Saturday, 30 May 2009

Kejohanan Sukan Pasti: Tahniah Buat Pasukan Bukit Katil


Saya dihubungi oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Sdra Muhammat Puhat sebentar tadi memaklumkan berita tentang kemenangan PASTI Kawasan Bukit Katil dalam menggungguli Sukan PASTI Peringkat Negeri Melaka.

Kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Rakan Muda,Lendu itu di sertai oleh PASTI-PASTI seluruh Negeri Melaka dan merupakan acara tahunan dalam kalender institusi pendidikan milik PAS itu.

PASTI Bukit Katil yang mempertahankan kejuaraannya pada tahun lepas telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi sukan kali ini.Menjadi Naib Juara bagi Kejohanan Bolasepak manakala bola jaring berada dikedudukan tempat ketiga.


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua guru-guru PASTI yang telah bertungkus lumus melatih anak-anak ini sehingga berjaya mencipta serta mengekalkan kejuaraan yang lalu.

Terima kasih juga kepada Majlis Guru-guru PASTI serta seluruh saf kepimpinan PASTI Negeri Melaka.Komitmen serta pengorbanan ibubapa juga antara penyumbang bagi kejayaan ini.

Semoga bait-bait kecemerlangan ini akan terus tumbuh subur dan meliputi kesegenap aspek pembinaan sahsiah diri anak-anak ini.

Gambar-gambar sekitar kejohanan tersebut akan dipaparkan nanti.


Skim Takaful Penyayang








Tazkiyatul Ruhiyah 18 : Kupasan Tazkirah Subuh


K
ami ceritakan kisah mereka kepadamu ( Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda - pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk dan kami telah meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri lalu mereka berkata : Tuhan kami adalah Tuhan Langit dan Bumi , kami sekali - kali tidak menyeru Tuhan selain Dia . Sesungguhnya kami kalau sedemikian , telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran .

Surah al Kahfi : Ayat 13 - 14

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat Illahi atas limpahan kurniaanNya yang berpanjangan pantas menyempurnakan pelbagai keperluan hidup kita sebagai manusia dan adalah lebih-lebih lagi Allah masih lagi tidak membalikan hati-hati ini jauh daripada Iman dan Islam.

Surah Al-Kahfi ayat 13-14 merupakan sorotan daripada natijah peristiwa yang berlaku dengan apa yang dikenali sebagai Ashabul Kahfi’ dan ianya cukup popular ketika mana ayat ini dibaca sebagai memperingatkan serta mengajar kepada kita betapa pentingnya memelihara aqidah dan keimanan kita kepada Allah swt , namun ayat ini juga membawa banyak pengertian serta peringatan buat kumpulan manusia yang menjadikan Agama sebagai taruhan untuk kepentingan duniawi semata-mata walau jika dilihat penglibatan seseorang itu sarat dengan pelbagai “sumbangan” secara fizikal khusus dalam pembinaan Aqidah perjuangan.

Sahabat Sekalian ,

Kita Kembali kepada ayat diatas , di mana Pemuda – pemuda yang dimaksudkan diatas adalah kumpulan manusia yang dikategorikan sebagai agen perubah , agen penyelamat dan boleh disifatkan agen pendesak , walaubagaimanapun pemuda didalam ayat tersebut lebih kepada agen perubah dalam usaha mereka mempertahankan keimanan dan aqidah.

Agen perubah ini mempunyai wajah kekuatan diri yang berasaskan kepada rasa tanggungjawab , tiadanya sebarang agenda terselindung dan yang lebih penting lagi adalah berasaskan ketaatan yang tekad kepada Allah swt dan Baginda Rasulllulah saw yang mana mereka ini sudah sampai suatu tingkat segala perintah Allah dan Rasulnya akan terus dilaksana tidak kira yang bakal dikorbankan itu adalah Jasad serta Nyawanya sendiri.


Menyoroti maksud Aqidah Perjuangan yang jelas


قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين”

Katakan (wahai Muhammad) : Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan sekalian ‘alam.
(Surah Al-An’am ; 162)


Sedar atau tidak telah pun kita nyatakan ungkapan ayat diatas untuk kesekian kalinya, kita sering menyebut tanpa merasa bersalah dan tanpa rasa bertanggungjawab atas ketidakfahamnya bahawa kita telah mengukir janji (Bai’ah) atau taat setia kepada Allah Swt yang mana kita mesti melaksanakan “perintah”Nya tanpa sebarang perasaan berbelah bagi , jadi apakah kita sudah sempurnakannya ? jika belum apa tindakannya?

Perintah dan Tindakan ,

Kepada kumpulan manusia yang dikategorikan sebagai agen perubah ini khususnya (umumnya buat seluruh manusia) mesej yang dimaksudkan adalah selain dari melaksanakan perintah yang fardhu adalah menjadi suatu keperluan yang amat dituntut untuk menggabungkan diri dengan Gerakan Islam dan Aqidah perjuangan yang jelas dan sohih.

Justeru itu perkara yang mesti difahami oleh agen perubah ini atau golongan As Syabab (Pemuda) ini mestilah jelas , Perjuangan yang didokong adalah suatu perjuangan yang didasari oleh Al-Quran dan As-Sunnah dan segala pertaruhan yang bersifat peribadi atau diluar daripada akhlaq perjuangan sebenar maka adalah jelas ianya adalah suatu bentuk Jenayah yang tidak boleh dipandang ringan walaupun mereka dilihat sebagai antara kumpulan yang memiliki “wibawa” dan “berkemampuan” dan jelas ianya tidak cukup hanya sekadar hadir dengan wibawa dan kemampuan jika tidak dialas dengan keikhlasan dan jujur kepada Allah swt manakala jika semua elemen kekuatan diatas lansung tidak dimiliki ketika menggabungkan diri dalam gerakan Islam dengan aqidah yang sebenar maka akan wujudlah golongan manusia yang bodoh sombong , pengampu , pengadu domba , yes sir ! , berprasangka buruk , Annaniyah yang tinggi dan yang lebih teruk sanggup menjual agama dan “membunuh” sahabat amillin bagi memelihara kepentingan diri sendiri.





Sahabat,

Renungilah …… ini adalah antara sebahagian besar janji Allah swt melalui lidah Baginda Rasullulah saw yang diperturunkan buat kita yang sedang mengukir pahit maung dalam mengecapi kejayaan yang dijanjikan oleh Allah swt ,

Nescaya Allah akan memberi kemenangan kepada siapa yang berjuang untuk memenangkan agamanya . Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Kuat lagi Perkasa.

Surah al Hajj . Ayat 40

dan kejayaan bukanlah haq kita untuk kita pinta agar ianya terhidang tanpa sebarang usaha kearahnya dan juga ianya belum tentu kita sempat merasainya ini kerana setiap manusia sudah pun memiliki “time frame” yang pastinya berakhir dan apabila saat ini sampai kepada setiap Amillin maka bergembiralah kerana Allah swt tidak pernah memungkirinya.

dan tiada kemenangan melainkan hanya kurniaan dari sisi Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Surah al Anfal . Ayat 10

Semoga bersua lagi dalam ruangan tazkiyatul ruhiyah yang akan datang . Salam alaik’

Khairul Che Salleh
Baitul Tasnim
Taman Merdeka Melaka
http://www.musafirkini.blogspot.com/


Friday, 29 May 2009

Ahlan Wassahlan Setiausaha baru Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil


Tanggal 28 Mei 2009 - Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil telah melantik seorang Setiausaha baru untuk menggantikan Setiausaha yang sedia ada. Lantikan ini telah dibuat setelah saudara Iskandar Ahmad diserapkan ke peringkat pimpinan Pemuda PAS Negeri Melaka. Ucapan 'Selamat Datang & Selamat Melangkah ke Medan Juang' diucapkan kepada saudara Noor Amin Abdul Wahid, semoga kehadiran beliau menguatkan lagi saf pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.


Friday, 22 May 2009

Zamry Menang


Mahkamah telah pun membuat keputusan sebentar tadi bagi mendengar permohonan YAB Dato Seri Muhammad Nizar bagi mengenepikan rayuan Dato Seri Zamry dalam pengistiharan YAB DS nizar sebagai MB Perak yang sah.Yang telah pun dibuat oleh Mahkamah Tinggi yang lalu.

Keputusan yang sememangnya sudah dijangkakan itu tidak memeranjatkan banyak pihak.Cuma yang masih menjadi persoalannya adalah bagaimana Hakim Dato Ramly semasa mendengar rayuan Zamry dahulu begitu mudah dan cepat membuat keputusannya.

YAB Dato Seri Nizar lalu melalui peguamnya segera memfailkan supaya rayuan penangguhan beliau sebagai menteri besar perak yang sah yang telah dibuat oleh Zamry tersebut dibatalkan.Namun kes ini tidak semudah atau secepat kes sebagaimana yang Zamry faikan.

Bagaimana pun mahkamah telah pun mengistiharkan hari ini bahawa Zamry adalah Menteri Besar Perak yang sah,sekali gus menafikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang lepas.Pelik...pelik...satu mahkamah kata Nizar MB Perak yang sah,bila pergi ke mahkamah yang satu lagi hakim-hakim tu pula kata Zamry MB Perak yang sah.Rakyat yang tak faham makin melopong bila melihat keadaan sebegini.

Begitu juga dengan hakim mahkamah rayuan yang mendengar rayuan Zamry tersebut juga antara orang yang disebut namanya oleh VK Linggam dalam klip vidoe suatu masa dahulu.Ini cukup meragukan semua pihak,institusi kehakiman masih lagi belum menampakkan tanda-tanda ketelusannya dalam menghakimi kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan UMNO-BN.

Walau apa pun keputusannya hari ini,kami tetap dengan pendirian supaya pembubaran DUN Perak segera dilakukan.

Sekiranya UMNO-BN itu masih merasakan diri mereka punya maruah,maka dipersilakan mengadap Sultan Perak dan memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak tanpa sebarang alasan lagi.

Kepada Duli Tuanku Sultan Perak kami mohon agar rakyat Perak khususnya tidak lagi menanggung kesusahan ini berpanjangan lagi.

Ampun Tuanku.


Wednesday, 20 May 2009

UNTUK DIJUAL


Saya terima sms daripada seorang sahabat..
UNTUK DIJUAL...WARNA HITAM METALLIC...HARGA BOLEH DIRUNDING...DIPAKAI 3 BULAN OLEH KERAJAAN PERAK...
BUKAN CAMRY......TAPI ZAMRY


Saturday, 16 May 2009

Sukan PASTI Kawasan Bukit Katil



Pagi tadi telah berlangsungnya sukan PASTI peringkat Kawasan Bukit Katil.Acara tahunan tersebut yang diadakan di padang Ar-Rahmah telah dijuarai oleh PASTI Seri Jati sekali gus memusnahkan impian PASTI Al-Kautsar untuk mencipta hatrik pada kejohanan kali ini.Manakala PASTI Al-Ikhwan menduduki tempat kedua dan Al-Kautsar jatuh di tempat ketiga.Perlawanan bolasepak tersebut dibuat secara liga.

Sementara itu bagi acara bola jaring pula Ar-Rahmah mengungguli tempat pertama,meletakkan Seri Jati berada di tempat kedua.Nampaknya penguasaan Seri Jati dalam kedua-dua acara tersebut telah meletakkan pasukan mereka untuk mewakili PASTI Kawasan Bukit Katil pada pertemuan 30 Mei nanti.

Sekalung tahniah buat kedua-dua pasukan tersebut.Bagi yang tidak berjaya,jangan putus asa,berlatih bersungguh-sungguh.Tahun depan boleh berentap lagi.

Tidak lupa juga Dewan Pemuda mengucapkan tahniah kepada Pengarah Jabatan PASTI Kawasan serta jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jawatankuasa pemuda,Majlis Guru PASTI,guru-guru PASTI serta ibubapa yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program tersebut.

Pengorbanan kalian pasti akan dikira oleh Allah di akhirat kelak,insyaAllah.Janji Allah itu benar dan pasti.

Amalan yang baik akan dibalas syurga,kejahatan dibalas neraka.


Friday, 15 May 2009

Kelab Penyokong PAS..kami bersetuju dengan Mutaligat


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil cukup bersetuju dan menyokong penuh cadangan blogger Mutaligat yang juga merupakan YDP Kawasan Bukit Katil berkenaan dengan status Kelab Penyokong Pas(KPP).

Perkara ini amat perlu diberi perhatian serius oleh Majlis Syura agar tidak menjadi satu kerugian bagi PAS kelak.

Memandangkan komposisi penduduk bagi beberapa DUN di Palimen Bukit Katil juga terdiri dari bilangan kaum yang agak seimbang,maka sudah sewajarnya lah kami juga melihat perkara ini perlu disegerakan.

Penangguhan keputusan yang agak lama ini bakal menjadikan PAS akan dilihat seolah-olah tidak bersungguh-sungguh dalam hal ini.Namun apa pun setiap sudut dalam segala aspek yang berkaitan haruslah diambilkira sebelum keputusan muktamad dikeluarkan.

Apa yang penting soal prinsip perjuangan parti yang melibatkan dasar serta halatuju tetap terpelihara dan misi dakwak terus dapat dikembangkan.Semoga Allah membuka jalan terbaik kepada pucuk pimpinan parti dalam merumuskan keputusan yang amat penting ini.


Thursday, 14 May 2009

Tahniah Kpd Bloggers Angkasanuri Dan Sofi Wahab Atas Penganugerahan Darjah Kebesaran


Sahabat beta Raden Al Banjari , dan beta sendiri secara kebetulan ,lahir pada 12 Mac tetapi tahun yang berbeda. Beta ditakdikan lahir lebih awal untuk melihat alam ciptaan tuhan. Raden Al Banjari ditakdirkan dilahirkan terlalu lewat. Maknanya beta entah berapa kali ganda lebih tua dari Raden Al Banjari. Oleh kerana beta lebih tua,maka Raden Al Banjari memang sewajarnya menghormati beta.

Beta tak akan tergila-gila menitahkah , Raden Al Banjari mengangkat tangan dan menyembah beta. Beta sedar , walaupun beta seorang kerabat diraja, tapi beta hanyalah seorang hamba tuhan yang ciptakan oleh Allah, Rabbul Jalil untuk menghuni bumi dengan missi (menyembah Allah dan menjauhi Taugut) yang besar ini sebelum dikembalikan kepangkuanNya.

Dipendikkan cerita,beta sesungguhnya seperti insan biasa yang setiap hari , bermentedarah, keluar masuk toilet dan kalau sihat beta tidak lupa untuk bersuka ria dengan isteri yang masih berat hati untuk memperolehi payung emas di syurga nanti.

Raden Al Banjari pun insan biasa, walaupun dia pun mungkin kerabat diraja Banjarmasin. Begitu juga dengan raja-raja lain yang masih bernafas di atas muka bumi ini pun sama saja seperti hamba tuhan yang lain. Yang membezakan seorang insan dengan insan yang lain ialah takwa. Raja di bukit, di gunung, di laut, di darat, di utara, di barat , di selatan dan di timur perlu tahu persoalan yang begitu fundemental ini.

Untuk makluman rakyat jelata sekalian , walaupun hari jadi beta yang sebenarnya sudah berlalu, tapi hari keputeraan beta disambut secara rasmi pada hari ini.

Rakyat biasa tentu tertanya-tanya mengapa beta adakan sambutan pada hari ini . Perlukah beta jawab soalan yang timbul dalam kepala otak rakyat jelata yang beta kasihi? Kalau beta kata " itu beta punya fasalah " , bunyinya terlalu kasar pulak. Oleh itu rasanya tak perlulah beta jawab.

Apa yang penting, beta dengan hati yang lapang dan tenang mengadakan sambutan keputeraan beta pada hari ini bersama permaisuri beta yang belum sanggup dimadukan dan disertai juga oleh lima orang anakanda beta secara ala kadar. Makan bihun goreng aje dan doa selamat yang ringkas.

Sesungguhnya beta tak gunakan duit rakyat walaupun sesen pun untuk sambutan hari keputeraan beta pada hari ini. Kalau beta buat secara besaran-besaran pun, beta akan gunakan duit dari poket beta sendiri dan beta akan menjemput rakyat jelata yang fakir miskin untuk bersantapan bersama-sama. Bukankah cara ini lebih afdol dan bersesuaian dengan semangat ajaran Islam yang sebenarnya?

Beta mendapat khabar bahawa terdapat raja-raja lain di atas muka bumi ini menyambut hari keputeraan dengan hanya menjemput orang kenamaan yang perut mereka sudah terlebih makan. Tidakkah mereka tahu bahawasanya, Rasulullah s.a.w tak suka amalan hodoh ini. Kalau beta bercakap tidak benar, cubalah bertanya kepada para ulamak yang sah taraf keulamakannya. Tolonglah , jangan bertanya para Mufti dari Planet Marikh. Spesis Mufti dari Planet Marikh tersebut akan berdentum dentam menjawab : "TakK BERDOSA TUANKU!!!!!!"

Lupakan soal para Mufti dari Planet Marikh . Biarkan mereka terjun dengan raja-raja mereka.

Sempena sambutan hari keputeraan beta pada hari ini , izinkanlah beta bertitah sekejab saja: "Beta, walaupun keturunan kerabat diraja Sumatra , beta tak akan duduk tinggi di atas kehendak politik rakyat. Kehendak Rakyat yang baik-baik akan beta galas dibahu beta . Sesungguhnya beta hanya mengharapkan diri beta yang hina dina ini agar sentiasa dapat duduk di bawah payung kasih sayang Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Di bawah PayungNyalah tempat beta menumpang berteduh. Semoga Allah tidak menjadikan beta seorang kerabat raja yang jahat seperti Mahararaja Firaun".

Dan sempena sambutan hari keputeraan beta hari ini, beta dengan rasa rendah diri menganugerahkan darjah kebesaran SDKA yang membawa maksud 'Semoga Dapat Keredhaan Allah ' kepada para bloggers Pro PR .

Anugerah darjah kebesaran ini didahului oleh Raden Al Banjari ,Raden Isa, Raden Jawo, Raden Baqak Hak ,dan Raden TelokBakong (TBO)

Diikuti pula , Raden Ali Maidin, Raden Ahmad Lufti Othman, Raden HaHs, Raden Mudin, Raden Cucu Mat Kilau ,Raden budak Parlimen Bgn Dth ,Raden Kopitiam Bang Nan,Raden AbdRahim Kasim. Raden Cik Lee, Raden Ibnu Hasyim (abang ipar teman), Raden Abu Saif, Raden Shalehuddin, Raden MSK, Raden Murai Senja,Raden Al Brangi, Raden Greenboc, Raden Prof Dr Hamirdin , Raden Dr Abd Wahab Arbain, Raden Hisyam Rais, Raden Mountdweler, Raden Adnan Binjai, Raden Baginda Reformasi, Raden Aduka Taruna, Raden Tok Peran aka Seladang, Raden Mamamat, Raden Manjung Mari, Raden Intan Hijau, Raden Abu Fatihah, Raden Hasbullah Pit, Raden Mr Kolumpo, Raden De'Anje, Raden Azizi , Raden Angkasanuri , Raden Muhaimin Sulam, Raden Ajijoi, Raden Tarmizi Mohd Jan, Raden Labun Kulup Sakah, Raden A-I-B, Raden Harimau Menaib, Raden Cenangau, Raden Nikhassannazmi, Raden AlHussyen, Raden koplwngout, Raden perundingperiuknasi, Raden PakKeramu, Raden Kulat Lapok, Raden Basuh Baju, Raden Fajridil Adha, Raden Sofi Wahab,Raden UdangLipan, Raden Lamputih, Raden Pak Andak, Raden Pak Utih, Raden Kassim Selamat, ,Raden Said Mirro , Raden Bongkar Sauh ,Raden Biaqpilah, Raden abangBRO, Raden Perfectwater75 dan Raden Zubli (yang blognya sudah dinaikkan taraf sebagai blog exclusive untuk orang-orang tertentu saja). Dan ramai lagi yang teman tak sempat nak masukan dalam senarai. Kalau teman ingat, teman akan masukkan kemudian.

Anugerah ini juga tak lupa beta anugerahkan kepada bloggers wanita, di antaranya: Puan Ku A Mum Of Three Mohd, Puan Ku Ummu Anni, Puan Ku Kak Chik, Cik Ku Sya-reformis, Puan Ku Ja, Puan Ku Aisyah Jamal, Puan Ku Putubambu, dan Puan Ku Waterlily. Maaflah, Bloggers wanita yang lain , beta kurang ingat sebabnya ramai sangat yang dah BERPUNYA. Ha ha ha (gelak raja)

Tak lupa beta anugerahkan darjah kebesaran yang sama kepada pembaca setia blog ini , iaitu si Raden A dan Raden Pak Oncu.

Anugerah darjah kebesaran SDKA ini , beta percaya lebih bermakna dan tinggi kedudukannya dari darjah kebesaran yang membawa gelaran Sir , Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datok yang di dikurniakan oleh raja-raja dari Timur dan Barat!!!!!!.

Bak kata Raden Isa , Pingat SDKA boleh dibawa ke kubur !!!(tambahan terkini: dalam entri asal tak ada sebaris ayat ini)


Pantun Lepas Geram


Siakap senohong,
gelama ikan duri,
Zamry berbohong,
kononnya dialah MB.

Ikan kekek mak eloi-eloi,
ikan gelama mak ilai-ilai,
Zamry bercakap lembutnya amboi
tapi sikapnya rakyat menilai.

Dua tiga kucing berlari
manakan sama si kucing zamry
ada ati nk ikut mahatma ghandi
piirah!!! cermin laa diri sendiri.

Lompat si katak lompat,
lompat laa tinggi-tinggi,
wahai tiga ekor musibat,
angkara koranglah jadi begini.

Nanti sambung lagi,kalau ada sesiapa yang sudi membeli silakan...hamba sudi menjual


Wednesday, 13 May 2009

Kerinduan Jelas Terbayang Dalam Menyambut Ketibaan MB



YAB Dato'Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sempat duduk dimejanya yang kosong dengan dokumen sambil menulis satu memo. Inilah tempat MB halal yang kembali dirampas oleh MB haram.

Enam jam berada di Pejabat MB semalam sangat-sangat dirasai kehadiran kami oleh beberapa pegawai dan staf pejabat di bangunan SUK yang sempat ditemui, lebih-lebih lagi staf di pejabat MB. Kerinduan kepada MB, EXCO dan pegawai-pegawai MB jelas terbayang.

Pegawai-pegawai MB yang lain, Hj Anuar Hashim (Setiausaha Akhbar), Amran Harun, K.Y. Tiang, Ust. Zulkifli Ibrahim dan Nadarajan hadir sama di pejabat. Hj Wan Junaidi (Bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri) juga turut hadir. Jelas terbayang keceriaan mereka.Setelah berada kira-kira 15 minit di pejabat MB, Dato' Seri terpaksa meninggalkan majlis untuk ke Istana Iskandariyyah bagi menghadiri Majlis Anugerah Pingat dan Bintang bersama Tuanku Raja Muda Perak.

Sepeninggalan beliau, semua EXCO dan pegawai-pegawai MB berada di pejabat MB. pejabat EXCO masih berkunci tak boleh dikunjungi. Beberapa pegawai kanan kerajaan turut berada di pejabat MB, antaranya En. Shamsuzaman Sulaiamn (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Asri Saad (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia), En. Abdullah Antong (yang digantung sebagai Setiausaha DUN oleh Speaker) juga hadir sama.

Tidak ada kerja-kerja pentadbiran yang kami buat, kami sekadar melihat-lihat dan bertanya khabar. Ramai juga yang datang mengucapkan tahniah, mereka terharu sehingga ada yang menitis air mata menyambut ketibaan kami. Mereka sangat merindui Dato' Seri untuk mengimami Solat Zohor berjamaah dan tazkirah. Saya juga diberitahu, kehadiran solat berjamaah di surau SUK sangat berkurangan berbanding dulu.

Saya juga sempat berbual dengan beberapa orang, mereka bercerita ketika berita di TV3 mengumumkan kemenangan Hj Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ramai pelanggan yang sedang makan tengahari sambil menonton berita di kantin pejabat bersorak menyambut gembira.

Saya sempat berbincang dengan beberapa pegawai dari pejabat SUK untuk melaksanakan beberapa arahan dari YAB MB. Jelas mereka tidak keberatan melaksanakannya malahan memberi kerjasama yang cukup baik.

Menjelang Zohor, kami mendapat mesej dan maklumat dari Kuala Lumpur oleh peguam Hj Nizar bahawa permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi diterima oleh Mahkamah Rayuan. Mendengar keputusan tersebut, pejabat MB menjadi sunyi dan hening buat seketika. Ketika itulah Dato' Seri tiba dari Istana.

Kami Solat Zohor berjamaah di surau dengan diimami oleh Dato' Seri Hj Nizar. Selepas solat, kami kembali ke pejabat untuk berbincang mengenai keputusan Mahkamah Rayuan tadi. Setelah berbincang, semuanya sepakat bersetuju untuk keluar pejabat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan.

Lebih kurang jam 2.30 petang, MB, EXCO dan seluruh pegawai-pegawainya meninggalkan pejabat dengan penuh hormat dan tenang. Kami bersalam-salaman semula dengan staf dan pegawai keselamatan. Polis masih ramai di sekitar Banguanan SUK. Kami mimum petang di Kedai Kopi berhampiran pejabat SUK, MB dikerumuni oleh para wartawan dan sidang akhbar terus diadakan di pejabat DAP yang berada di atas kedai kopi tersebut.
: Sumber dipetik dari blog Misbahul Munir


Bila Yang Haram Cuba Menghalalkan Diri


Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-


a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zamry adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.


Monday, 11 May 2009

Gambar Sekitar Muktamar






Pesan Musyidul Am PAS


KOTA BHARU : YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.

Kata Tok Guru :

" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.


Zamry Diarah Kosongkan Pejabat


Mahkamah memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Zamry di beritakan mohon rayuan kepada mahkamah supaya menyemak semula kes tersebut.

Ni jenis tak puas hati lagi la ni...apa pun elok Zamry keluar dululah pejabat tu beserta dengan exco-exco yang lain tu yer...


Mahkamah Telah Menentukan Status MB Perak Hari Ini.


Tajuk berita paling hangat hari ini apabila keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa MB Perak yang sah adalah Dato Seri Muhammad Nizar Bin Jamaluddin.Ini sekaligus menafikan lantikkan haram Dr Zamry sebagai MB pada sebelum ini.

Ini merupakan satu kemenangan besar khsusnya kepada rakyat Perak.Perjuangan yang akhirnya membuktikan kebenarannya,namun begitu proses pembubaran DUN tetap diperlukan bagi menyelesaikan kemelut ini.

Semoga seluruh jentera plihanraya di semua peringkat telah bersedia untuk menghadapi prk bagi seluruh DUN Perak pada bila-bila masa sahaja lagi.

UMNO-BN,kamu nantilah saatnya pasti akan tiba...


DPPNM TELAH BERJAYA MENGADAKAN MUKTAMAR


Bertempat di Maahad Ar-Rahmah ,Solok Gaung,Ayer Molek,Melaka.Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka telah pun selesai mengadakan muktamar mereka pada 10 hb Mei 2009 yang lalu.Mohon maaf atas kelewatan blog ini memaparkannya di sini ,atas beberapa perkara yang tidak dapat di elakkan.

Namun apa pun kami mengucapkan tahniah kepada DPPNM atas kejayaan mengadakan tanggungjawab tahunan tersebut,terutamanya kepada penitia persiapan yang mana Bukit Katil telah diamanahkan sebagai tuan rumah bagi muktamar kali ke 34 ini.

Muktamar Agong yang telah dirasmikan oleh Sdra.Ahmad Sabky Bin Yusof ini telah dihadiri oleh kesemua perwakilan dari 6 kawasan.Ahmad Sabky merupakan Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat.

Dalam ucapan perasmian tersebut beliau menekankan tentang aspek profesional dan integrasi dalam mengurustadbir sesebuah organisasi.Dalam konteks Pas sebagai sebuah Parti Islam ini sudah semestinya setiap ahli atau jemaahnya haruslah berperanan lebih jauh lagi bagi menjayakan misi dakwah menerusi wadah siyasah ini.

Pemilihan kempimpinan kali ini menyaksikan kedudukan kerusi Ketua Pemuda dikekalkan kepada Al-Fadhil Ust.Kamarudin bin Hj.Sidek.Manakala Timb.Ketua Pemuda dimenangi oleh Sdra.Yuhaizad Bin Abdullah dan Naib Ketua Pemuda disandang oleh Sdra.Mohd Zakuan Bin Harun.10 exco yang dipilih adalah terdiri daripada : Yuzi Azhar,Hj.Shaharudin,Ust. Adnan,Abd.Kader Dewa,Mohsen Jamaat,Ust.Khairul Che Salleh,Abu Khir,Mohd Hanim,Ust.Mohd Helmee,Ust.Shahrudin.

Dalam ucaptama Ketua Pemuda,Ust.Kamarudin merangkulkan tentang aspek Pemuda Massa,Tarbiyyah,Pendidikan,Mengurus Kegawatan Ekonomi,Masa Depan Pakatan Rakyat,Menerjah Golongan Muda serta Merkyatkan Pemuda.Keseluruhan isi ucaptama itu telah pun dibahaskan dengan baik oleh setiap perwakilan.Manakala Sdra.Jauhar Bin Mohd Dawi selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil membahaskan topik Pendidikan.Teks penuh ucapan pembahasan tersebut boleh dibaca melalui lampiran di bawah blog ini.

Muktamar yang telah dipengerusikan oleh Ust.Imran ini mula berlangsung pada pukul 12.00 t.hari dan tamat pada pukul 3.30 petang.


Friday, 8 May 2009

Bila Kebodohan Terhadap Undang-undang Sampai ke Tahap Meroyan


Bermula daripada PM,menterinya hinggalah kepada rakyat yang menyokong dan mengundi BN.Semua mereka ini berada dalam kejahilan yang melampau terhadap undang-undang.Terutamanya undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak.
Angkara kebodohan dan kejahilan mereka inilah maka terjadinya krisis spertimana yang berlaku di Perak
hari ini.

Walaupun telah diulas beberapa kali oleh beberapa orang pakar
undang-undang di negara kita,betapa perlunya menghormati hak
dan prinsip perlembagaan,namun mereka ini seolah-olah buta tuli,langsung tidak mahu mendengar nasihat.

Samalah dengan rakyat melaka yang mengundi BN ni,sebab itu lah si Ali Rustam masih kekal jadi Ketua Menteri
walaupun dah jelas terbabit dengan rasuah.Kerana tak faham undang-undanglah jadi macam tu,rasuah dalam politik
tak sama dengan rasuah di luar politik.

Pada hal kedua-duanya pun rasuah...dah nama pun RASUAH.
Sekarang apa dah jadi ? Ingat boleh selesai senang-senang macam tu saja ke.

Inilah akibat dari tindakan yang terlalu mengikut hawa nafsu.Ada otak,tapi yang pi letak kat kepala lutut
tu pasai apa ?

Cubalah pikir panjang sikit,rakyat ni bukannya buta tuli macam
depa.

Sudahlah ada MB haram, hari ni lantik pula speaker haram...haaa
mampuih,dok pakat jadi haram jadahlah hangpa semua wahai BN.




**** HANCUR-HANCUR,HANCUR BN****


Wednesday, 6 May 2009

Abang Mat Ditangkap lagi...



Terkejut,geram,marah dan sebagainya itulah gejolak rasa yang membuak timbul di hati ini sebaik saja mendapat berita tentang pengkapan Ybhg Naib Presiden PAS itu.

Apakah alasan pihak polis yang secara tiba-tiba datang menangkap naib presidan pas itu.Tanpa sebarang waran dan amaran yang dikeluarkan dan penangkapan tersebut juga dilakukan secara kasar di tengah-tengah orang ramai.

Apakah jenayah yang telah dilakukan oleh Abang Mat,jika alasan pengkapan ini adalah kerana program solat hajat yang bakal diadakan pada 7.5.09 ini.Maka jelas sekali ini adalah suatu pelanggaran hak asasi manusia.Sebagai warganegara Malaysia,rakyat berhak untuk melakukan apa saja asalkan ia tidak mengganggu serta melanggar undang-undang di negara ini.

Apakah dengan merancang untuk melakukan solat hajat itu sudah dikira melanggar undang-undang di negara ini.Jika hanya itu lah sebab dan alasannya maka elok sajalah negara ini bertukar menjadi negara POLIS.

Tak payah guna undang-undang,rasa-rasa nak tangkap, terus tangkap.Bila rasa nak lepaskan,bebaskan begitu saja.Suka-suka tangkap,suka-suka lepas.Ehh...!! ni apa benda ni...buat negara ni macam negara mak bapak depa ja.

Kami selaku rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pengkapan yang telah dibuat terhadap Naib Presiden Pas itu dan menggesa agar pihak polis membebaskan beliau dan segera tanpa sebarang syarat.

Banyak lagi kes-kes jenayah yang sepatutnya menjadi perhatian dan tumpuan serius pihak polis untuk mencegah atau membenterasnya.Dengan kadar jenayah ketika ini semakin membimbangkan yang berlaku setiap hari,sudah seharusnyalah setiap kemahiran serta kecekapan polis itu di tumpukan kepada bidang tugas tersebut.

Sekali lagi, sebagai rakyat di negara yang berdaulat ini,kami menggesa supaya pembebasan terhadap Ybhg Tn.Hj.Mohd Sabu dilakukan segera.

Berita Lanjut


Sunday, 3 May 2009

Barisan Kepimpinan Baru PAS Kawasan Bukit Katil





Tahniah kepada PAS Kawasan Bukit Katil kerana telah selamat dengan jayanya mengadakan muktamar tahunan kali ke-6 pada pagi tadi (3.5.09). Muktamar yang berlangsung di INB Resort itu tadi telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS YBhg Tn.Hj Mohd Sabu.Muktamar kali ini juga menyaksikan kehadiran para perwakilan yang begitu ramai.

Menurut urusetia mukatamar, kehadiran para perwakilan serta pemerhati yang di luar jangkaan itu menyebabkan buku laporan muktamar tidak mencukupi untuk diedarkan kepada semua yang hadir.

Memandangkan muktamar kali ini terdapatnya pemilihan terhadap barisan kepimpinanan, maka sejajar dengan itu para perwakilan telah pun memainkan peranan masing-masing dengan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Proses pengundian berjalan lancar dan keputusan pemilihan tersebut adalah seperti berikut.

Yang Dipertua PAS Kawasan disandang oleh Sdr.Mohd Sofi Bin Wahab,manakala TYD dan NYD pula diamanahkan kepada Tn.Hj Mohd Ali bin Shariff dan Tn.Hj.Ismail Bin Ahmad.Jawatan Yang Dipertua yang dipertandingkan itu telah mendapat pencalonan daripada semua cawangan-cawangan di bawah kawasan Bukit Katil.Setelah diambilkira dari kelayakkan bertanding hanya dua nama sahaja yang tersenarai sebagai calon YDP iaitu Th.Hj Bakerin dan Sdr.Sofi Wahab.Namun begitu Tn.Hj.Bakerin telah pun menarik diri dan memberi laluan kepada Sdr.Sofi untuk memegang amanah tersebut.

Inilah jiwa besar pemimpin yang melalui proses ditarbiyah ,jawatan bukanlah suatu untuk dibanggakan dan ianya boleh dilepaskan bila-bila masa sahaja jika itu yang perlu dilakukan.
Inilah gambaran yang menunjukan betapa suburnya nilai murni,akhlak serta prinsip demokrasi di dalam PAS itu sendiri.Media arus perdana lah sebenarnya yang cuba mencetuskan api kemarahan dan melaga-lagakan antara pimpinan dan pendokong serta pengikut-pengikut PAS.

Justeru itu suka saya mengingatkan kepada media arus perdana supaya hentikanlah segala kerja-kerja sia-sia itu kerana sesungguhnya setiap pengikut dan pendokong PAS telah pun sedia maklum akan niat jahat kamu itu.

Kesempatan ini kami daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saf kepimpinan yang baru dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada mantan YDP serta barisan ajk-ajk yang lalu atas segala curahan khidmat yang telah tuan-tuan berikan.Ingatlah , semua itu pasti akan dihitung oleh Allah SWT sebagai amalan mulia di akhirat kelak.

Kepada yang telah diamanahkan teruskan agenda untuk menyedarkan rakyat Melaka, bagi dewan pemuda selaku sayap kanan parti akan terus bergerak seiring dengan pas kawasan dalam menjayakan setiap program yang dirancangkan.

***** PAS FOR ALL ******


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59