman iaitu peristiwa melibatkan seorang lelaki dari kabilah Zabid telah dizalimi oleh Al-A’as bin Wasil. Beberapa orang bangsawan Mekah yang bersimpati membuat persepakatan perfahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang sebarang bentuk kezaliman. Berhubung ini Rasulullah bersabda:-
“Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah suatu pakatan yang aku sangat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah. Kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutnya”
(peristiwa Hilful Fudhul Riwayat Ibn Ishaq)

KAEDAH HUKUM & SYARAT-SYARAT TAHALLUF

- Membawa Maslahah dan Tidak Mengikat Sehingga Menjejaskan Prinsip

- Dalil 1 : Hubungan Rasulullah dengan keluarga dari kalangan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutolib khasnya Abu Tolib. Walaupun mereka tidak Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah dengan bersedia berkorban apa sahaja. Tetapi apabila Abu Tolib cuba memujuk Rasulullah dengan tawaran golongan bangsawan Quraisy agar baginda bertolak ansur, maka dengan tegas baginda bersabda dengan sabda yang mashyur:-

“Wahai bapa saudaraku. Demi Allah! Kalau mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, nescaya aku tidak akan meninggalkankannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamanya ataupun aku mati kerananya”.

- Dalil 2 : Hubungan antara Abu Bakar dengan Ibnu Dugnah yang sedia memberikan perlindungan kepadanya terpaksa dibatalkan apabila Ibnu Dugnah mensyaratkan kepada Abu Bakar agar jangan membaca al-Quran di luar rumah kerana boleh mempengaruhi orang lain.

MASLAHAH YANG DIIZINKAN

1. Ke Arah Kedaulatan Islam dan Perlaksanaan Syariat ( contoh isu pembuangan perkataan Bismillah & Rasulullah dlm Piagam Madinah)

2. Menentang Kezaliman, Penyelewengan dan Keruntuhan Moral (Dalilnya ialah persetujuan Rasulullah terhadap Persefahaman Pakatan Menentang Kezaliman Semasa Zaman Jahiliyah seperti sabda Rasulullah:-
“Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi”

MAWAADA’AH

Disana terdapat persefahaman sementara waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan Mawada’ah dan ada juga ulamak yang meletakkannya dalam perkara Hadanah (Gencatan Senjata)

ISTIAA’NAH (Meminta bantuan atau pertolongan)

Apabila adanya persefahaman maka berlakulah tolong menolong yakni mereka berjanji untuk menolong kita dan kita juga berjanji untuk menolong mereka dalam perkara yang diizinkan syarak tanpa mengorbankan prinsip dan dasar Islam

KESIMPULAN

Tahalluf itu boleh dibahagikan menurut keadaan berikut:-

1- Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:-
- Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam
- Mengiktiraf negara Islam
- Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya

2- Tanpa Membentuk Negara:-
- Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang besar
- Maslahah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan membebaskan orang tahanan tanpa diadili dan seumpamanya
- Berlindung sementara di masa lemah
= Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan harakah Islamiyah

* Ringkasan daripada slot pengisian semasa Bengkel Perancangan Strategik Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil 29 Jun 2009


Saturday, 27 June 2009

Bengkel Perancangan Strategik



H
ari ini, Sabtu 27 Jun 2009 berlangsungnya Bengkel Perancangan Strategik anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di bawah Lajnah Penerangan dan sekretariat Setiausaha Pemuda Kawasan bertempat di Kg. Bukit Pulau, Bukit Baru, Melaka. Kehadiran daripada kalangan AJK amat memberangsangkan, disamping penyertaan amilin - amilin baru yang bakal menjadi penyambung perjuangan Pemuda Bukit Katil.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi Taklimat Pengurusan Organisasi daripada bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Katil ( DPPBK ), saudara Sofi Wahab yang sekarang ini merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Katil yang baru. Pada petangnya pula adalah aktiviti Percambahan Minda ( Brainstorming ) yang dikelolakan oleh Ustaz Khairul Che Salleh dan saudara Ghazali Othman sebagai moderator. Hasil daripada aktiviti Brainstorming ini, telah terjana senarai aktiviti bagi setiap Lajnah merangkumi sepanjang tahun 2009 sehingga 2010.


Saturday, 20 June 2009

Satu lagi punca kanser ditemui


U
tusan Pengguna keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang membuat pendedahan ini di dalam keluaran Mac - April 2009. Mereka menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas barangan kosmetik yang mengandungi talc ( talkum ). Talkum dikenalpasti merbahaya kerana zarah - zarahnya boleh menyebabkan tumor dalam ovari dan paru - paru.

Zarah talkum boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari. Beberapa kajian telah menemui zarah talkum dalam tumor ovari. Wanita yang menghidap tumor ovari pula didapati lebih kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding mereka yang sihat.

Penemuan terbaru dari Amerika menyarankan bahawa wanita yang memakai bedak talkum 40 % lebih cenderung menghidap kanser ovari. Pakar - pakar dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston menjalankan kajian ke atas lebih daripada 3,000 wanita dan mendapati pemakaian talkum walaupun cuma seminggu sekali menambah risiko kanser ovari sebanyak 30%. Malah peratusannya meningkat kepada 41% bagi mereka yang memakainya setiap hari.

Bedak talkum juga boleh membahayakan kesihatan pernafasan kerana ia mengandungi zarah - zarah halus yang mudah sampai ke paru - paru. Debu putih itu akan berada di sesuatu tempat apabila berlaku bawaan udara, boleh disedut oleh bayi atau sesiapa sahaja yang menggoncang botolnya.

Talkum boleh menyebabkan laluan udara bayi membengkak lalu menyebabkan pneumonia. Selain itu, bedak talkum juga dikaitkan dengan asma di kalangan kanak - kanak. Statistik menunjukkan terdapat ribuan kanak - kanak meninggal dunia setiap tahun atau mengalami masalah kesihatan yang serius akibat terhidu bedak talkum bayi.

Pengguna dinasihatkan supaya memakai bedak yang diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras. Ibu - ibu pula dinasihatkan supaya menggunakan minyak sapu ( oitment ) dan bukkannya bedak talkum berubat untuk bayi yang mengalami masalah ruam kulit.

* Artikel diterbitkan semula secara ringkas. Untuk maklumat sepenuhnya sila rujuk kepada akhbar Utusan Pengguna.


Tahniah buat peserta Pertandingan Badminton anjuran Pemuda PAS Alor Gajah


Lima orang peserta daripada PAS Kawasan Bukit Katil telah menyertai Pertandingan Badminton Tertutup anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah pada 20 hb Jun 2009 bertempat di Dewan SKJC Sin Wah, Pekan Durian Tunggal. Di antara kalangan peserta tersebut adalah saudara Sofi Wahab, Yang Di Pertua PAS, Ketua Urusan Ulama' Ustaz Nurkhairi Yusof, dan saudara Puhat Bedol, Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Kesemua peserta telah digandingkan dengan peserta dari kawasan lain berdasarkan format pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Pertandingan malam itu boleh dikatakan memihak kepada PAS Kawasan Bukit Katil, memandangkan kesemua tempat pertama hingga tempat ke-empat dimenangi oleh pasangan gandingan Kawasan Bukit Katil. Inilah yang diharapkan daripada saf pimpinan PAS, bukan sahaja menceburkan diri dalam bidang politik dan dakwah, tetapi juga bidang sukan.

Dalam hal yang berkaitan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPBK )di dalam perancangan untuk menganjurkan Pertandingan Bowling Piala Ketua Pemuda PAS Melaka pada tahun ini. Setelah mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lepas, DPPBK melalui Lajnah Sukan Sukan dan Seni Budaya berhasrat menjadikan pertandingan ini sebagai acara tahunan sebagai cara untuk mendekati masyarakat terutamanya golongan muda. Sama - sama kita menunggu ketibaannya.


Sunday, 7 June 2009




Berani kerana kebenaran – Penilaian terhadap Ketua Menteri Politik Wang


F
akta mengenai 'keberanian' ketua kerajaan negeri Melaka.

• Ali Rustam cuak apabila hampir 400 komen menghentamnya mengenai isu babi dalam www.mohdalirustam.blogspot.com lalu mengambil tindakan memadam komen – komen tersebut. Ini menunjukkan beliau takut dengan bayang – bayang sendiri apabila tindakannya berblog dan menghentam kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor tentang isu babi pada tahun 2008 membantainya semula dengan hujan ratusan komen dari pengunjung blog. Akibat senjata makan tuan ini Ali Rustam mencincang lebih ¾ daripada komen – komen tersebut, meninggalkan hanya 62 komen. Ali Rustam akhirnya memadamkan entrinya sendiri di bawah tajuk tersebut.

• Ali Rustam tidak berani menyahut saranan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek yang meminta kerajaan negeri Melaka agar memotong gaji bulanan masing-masing sebanyak lima peratus kepada tabung kebajikan bagi membantu rakyat yang memerlukan ketika kegawatan ekonomi. Saranan ini dibuat bagi mencontohi kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah yang memotong gaji Menteri Besar dan Exconya mulai bulan Februari 2009 sebagai usaha kerajaan membantu penduduk negeri itu yang susah ekoran kegawatan ekonomi yang sedang melanda Negara.

• Ali Rustam takut mengisytiharkan harta beliau setelah dicabar oleh PAS Melaka dan ADUN Pakatan Rakyat melalui persidangan Dewan Undangan Negeri ketika kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengambil langkah mengisytiharkan harta exco – exco kerajaan Selangor pada bulan Mac 2009 yang lepas. Ali Rustam tidak berani membuat demikian sebagai sebagai satu langkah bagi membuktikan pemimpin di Melaka ini bersih dari sebarang penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

• Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato' Othman Muhamad tidak berani membenarkan Usul undi tidak percaya kepada Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang mahu dibawa oleh DAP ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 20 hingga 23 April 2009. Ini menunjukkan Ali Rustam sendiri bimbang berkemungkinan ada Adun BN yang akan menyokong usul tersebut setelah beliau didapati bersalah mengamalkan politik wang semasa bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden Umno.

• Ali Rustam gentar untuk berdebat dengan YB Khoo Poay Tiong ADUN Ayer Keroh atas tajuk 'Siapakah yang memalukan rakyat Melaka?' setelah dicabar beliau pada akhir bulan May 2009. Ini berikutan tuduhan Ali Rustam kepada beliau ketika merasmikan satu pondok polis di Melaka bahawa YB Khoo telah memalukan rakyat Melaka setelah ditangkap oleh Polis di Perak dalam satu perhimpunan. YB Khoo membuat cabaran tersebut kerana ingin membuktikan bahawa pemimpin yang mengamalkan rasuahlah yang telah memalukan rakyat Melaka, bukannya pemimpin yang berjuang menuntut hak rakyat melalui amalan demokrasi yang sebenar.


Masa Untuk Bekerja Keras


R
asa kagum dan megah apabila melihat siaran Muktamar Tahunan PAS Pusat dilengkapi dengan multimedia backdrop presentation di skrin besar belakang pentas tempat duduknya saf pimpinan PAS Pusat. Lajnah IT PAS Pusat nampaknya telah berjaya memainkan peranan mereka di dalam memastikan perkhidmatan yang berkualiti di sepanjang muktamar. Stadium Melawati menyaksikan satu anjakan di dalam sejarah Muktamar Tahunan PAS Pusat di mana seramai 60 orang petugas IT terlibat di dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan liputan & penerangan.

Sesungguhnya Lajnah IT merupakan satu cabang penerangan yang amat besar peranannya. Namun samada bahan penerangan yang disediakan ( oleh Lajnah IT atau lain - lain Lajnah ) sampai kepada masyarakat adalah satu perkara yang lain. Setakat mana masyarakat Malaysia, khasnya rakyat di negeri Melaka melayari laman - laman blog yang sekarang ini menjadi salah satu daripada wadah utama saluran informasi PAS tidak dapat dipastikan. Akses kepada internet masih lagi terhad, terutamanya oleh orang - orang kampung @ warga veteran. Dan yang mana mempunyai kemudahan untuk melayari internet, tidak ada jaminan mereka akan melayari laman - laman web kendalian Pakatan Rakyat.

Pokoknya, program penerangan tidak boleh 'meriah dan hangat' di alam maya semata - mata. Ia mesti diiringi dengan program penerangan bersifat fizikal. Antaranya adalah edaran - edaran risalah kepada golongan yang tidak mempunyai akses kepada media alam maya. Ini amat penting terutamanya kepada mereka yang tinggal di kampung - kampung seluruh negeri Melaka, khususnya di semua kampung di Kawasan Bukit Katil. Inilah antara senjata ampuh yang dipercayai dapat mengubah pemikiran orang Melayu di negeri ini yang masih lagi dikuasai oleh pemikiran khurafat bahawa hanya Umno yang boleh membela nasib mereka.


Wednesday, 3 June 2009

Bumbung stadium di Melaka berisiko ?


B
umbung stadium di Melaka pula dikhuatiri runtuh? Inilah yang dibimbangi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyuarakan keperihatinannya di dalam mengaitkan isu runtuhan bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin di Terengganu semalam. Beliau membayangkan kemungkinan Pulau Pinang menarik diri daripada menyertai Sukan Malaysia ( SUKMA ) jika mendapati stadium di negeri ini tidak selamat digunakan.

Buletin Utama TV3 suku malam ini juga mengutarakan isu yang sama tentang persiapan Melaka menganjurkan Sukan Malaysia ke 13 tahun depan di bawah pimpinan Ketua Menterinya yang rasuah. Persoalan yang timbul; perlukah kita berhati - hati apabila berada di mana-mana lokasi yang tertera ' Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional'? Adakah nyawa kita mungkin dalam bahaya? Inilah kekhuatiran yang dilontarkan oleh salah seorang AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil melalui blognya angkasanuri.blogspot.com.

Beranikah kerajaan negeri Melaka memberi jaminan keselamatan kepada semua pengguna prasarana sukan di negeri ini setelah ketua kerajaannya disahkan rasuah oleh partinya sendiri? Kebimbangan berikut tidak dapat dielakkan : jika Ketua Menteri Melaka adalah rasuah, bagaimana pula dengan kerajaannya? Rasuah bukan sahaja boleh meruntuhkan bumbung sebuah stadium, malah meruntuhkan kerajaan sebuah negeri.


Tuesday, 2 June 2009





T
ahniah diucapkan kepada saudara Nazri Arifin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di atas kelahiran cahaya mata beliau yang pertama pada petang 2 Jun 2009.
“ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya ".


Monday, 1 June 2009

Usah Lagi Kita Menjadi Umpan Kepada Habuan Serigala




Isu tentang perbezaan antara pimpinan ulamak dan profesional akhir-akhir ini menjadi topik hangat samada dalam perbualan harian atau pun yang menghiasi tajuk-tajuk di dada-dada media arus perdana.Demikian kata sdra Jauhar Md Dawi.

Arakian melentinglah mereka di seluruh pelusuk tanahair seakan-akan sudah termakan umpan yang dihulurkan oleh UMNO/BN ini.Tidak dinafikan juga ia sedikit sebanyak turut mempengaruhi minda pemikiran para penyokong serta pendokong di dalam PAS itu sendiri.Ulasnya lagi yang merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas bukit Katil,sejurus selepas ceramah malam tadi.

Bagi mereka yang berada di dalam saff perjuangan suci in,suka saya mengingatkan bahawa berita yang bersumberkan dari lidah-lidah para fasikun ini tidak pernah ada keikhlasannya langsung apatah lagi boleh diterimapakai sebagai rujukan maklumat. Anggaplah saja ia datang dan pergi atau biarkan saja ia hilang di angin lalu.

Tanpa sedikitpun meruntun semangat perjuangan serta perkuatkanlah tautan hati-hati dikalangan kita sepertimana doa Robbitah yang sering kita panjatkan dalam usrah kita saban minggu itu.

Hayatilah nasihat serta mutiara kata dari Mursyidul Am ,Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ulasan selanjutnya di sini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59