Monday, 20 April 2009

Siapa Yang Dimaksudkan Dengan Wajah Hodoh Politik


Dalam titah baginda sultan Perak yang melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan semasa tanah air terutamanya dengan apa yang berlaku di Perak sebagai suatu yang amat malang dari sudut moral dan amalan sistem demokrasi.

Namun saya melihat perkara ini sebenarnya berpunca daripada mereka yang punya hati serta niat yang jahat demi untuk mencapai cita-cita busuk mereka.

Ibarat pepatah :" siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya "UMNO-Bn sepatutnya sedar dan menerima keputusan sebagaimana telah pun dihakimi oleh pengundi-pengundi dalam beberapa prk yang lalu terutamanya yang terakhir sekali di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau yang baru lepas.

Rakyat menunjukkan protes mereka secara amalan demokrasi dan ini sebenarnya menggambarkan mereka tidak boleh lagi berkompromi dengan parti yang memerintah negara ini.Apatah lagi bila BN bertindak ala samseng merampas kerajaan pilihan rakyat di Perak.

UMNO-BN sanggup mengheret raja-raja dalam permainan politik kotor mereka,UMNO-BN juga tergamak melucutkan imuniti raja-raja yang telah pun dilakukan oleh mereka sebelum ini,bila mana ia tidak lagi mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Ini lah wajah sebenar UMNO-BN,semakin lama semakin jelas di mata rakyat kejelikan perilaku golongan bobrok ini.

Rujuk berita lanjut di Hmetro hari ini


Wednesday, 8 April 2009

50 tahun UMNO di Perlis



Inilah rupa stesen bas di Bandar Kangar,ibu negeri Perlis al-UMNO.Setelah 50 tahun di bawah penguasaan kerajaan UMNO setakat inilah saja yang mampu dinikmati oleh penduduk di negeri ini.Nikmat pembangunan dunia yang ditagih setiap kali musim pilihanraya langsung tidak nampak kalau akhirat tu pula jauh sekali lah.
Macam stesen bas pekan koboi...



Dua hari lepas saya berkesempatan ke sana atas urusan penting.Namun ini bukanlah merupakan kali pertama saya menjejakan kaki di sana.Apa yang saya nak paparkan di sini adalah apa yang dikatakan dasar "KECEMERLANGAN" kerajaan BN itu sendiri.
Begitu lama Shahidan Kassim jadi MB ini saja kah yang mampu dia persembahkan utk rakyatnya.Sedangkan segala hasil bumi dan keringat rakyat diperah untuk mengenyangkan tembolok sendiri.











Ini pula keadaan surau yang menunggu untuk penumpang bas menunaikan solat.daripada lot kedai yang diubahsuai...






Tempat wuduk, tiada satu paip pun yang boleh guna.Dah begitu bau di sekeliling cukup memualkan.Sedangkan di sekelilingnya terdapat kedai-kedai makan.Apa yang pihak majlis buat ni...?






Yang ini merupakan surau alternatif.senangnya keja puak ni,letak jer kabin ni di tengah-tengah kawasan stesen bas tu.Lepas tu lantak ler,bukan dia ambil kira sama ada boleh guna atau tidak.
Apalagi jika diambil kira dari sudut kebersihan.






Pandangan dalam 'surau'.Anda tengok lah sendiri bagaimana kerajaan BN menguruskan keperluan rakyat.







Cukup daif sekali....kelambu yang entah bila dipasang.








Layaknya tempat ini dijadikan stor simpanan barang saja...jika dalam masa yang sama ada seorang lelaki dan seorang wanita.maka tunggulah giliran masing-masing.






Ini pasar Kangar...







Orang ramai tetap saja berbelanja sperti biasa..apakah di benak mereka tidak terfikir bahawa kerajaan yang mereka sokong itu sedang 'mempermain-mainkan' mereka.















Ini pula keadaan di tengah-tengah bandar,berhampiran juga dgn stese bas tadi.kawasan ini dikelilingi oleh pej UMNO,MCA dan pej Ahli Parlimen Kangar.







Pejabat UMNO....








Pejabat MCA...gah sikit berbanding UMNO.








Pejabat ahli parlimen Kangar...depannya bagaikan sarang tikus..








Entah apa yang mereka ni buat saya pun tak paham....negeri yang sekecik ini pun tak reti nak urus.Bila berkempen bukan main lagi..macam-macam cerita pembangunan ditabur,dijaja ke sana ke mari.Namun realitinya inilah yang sepatutnya rakyat Perlis nilaikan semula jika masih lagi nak beri undi kepada BN...

Cadangan saya elok lah wakil-wakil rakyat ni datang ke Kelantan dan tiru apa yang kerajaan PAS kelantan buat.Tok sah dok pi Kota Bharu pun takpa, nun pi tengok kat Pasir Mas tu dulu.itu pun dah kira cukup nak buat model sementara...buat peringkat-peringkat laa na.Tu pun kalau dapat bersaing....rasanya takdak laaa kot...dok tang tu ja lah...


Tuesday, 7 April 2009


Kemenangan calon DUN Bukit Selambau dalam PRK kali ini melengkapkan lagi pusingan pilihanraya kali ini.Bermakna ADUN Pakatan Rakyat terus mengekalkan kemenangan mereka dan seterusnya menafikan kemaraan calon BN itu sendiri.

S Manikumar telah berjaya menawan hati penduduk di Bukit Selambau untuk terus mempercayai kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh MB Dato' Seri Ust.Azizan.

Cukup lah tu wahai pengampu dan juak-juak UMNO sekalian,sudah jelas sekarang bahawa rakyat sudah cukup muak dengan kerajaan yang dipimpin oleh BN.Tunggu saja di PRU ke 13 nanti jika pemimpin yang ada ini masih lagi tidak mahu berubah dan terus bersikap angkuh serta sombong.

SEKALI LAGI TAHNIAH KPD KEDUA-DUA CALON ATAS KEMENANGAN HARI INI.RAKYAT BENAR-BENAR MENGHAYATI "SELOGAN KEMBALIKAN HAK KEPADA RAKYAT."


Tahniah YB Dato Seri iR Muhamad Nizar,tahniah PR


Alhamdulillah,keputusan PRK P059 Bukit Gantang telah pun rakyat ketahui.Setinggi syukur kehadrat Ilahi atas nikmat kemenangan ini.Sememangnya Allah ingin mengajar akan keangkuhan BN yang sekarang ini dikepalai oleh sang ketua yang penuh kontroversi.

Sebagaimana ulasan sdr sofi dlm blog beliau mmutaligat.blogspot
,"Saya baru menyaksikan siaran langsung pengisytiharan keputusan PRK Bukit Gantang melalui saluran Astro Awani.

Selepas Pegawai Pengurus Pilihanraya mengumumkan kemenangan Datuk Seri Nizar, beliau berundur ke belakang dan Datuk Seri Nizar terus berucap di rostrum. Pada masa yang sama Pengarah SPR Perak dengan muka yang masam mengarahkan Pegawai Pengurus Pilihanraya yang juga Pegawai Daerah memberitahu sesuatu kepada Ir Nizar. Saya yakin bahawa beliau meminta Nizar berhenti berucap sedangkan Nizar baru sahaja memulakan ucapannya.

Seperti biasa memang menjadi kelaziman bahawa calon yang menang dan kalah diberi peluang untuk berucap. Namun dalam insiden tadi terbukti Pengarah SPR Perak sangat benci kepada PAS sehingga tidak membenarkan Nizar berucap.

Saya yakin ribuan rakyat Malaysia menyaksikan insiden ini tadi. Jelas SPR berpihak dan tidak menjadi pengadil yang baik.

Angkuh sungguh Pengarah SPR Perak tersebut. Saya yakin jika BN menang sudah tentu beliau akan lebih angkuh dan sombong.

Saya menggesa beliau meminta maaf kepada Datuk Seri Nizar dan seluruh penyokong PAS dengan serta merta.

Kejadian tadi amat memalukan. Saya yakin selepas ini media pencacai Umno akan memfitnah Nizar. Tidak serik-serik lagi mereka ini."


Malah pengarah spr yang sombong itu cuba menarik YB nizar dari belakang supaya berhenti berucap namun tidak dilayan oleh YB nizar.Insiden tersebut menjadi saksi akan sikap sebenar spr dalam mengadili proses pilihanraya di negara ini.

Apa pun rakyat telah menunjukkan sokongan mereka yg tidak berbelah bagi kepada MB mereka yang masih sah sehingga sekarang ini.

MB kudeta Zambry masih tak reti-reti lagi nak berundur.Rakyat telah benar-benar menunjukkan undi protes dan secara langsung menolak kerja jahat yang telah dilakukan UMNO-BN dengan cara merampas kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.Kalau dia seorang yang bermaruah dan ada sifat malu yang mana sifat malu itu merupakan salah satu dari cabang iman maka dengan segala hormatnya rakyat telah menunjukkan jalan keluar dari sistem pemerintahan sekarang dan juga keluar dari rumah kediaman rasmi menteri besar yang diduduki secara haram itu.

Sesungguhnya Zambry sememangnya benar-benar tidak layak menduduki rumah yang hanya diamanahkan untuk pemimpin rakyat sahaja.


Tapi masih adakah lagi erti
MARUAH dalam diri orang seperti ini...?

Hancur!!! Lah kau UMNO-BN.



Bukit Gantang, Selasa 7 April 2009 - Petugas PAS dari Pemuda Cawangan Taman Cempaka melaporkan terdapat kekecohan berhampiran Unit Peti Undi ( UPU ) Kuala Terong malam tadi disebabkan oleh kehadiran beberapa buah bas yang mencurigakan. Penduduk tempatan yang cuba menahan bas tersebut yang dipercayai membawa pengundi - pengundi hantu telah dileraikan oleh pihak polis. Walaupun penduduk tempatan menunggu sehingga pagi untuk mengekori bas tersebut ke tempat pembuangan undi, difahamkan tiada sebarang tindakan telah dapat diambil.

Seorang lagi petugas melaporkan saingan yang agak hebat diberikan oleh perayu undi dari BN di pondok panas mereka. Namun 'bateri' mereka tidak dicas semula sebaik sahaja matahari tegak menandakan sudah sampai ke tengah hari. Waktu petang agak hambar, berlawanan dengan semangat dan usaha merayu undi yang berterusan dari petugas PAS khususnya petugas dari Melaka yang ditugaskan membantu di UPU tersebut. Antara yang kelihatan turun membantu adalah pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan Cawangan Taman Cempaka.

Petugas tersebut juga memberikan tanggapan bahawa sambutan pengundi adalah nampak cenderung kepada PAS. Peluang menang tetap ada, berdasarkan pemerhatian beliau yang sudah banyak pengalaman membantu di pondok panas PAS semasa hari pilihanraya.

Dalam hal yang berkaitan, petugas lain dari PAS Kawasan Bukit Katil yang pergi awal sebelum hari penamaan calon lagi berpendapat, kebanyakan pengundi Cina khususnya di UPU Kampung Temeloh memberikan sokongan yang padu kepada calon PAS, Ir. Hj. Mohamad Nizar. Ini berpandukan kepada pendaftaran ahli Kelab Penyokong PAS di UPU tersebut yang amat menggalakkan. Para petugas dari Melaka ini bersama - sama dengan petugas tempatan telah berjaya mengumpulkan keahlian hampir kepada 60 orang bukan islam pada hari pertama kaunter pendaftaran dibuka sejak dari pagi pada hari Jumaat, 20 Mac 2009. " Amat mengejutkan !" ulas seorang petugas tempatan dari UPU Tebok.

Sambutan luar biasa juga pada petangnya diterima semasa Hj. Mohamad Nizar datang merasmikan penubuhan kelab tersebut. Khemah yang disediakan tidak cukup untuk menampung kehadiran yang ramai, sehinggakan pekan Kampung Temeloh 'sesak' dengan penduduk yang datang, majoritinya dari kaum Tionghua. Hari yang berikutnya juga menyaksikan permohonan keahlian yang bertambah, sehingga kaunter ditutup pada petangnya.

Sehingga pukul 4.00 petang tadi petugas UPU sibuk mencari dan mengambil para pengundi yang masih belum menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Harapan tinggi menggunung kepada petugas PAS agar tiada seorang pengundi pun terlepas dari memangkah undi. Sama - sama kita menunggu keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang malam ini.



Istana Keadilan, Putrajaya, 7 April 2009 – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan kes penyemakan penghakiman Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ) Al – Kautsar, Ayer Keroh setelah panel hakim yang bersidang bersetuju dengan permohonan barisan peguam PASTI supaya kes ini dihakimi oleh 5 orang hakim.

Keputusan dibuat setelah mendengar penghujahan dari kedua – dua pihak pemohon dan responden. Panel 3 orang hakim yang dipengerusikan oleh Panel Hakim Mahkamah Persekutuan Ariffin Zakaria yang menyifatkan kes ini sebagai ‘interesting’ membuat membuat keputusan tersebut setelah mendengar dan menimbangkan soalan yang ditimbulkan untuk diputuskan oleh mahkamah. Isu yang timbul adalah samada majistret mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan jenayah syariah dan samada kebenaran untuk mendakwa yang dikeluarkan oleh pendakwaraya yang membenarkan pendakwaan berkaitan kesalahan jenayah syariah di mahkamah sivil adalah berpelembagaan.

Barisan hakim yang dipengerusikan oleh Yang Arif Ariffin Zakaria membuat keputusan tersebut dengan berkata hasil daripada keputusan perbicaraan ini akan mendatangkan implikasi yang besar dan mendalam kepada perundangan negara kerana ia melibatkan perundangan syariah dan sivil seluruh Malaysia . Oleh itu kes ini dianggap serius dan harus diadili oleh panel hakim sepenuhnya.

Tuan Haji Sulaiman Abdullah, salah seorang daripada peguam yang mewakili PASTI membuat permohonan supaya kes ini dihakimi oleh sekurang – kurangnya 5 orang hakim telah meminta agar diberikan masa yang secukupnya untuk membuat persediaan. Panel hakim memberikan peluang kepada kedua – dua pihak peguam PASTI dan peguam yang mewakili peguam negara supaya memilih dan menetapkan sendiri tarikh perbicaraan berikutnya, yang telah dipersetujui oleh pendaftar mahkamah pada 29 September 2009.

Defendan di dalam kes ini, En. Mohd Nor telah dituduh menyelenggarakan PASTI Al - Kautsar, Ayer Keroh tanpa mendaftarkannya kepada Jabatan Agama Islam Melaka ( JAIM ) pada tahun 2005 telah didakwa di bawah Enekmen 51 Pengawalan Sekolah – sekolah Agama Islam ( Melaka ) 2002. Beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 53 yang jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM5000 atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Saf peguam PASTI telah memohon supaya majistret menangguhkan kes ini untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka kerana isu berkaitan dengan perlembagaan timbul. Mahkamah Tinggi Melaka telah menangguhkan kes ini ke Mahkamah Persekutuan dan kes ini telah berlanjutan selama beberapa tahun lamanya setelah dibicarakan beberapa kali di peringkat Mahkamah Persekutuan yang sebelum ini dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Tuan Haji Muhamad Burok yang juga merupakan salah seorang peguam PASTI ketika ditemuramah menegaskan bahawa soalan yang timbul samada pertuduhan kes ini memberi kuasa kepada mahkamah majistret untuk menghakimi kes berkaitan agama islam wajib dijawab mahkamah yang bersidang dengan panel penuh. Beliau berkata saf peguam PASTI telah berhujah di Mahkamah Tinggi Melaka bahawa adalah tidak wajar kes syariah didengar oleh mahkamah sivil kerana ia mendedahkan kepada kemungkinan hakim bukan islam untuk membicarakan dan memutuskannya.

Perbicaraan pada hari ini turut dihadiri oleh beberapa wakil dari PAS Kawasan Bukit Katil, Setiausaha PASTI Negeri Melaka dan 3 orang wakil dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang diketuai oleh ketuanya, Saudara Puat bin Bedol.



Bandar Hilir - Muktamar Dewan Pemuda Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPBK ) kali ke 5 telah berjaya dijalankan dengan sempurna pada 5 April 2009 bersamaan 9 Rabiulakhir 1430. Mesyuarat ini yang telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin Bin Haji Sedik buat julung-julung kalinya telah diadakan di sebuah hotel bertempat di Bandar Hilir, Melaka.

Di dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Kamaruddin Hj. Sedik menyentuh tentang kepentingan para perwakilan pemuda dari cawangan-cawangan seluruh Bukit Katil memilih saf kepimpinan yang benar-benar jitu dan berketerampilan bagi memastikan gerak kerja yang berterusan. Berbanding dengan kawasan – kawasan lain di negeri Melaka ini, DPPBK berdepan dengan suasana bandar di mana kebanyakan elit Umno negeri Melaka dilahirkan. Oleh itu DPPBK tidak mahu tidak harus terkehadapan dan bijak mengambil kesempatan atas kelemahan Umno Bahagian Bukit Katil lebih – lebih lagi setelah kes politik wang semasa Perhimpunan Agong Umno baru – baru ini yang melibatkan 4 orang yang kesemuanya dari Bahagian Bukit Katil.

Ustaz Kamaruddin juga menegaskan tentang kepentingan DPPBK mempunyai kekuatan yang ampuh bagi menghadapi Ketua Menteri Melaka yang juga dari kawasan Bukit Katil. Saingan mesti ditunjukkan, bukan sahaja terhadap seteru politik malah juga kepada kawan di dalam Pakatan Rakyat sendiri. Sambil membuat perbandingan kepada rakan seperjuangan Parti Keadilan Rakyat yang lebih muda penglibatannya dalam politik, beliau menasihati agar faktor umur jangan sesekali dijadikan alasan untuk tidak berjuang. Jangan sesekali menunggu usia melebihi 30 an baru ingin terjun berjuang dalam jemaah pemuda.

Sesi pembentangan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti Tahunan serta Laporan kewangan agak hidup dengan soal jawab dan perbahasan dari para perwakilan dan AJK. Pengerusi Tetap telah berjaya memainkan peranan beliau dengan mengendalikan Muktamar dengan licin dan menghiasinya dengan nasihat-nasihat yang amat berharga selaku orang yang pernah terlibat dalam saf kepimpinan pemuda suatu masa dahulu.

Mesyuarat Agong kali ini juga telah melibatkan pembubaran AJK DPPBK sesi 2007/2009 dan pemilihan AJK baru untuk sesi 2009/2011. Hasil daripada undian yang telah dijalankan, para perwakilan secara majoritinya telah melantik saudara Puhat Bin Bedol sebagai Ketua DPPBK yang baru, saudara Nazri Ariffin sebagai Timbalan Ketua DPPBK dan Ustaz Abu Bakar Ramli sebagai Naib Ketua DPPBK. Semoga saf kepimpinan baru ini dapat menjana dan menggarap kekuatan DPPBK sebagai tenaga utama kepada PAS Kawasan Bukit Katil ke arah memenangi pilihanraya yang akan dating.

Laporan oleh Ahli Pondok Parit Ismail,
10.30 malam,
10 Rabiulawal 1430H


Thursday, 2 April 2009

JENAYAH MENJADI-JADI,POLIS DOK JAGA CERAMAH PR


Larangan ceramah menyentuh isu altantuya,menyanggah keputusan istana dan menghalang ceramah yang melebihi 11 mlm,adalah merupakan satu lagi antara ratusan taktik kotor,jelik BN untuk melemahkan jentera penerangan PR dalam PRK di P059.

Pihak polis yg ditugaskan utk melaksanakan arahan dpd pihak BN ini seharusnya melihat betapa jenayah yg semakin berluasa ketika ini sepatutnya menjadi agenda utama dan bertanggungjawab penuh utk membasminya.

Dengan segala peruntukan dari segi masa,tenaga serta wang ringgit yang begitu banyak telah dibazirkan dlm mengawal ceramah-ceramah PR sangatlah mendukacitakan rakyat di negara ini.Kadar jenayah yang begitu amat membimbangkan serta semakin bertambah saban hari sepertimana yang dilaporkan didlm akhbar hari ini tidak menunjukkan tahap keselamatan di negara ini terjamin sedikit pun.

SUBANG: Tragedi kes culik dan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8, pada 20 Ogos 2008, hampir berulang apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun diculik sekumpulan lelaki menaiki van putih persis kenderaan yang didakwa melarikan Nurin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Nurul Nazeha Mohd Zahir yang dalam perjalanan ke sekolah ditarik seorang seorang daripada tiga lelaki memasuki van sebelum dilarikan ke lokasi tidak dikenal pasti.

Mangsa yang diugut akan dibunuh bagaimanapun bernasib baik apabila penjenayah terbabit tiba-tiba ‘hilang minat’ sebelum mencampakkannya ke dalam longkang sedalam lebih satu meter kira-kira jam 11 malam berhampiran Plaza Tol Subang di sini.

Biarpun terselamat, Nurul yang diculik hampir 10 jam bengkak di kepala selain trauma akibat tindakan kejam penjenayah yang dipercayai cuba menculiknya dengan niat tertentu.

Dia ditemui dua orang awam menjelang tengah malam sebelum dibawa Balai Polis Subang.

Apabila ditemui di rumahnya di Kampung Melayu Subang di sini, pagi semalam, Nurul dapat mengingati setiap kejadian yang menimpanya ketika ditanya wartawan Harian Metro.

Mangsa yang mesra dengan panggilan ‘kakak’ memberitahu, dia berbasikal bersendirian ke sekolah menggunakan jalan pintas berhampiran rumahnya sebelum dihampiri van putih dari belakang.

Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Subang di sini, itu mendakwa seorang lelaki tiba-tiba keluar dari van lalu menariknya masuk ke dalam van.

“Basikal yang saya tunggang dicampakkan ke tepi jalan, manakala mulut saya ditutup dengan tangan kasar lelaki terbabit,” katanya.

Nurul menjelaskan, dia tidak dapat mengecam muka individu terbabit berikutan ketiga-tiga mereka memakai topeng hitam dan sering memberikan amaran supaya mendiamkan diri.
“Lelaki terbabit kerap berkata: ‘kau diam, kalau tidak aku hentak kepala kau, aku bunuh kau’ menyebabkan saya ketakutan dan tidak berani bersuara atau memandang wajah mereka.
“Saya hanya dibawa sekitar Subang dari tengah hari hingga lewat malam. Ketika itu, saya amat letih kerana langsung tidak diberi makan atau minum,” katanya.

Nurul yang berwajah mirip Nurin Jazlin, berkata penjenayah turut mengetuk kepalanya dengan tangan apabila dia cuba membuka mulut.
“Saya amat takut dan hanya teringatkan ayah dan ibu. Saya tidak tahu kenapa mereka melarikan saya.
“Selepas hari semakin malam, van berkenaan tiba-tiba berhenti di tepi jalan sebelum seorang daripada lelaki itu mengangkat saya keluar dan mencampakkan saya ke dalam longkang,” katanya.

Menurutnya, keadaan longkang yang agak dalam menyebabkan dia tersembam sebelum tidak sedarkan diri.
“Saya hanya sedar selepas didukung ke pejabat Plaza Tol Subang oleh dua orang awam sebelum dihantar ke Balai Polis Subang,” katanya sambil didakap ibunya, Norzalina Abu, 35.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan kanak-kanak itu, namun enggan mengulas lanjut.

Menurutnya, polis sedang menyiasat kes berkenaan dari pelbagai sudut dan tidak mahu sebarang spekulasi ditimbulkan.

Apakah polis boleh memberi jaminan kepada setiap warga negara ini untuk tidak merasa bimbang dengan keadaan sebegini.Kes adik nurin hingga kini masih dlm kebuntuan.Namun apa yang nak dipersoalkan adalah tindakan pihak keselamatan negara ini yang seolah-olah melihat kempen dlm pilihanraya itu lebih berbahaya dari ancaman penjenayah terbabit.

Bukankah hak bersuara itu telah termaktub dalam perlembagaan demokrasi negara ini.Sesiapa saja boleh bercakap dan mempersoalkan setiap perkara yang ia tidak persetujui,apatah lagi bilamana ianya melibatkan soal kepentingan rakyat dan keselamatan negara.

Manakala dalam tempoh berkempen PRK yang begitu terhad serta terbatas itu memerlukan kedua-dua pihak yang bertanding menerangkan setiap isu penting kpd rakyat supaya dpt dinilai oleh rakyat seterusnya membuat keputusan yang bijak bagi menentukan calon pilihan mereka.

Tetapi kita cukup pelik melihat suasana yg terjadi hari ini,PR boleh kempen tapi ckp sekadar yg BN benarkan saja.PR boleh ceramah tapi ikut masa yang BN tetapkan saja.Sedangkan dlm masa yg sama BN 24jam dan setiap saluaran media dok belasah PR.Macam Zionis la,PBB boleh hantar bantuan utk Palestin tapi kena ikut arahan dia tetapi dalam masa yang sama dia hentam lagi dgn bom dan sebagainya untuk menghancurkan bumi Palestin.

Namun ketegasan PAS untuk meneruskan agenda menyatakan kebenaran kepada rakyat tetap berjalan,malah ia akan dibuat sepanjang masa bukan dalam tempoh berkempen PRK shj.

Kepada semua pengundi,UNDILAH CALON Pakatan Rakyat di ketiga-tiga PRK.BUKIT GANTANG,BUKIT SELAMBAU dan BATANG AI.




Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59