Wednesday, 8 April 2009

50 tahun UMNO di Perlis



Inilah rupa stesen bas di Bandar Kangar,ibu negeri Perlis al-UMNO.Setelah 50 tahun di bawah penguasaan kerajaan UMNO setakat inilah saja yang mampu dinikmati oleh penduduk di negeri ini.Nikmat pembangunan dunia yang ditagih setiap kali musim pilihanraya langsung tidak nampak kalau akhirat tu pula jauh sekali lah.
Macam stesen bas pekan koboi...



Dua hari lepas saya berkesempatan ke sana atas urusan penting.Namun ini bukanlah merupakan kali pertama saya menjejakan kaki di sana.Apa yang saya nak paparkan di sini adalah apa yang dikatakan dasar "KECEMERLANGAN" kerajaan BN itu sendiri.
Begitu lama Shahidan Kassim jadi MB ini saja kah yang mampu dia persembahkan utk rakyatnya.Sedangkan segala hasil bumi dan keringat rakyat diperah untuk mengenyangkan tembolok sendiri.











Ini pula keadaan surau yang menunggu untuk penumpang bas menunaikan solat.daripada lot kedai yang diubahsuai...






Tempat wuduk, tiada satu paip pun yang boleh guna.Dah begitu bau di sekeliling cukup memualkan.Sedangkan di sekelilingnya terdapat kedai-kedai makan.Apa yang pihak majlis buat ni...?






Yang ini merupakan surau alternatif.senangnya keja puak ni,letak jer kabin ni di tengah-tengah kawasan stesen bas tu.Lepas tu lantak ler,bukan dia ambil kira sama ada boleh guna atau tidak.
Apalagi jika diambil kira dari sudut kebersihan.






Pandangan dalam 'surau'.Anda tengok lah sendiri bagaimana kerajaan BN menguruskan keperluan rakyat.







Cukup daif sekali....kelambu yang entah bila dipasang.








Layaknya tempat ini dijadikan stor simpanan barang saja...jika dalam masa yang sama ada seorang lelaki dan seorang wanita.maka tunggulah giliran masing-masing.






Ini pasar Kangar...







Orang ramai tetap saja berbelanja sperti biasa..apakah di benak mereka tidak terfikir bahawa kerajaan yang mereka sokong itu sedang 'mempermain-mainkan' mereka.















Ini pula keadaan di tengah-tengah bandar,berhampiran juga dgn stese bas tadi.kawasan ini dikelilingi oleh pej UMNO,MCA dan pej Ahli Parlimen Kangar.







Pejabat UMNO....








Pejabat MCA...gah sikit berbanding UMNO.








Pejabat ahli parlimen Kangar...depannya bagaikan sarang tikus..








Entah apa yang mereka ni buat saya pun tak paham....negeri yang sekecik ini pun tak reti nak urus.Bila berkempen bukan main lagi..macam-macam cerita pembangunan ditabur,dijaja ke sana ke mari.Namun realitinya inilah yang sepatutnya rakyat Perlis nilaikan semula jika masih lagi nak beri undi kepada BN...

Cadangan saya elok lah wakil-wakil rakyat ni datang ke Kelantan dan tiru apa yang kerajaan PAS kelantan buat.Tok sah dok pi Kota Bharu pun takpa, nun pi tengok kat Pasir Mas tu dulu.itu pun dah kira cukup nak buat model sementara...buat peringkat-peringkat laa na.Tu pun kalau dapat bersaing....rasanya takdak laaa kot...dok tang tu ja lah...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

Assalam tuan,
saya masih teringat seorang sahabat yang bekerja di naza hotel penang bagitau,jikalau dulu ceo naza group Allahyarham Tan Sri Nasimuddin datang melawat hoteltempat pertama dia pi tengok ialah surau,katanya,jikalau surau boleh dijaga dengan elok maknanya hotel pun boleh dijaga dengan elok,
ini kalau surau kat stesen bas pun tak boleh nak jaga bagaimana nak jaga sebuah negeri???????

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59