Saturday, 30 May 2009

Tazkiyatul Ruhiyah 18 : Kupasan Tazkirah Subuh


K
ami ceritakan kisah mereka kepadamu ( Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda - pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk dan kami telah meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri lalu mereka berkata : Tuhan kami adalah Tuhan Langit dan Bumi , kami sekali - kali tidak menyeru Tuhan selain Dia . Sesungguhnya kami kalau sedemikian , telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran .

Surah al Kahfi : Ayat 13 - 14

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat Illahi atas limpahan kurniaanNya yang berpanjangan pantas menyempurnakan pelbagai keperluan hidup kita sebagai manusia dan adalah lebih-lebih lagi Allah masih lagi tidak membalikan hati-hati ini jauh daripada Iman dan Islam.

Surah Al-Kahfi ayat 13-14 merupakan sorotan daripada natijah peristiwa yang berlaku dengan apa yang dikenali sebagai Ashabul Kahfi’ dan ianya cukup popular ketika mana ayat ini dibaca sebagai memperingatkan serta mengajar kepada kita betapa pentingnya memelihara aqidah dan keimanan kita kepada Allah swt , namun ayat ini juga membawa banyak pengertian serta peringatan buat kumpulan manusia yang menjadikan Agama sebagai taruhan untuk kepentingan duniawi semata-mata walau jika dilihat penglibatan seseorang itu sarat dengan pelbagai “sumbangan” secara fizikal khusus dalam pembinaan Aqidah perjuangan.

Sahabat Sekalian ,

Kita Kembali kepada ayat diatas , di mana Pemuda – pemuda yang dimaksudkan diatas adalah kumpulan manusia yang dikategorikan sebagai agen perubah , agen penyelamat dan boleh disifatkan agen pendesak , walaubagaimanapun pemuda didalam ayat tersebut lebih kepada agen perubah dalam usaha mereka mempertahankan keimanan dan aqidah.

Agen perubah ini mempunyai wajah kekuatan diri yang berasaskan kepada rasa tanggungjawab , tiadanya sebarang agenda terselindung dan yang lebih penting lagi adalah berasaskan ketaatan yang tekad kepada Allah swt dan Baginda Rasulllulah saw yang mana mereka ini sudah sampai suatu tingkat segala perintah Allah dan Rasulnya akan terus dilaksana tidak kira yang bakal dikorbankan itu adalah Jasad serta Nyawanya sendiri.


Menyoroti maksud Aqidah Perjuangan yang jelas


قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين”

Katakan (wahai Muhammad) : Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan sekalian ‘alam.
(Surah Al-An’am ; 162)


Sedar atau tidak telah pun kita nyatakan ungkapan ayat diatas untuk kesekian kalinya, kita sering menyebut tanpa merasa bersalah dan tanpa rasa bertanggungjawab atas ketidakfahamnya bahawa kita telah mengukir janji (Bai’ah) atau taat setia kepada Allah Swt yang mana kita mesti melaksanakan “perintah”Nya tanpa sebarang perasaan berbelah bagi , jadi apakah kita sudah sempurnakannya ? jika belum apa tindakannya?

Perintah dan Tindakan ,

Kepada kumpulan manusia yang dikategorikan sebagai agen perubah ini khususnya (umumnya buat seluruh manusia) mesej yang dimaksudkan adalah selain dari melaksanakan perintah yang fardhu adalah menjadi suatu keperluan yang amat dituntut untuk menggabungkan diri dengan Gerakan Islam dan Aqidah perjuangan yang jelas dan sohih.

Justeru itu perkara yang mesti difahami oleh agen perubah ini atau golongan As Syabab (Pemuda) ini mestilah jelas , Perjuangan yang didokong adalah suatu perjuangan yang didasari oleh Al-Quran dan As-Sunnah dan segala pertaruhan yang bersifat peribadi atau diluar daripada akhlaq perjuangan sebenar maka adalah jelas ianya adalah suatu bentuk Jenayah yang tidak boleh dipandang ringan walaupun mereka dilihat sebagai antara kumpulan yang memiliki “wibawa” dan “berkemampuan” dan jelas ianya tidak cukup hanya sekadar hadir dengan wibawa dan kemampuan jika tidak dialas dengan keikhlasan dan jujur kepada Allah swt manakala jika semua elemen kekuatan diatas lansung tidak dimiliki ketika menggabungkan diri dalam gerakan Islam dengan aqidah yang sebenar maka akan wujudlah golongan manusia yang bodoh sombong , pengampu , pengadu domba , yes sir ! , berprasangka buruk , Annaniyah yang tinggi dan yang lebih teruk sanggup menjual agama dan “membunuh” sahabat amillin bagi memelihara kepentingan diri sendiri.





Sahabat,

Renungilah …… ini adalah antara sebahagian besar janji Allah swt melalui lidah Baginda Rasullulah saw yang diperturunkan buat kita yang sedang mengukir pahit maung dalam mengecapi kejayaan yang dijanjikan oleh Allah swt ,

Nescaya Allah akan memberi kemenangan kepada siapa yang berjuang untuk memenangkan agamanya . Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Kuat lagi Perkasa.

Surah al Hajj . Ayat 40

dan kejayaan bukanlah haq kita untuk kita pinta agar ianya terhidang tanpa sebarang usaha kearahnya dan juga ianya belum tentu kita sempat merasainya ini kerana setiap manusia sudah pun memiliki “time frame” yang pastinya berakhir dan apabila saat ini sampai kepada setiap Amillin maka bergembiralah kerana Allah swt tidak pernah memungkirinya.

dan tiada kemenangan melainkan hanya kurniaan dari sisi Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Surah al Anfal . Ayat 10

Semoga bersua lagi dalam ruangan tazkiyatul ruhiyah yang akan datang . Salam alaik’

Khairul Che Salleh
Baitul Tasnim
Taman Merdeka Melaka
http://www.musafirkini.blogspot.com/

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

sepatutnya info2 yg macam ni dah lama dikeluarkan barulah ada input sikit dan segar ni asyik bangkang jee

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59