Tuesday, 7 April 2009


Bukit Gantang, Selasa 7 April 2009 - Petugas PAS dari Pemuda Cawangan Taman Cempaka melaporkan terdapat kekecohan berhampiran Unit Peti Undi ( UPU ) Kuala Terong malam tadi disebabkan oleh kehadiran beberapa buah bas yang mencurigakan. Penduduk tempatan yang cuba menahan bas tersebut yang dipercayai membawa pengundi - pengundi hantu telah dileraikan oleh pihak polis. Walaupun penduduk tempatan menunggu sehingga pagi untuk mengekori bas tersebut ke tempat pembuangan undi, difahamkan tiada sebarang tindakan telah dapat diambil.

Seorang lagi petugas melaporkan saingan yang agak hebat diberikan oleh perayu undi dari BN di pondok panas mereka. Namun 'bateri' mereka tidak dicas semula sebaik sahaja matahari tegak menandakan sudah sampai ke tengah hari. Waktu petang agak hambar, berlawanan dengan semangat dan usaha merayu undi yang berterusan dari petugas PAS khususnya petugas dari Melaka yang ditugaskan membantu di UPU tersebut. Antara yang kelihatan turun membantu adalah pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan Cawangan Taman Cempaka.

Petugas tersebut juga memberikan tanggapan bahawa sambutan pengundi adalah nampak cenderung kepada PAS. Peluang menang tetap ada, berdasarkan pemerhatian beliau yang sudah banyak pengalaman membantu di pondok panas PAS semasa hari pilihanraya.

Dalam hal yang berkaitan, petugas lain dari PAS Kawasan Bukit Katil yang pergi awal sebelum hari penamaan calon lagi berpendapat, kebanyakan pengundi Cina khususnya di UPU Kampung Temeloh memberikan sokongan yang padu kepada calon PAS, Ir. Hj. Mohamad Nizar. Ini berpandukan kepada pendaftaran ahli Kelab Penyokong PAS di UPU tersebut yang amat menggalakkan. Para petugas dari Melaka ini bersama - sama dengan petugas tempatan telah berjaya mengumpulkan keahlian hampir kepada 60 orang bukan islam pada hari pertama kaunter pendaftaran dibuka sejak dari pagi pada hari Jumaat, 20 Mac 2009. " Amat mengejutkan !" ulas seorang petugas tempatan dari UPU Tebok.

Sambutan luar biasa juga pada petangnya diterima semasa Hj. Mohamad Nizar datang merasmikan penubuhan kelab tersebut. Khemah yang disediakan tidak cukup untuk menampung kehadiran yang ramai, sehinggakan pekan Kampung Temeloh 'sesak' dengan penduduk yang datang, majoritinya dari kaum Tionghua. Hari yang berikutnya juga menyaksikan permohonan keahlian yang bertambah, sehingga kaunter ditutup pada petangnya.

Sehingga pukul 4.00 petang tadi petugas UPU sibuk mencari dan mengambil para pengundi yang masih belum menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Harapan tinggi menggunung kepada petugas PAS agar tiada seorang pengundi pun terlepas dari memangkah undi. Sama - sama kita menunggu keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang malam ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59