Tuesday, 7 April 2009

Tahniah YB Dato Seri iR Muhamad Nizar,tahniah PR


Alhamdulillah,keputusan PRK P059 Bukit Gantang telah pun rakyat ketahui.Setinggi syukur kehadrat Ilahi atas nikmat kemenangan ini.Sememangnya Allah ingin mengajar akan keangkuhan BN yang sekarang ini dikepalai oleh sang ketua yang penuh kontroversi.

Sebagaimana ulasan sdr sofi dlm blog beliau mmutaligat.blogspot
,"Saya baru menyaksikan siaran langsung pengisytiharan keputusan PRK Bukit Gantang melalui saluran Astro Awani.

Selepas Pegawai Pengurus Pilihanraya mengumumkan kemenangan Datuk Seri Nizar, beliau berundur ke belakang dan Datuk Seri Nizar terus berucap di rostrum. Pada masa yang sama Pengarah SPR Perak dengan muka yang masam mengarahkan Pegawai Pengurus Pilihanraya yang juga Pegawai Daerah memberitahu sesuatu kepada Ir Nizar. Saya yakin bahawa beliau meminta Nizar berhenti berucap sedangkan Nizar baru sahaja memulakan ucapannya.

Seperti biasa memang menjadi kelaziman bahawa calon yang menang dan kalah diberi peluang untuk berucap. Namun dalam insiden tadi terbukti Pengarah SPR Perak sangat benci kepada PAS sehingga tidak membenarkan Nizar berucap.

Saya yakin ribuan rakyat Malaysia menyaksikan insiden ini tadi. Jelas SPR berpihak dan tidak menjadi pengadil yang baik.

Angkuh sungguh Pengarah SPR Perak tersebut. Saya yakin jika BN menang sudah tentu beliau akan lebih angkuh dan sombong.

Saya menggesa beliau meminta maaf kepada Datuk Seri Nizar dan seluruh penyokong PAS dengan serta merta.

Kejadian tadi amat memalukan. Saya yakin selepas ini media pencacai Umno akan memfitnah Nizar. Tidak serik-serik lagi mereka ini."


Malah pengarah spr yang sombong itu cuba menarik YB nizar dari belakang supaya berhenti berucap namun tidak dilayan oleh YB nizar.Insiden tersebut menjadi saksi akan sikap sebenar spr dalam mengadili proses pilihanraya di negara ini.

Apa pun rakyat telah menunjukkan sokongan mereka yg tidak berbelah bagi kepada MB mereka yang masih sah sehingga sekarang ini.

MB kudeta Zambry masih tak reti-reti lagi nak berundur.Rakyat telah benar-benar menunjukkan undi protes dan secara langsung menolak kerja jahat yang telah dilakukan UMNO-BN dengan cara merampas kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.Kalau dia seorang yang bermaruah dan ada sifat malu yang mana sifat malu itu merupakan salah satu dari cabang iman maka dengan segala hormatnya rakyat telah menunjukkan jalan keluar dari sistem pemerintahan sekarang dan juga keluar dari rumah kediaman rasmi menteri besar yang diduduki secara haram itu.

Sesungguhnya Zambry sememangnya benar-benar tidak layak menduduki rumah yang hanya diamanahkan untuk pemimpin rakyat sahaja.


Tapi masih adakah lagi erti
MARUAH dalam diri orang seperti ini...?

Hancur!!! Lah kau UMNO-BN.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

Anonymous said...

salam ziarah, tahniah utk DS Nizar pemimpin yg dikasihi, semuga kemenangan kita akan memberi satu semangat yang baru bagi menghadapi PRU13 nanti.Pengarah spr tu memang tak sedar diri, tak tahu diuntung gaji beliaupun rakyat bayar,perasan.Kalau tak puas hati letak jawatan masuk bertanding dalam mana2 prk nanti.Apa dia pikir kalau beEnd/ameno tak memerintah malaysia tak boleh maju ke. Lihat contoh negeri kelantan dibawah pimpinan tok guru sampai sekarang tak muflis pun.Samdol punya pengarah spr perak.

naked gun said...

tahniah DS Nizar, tahniah rakyat yg sokong PAS!!!!!Teruskan kerja2 yg bagus, PRU 13 kita kuburkan umno ramai2....

Anonymous said...

salam ukhwah..

alhamdulillah..
setinggi-tinggi tahniah diucapkan kpd YB DS ir. Mohamed Nizar Jamaluddin..

i hope that YB DS will speak up for the nation and be a good nation represantive in the dewan rakyat..

your voice will be heard..

-bakal jurutera-

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59