Saturday, 28 March 2009

Bila Bercakap Soal Bangsa UMNO Rasa Merekalah No 1 Tapi....



Itulah UMNO tidak pernah terlintas untuk memuhasabahkan diri.Bila bercakap sentiasa bernada sombong dan bongkak.Mendakwa mereka sajalah yang terbaik,walhal semua itu hanyalah omongan kosong semata.Mengaburi mata rakyat dengan menyalahgunakan segala macam kelebihan dan kemudahan yang ada.

Bila bercakap soal bangsa kononnya mereka pejuang tulin yang membawa arus perubahan di negara ini.Namun di sebaliknya UMNO lah yang telah banyak menghancurkan tamadun bangsa.
Menghakis hak-hak bangsa Melayu terutamanya,terhapusnya tulisan jawi,tergadainya sebahagian tanah-tanah negara ke tangan negara lain dan kini bertangunggjawab menghilangkan Bahasa Melayu melalui pelaksanaan PPSMI.

UMNO bercakap soal agama kononnya mereka ini berjuang untuk memartabatkan syiar Islam namun rakyat sendiri dapat menilai dan melihat apa yang pemimpin UMNO buat.Cakapnya memang tidak pernah serupa bikin,rasuah,khianat,seleweng dan penyakit-penyakit yang seumpama dengannya sentiasa saja menjalar di dalam pertubuhan ini.

Pengakuan Ustaz Syahrin Jamaludin seperti berikut seharusnya dipandang jujur oleh UMNO khususnya
.

Ulas Ust Syahrin :" Umno gagal membentuk persepsi di kalangan rakyat mengenai apakah yang sebenarnya diperjuangkan oleh parti tersebut, kata wakil Pemuda Umno, Ustaz Syahrin Jamaluddin.

Beliau yang juga pengerusi Forum Perdana Islam di RTM berkata, maklum balas tersebut diperolehi melalui forum berkenaan.

Berucap membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, Syahrin berkata, maklum balas menunjukkan Umno tidak dilihat memperjuangkan Islam.

"Kita tewas untuk membentuk persepsi di kalangan akar umbi mengenai apa yang kita perjuangkan.

"Sebagai contoh, pelajar Malaysia di Jordan, Mesir dan di Universiti Islam Malaysia (UIA) - walaupun belajar agama - tetapi dikatakan sia-sia kerana masuk Umno.

"Persepsi ini amat bahaya kepada Umno," katanya sambi menambah bahawa orang agama yang menyertai Umno dipandang sepi dan diperlekehkan.

"Sedangkan (bagi) pembangkang, tak payah belajar, yang belajar sains pertanian pun dipanggil ustaz.

Imej agama

"Mereka ini dipandang lebih tinggi berbanding dengan tokoh-tokoh agama dalam umno," tambahnya.

Sehubungan itu, Syahrin menyarankan supaya Presiden baru Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan imej agama dalam Umno.

Untuk tujuan itu, katanya, media massa perlu memainkan peranan penting untuk merealisasikan matlamat tersebut.

"Program dalam saluran-saluran di televisyen tidak mencerminkan perjuangan agama yang hendak kita bawa.

"(Manakala) program-program ilmu yang berteraska agama adalah banyak dan mendapat pengikut yang ramai.

Panel syariah

"Tetapi rancangan itu disiarkan pada waktu yang tidak sesuai...tengah malam, (masa) orang tengah mengantuk," tambahnya.

Menurut Syahrin, ini berlaku disebabkan oleh kekurangan tajaan untuk menayangnya pada waktu perdana.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Tabung Haji menaja program berkenaan untuk ditayangkan pada waktu perdana.

Beliau juga menyarankan supaya ditubuhka panel syariah di stesen televisyen swasta kerana kebelakangan ini "banyak cerita-cerita Indon yang pelik-pelik disiarkan".

Selain itu, katanya, penubuhan panel itu juga menjadi pelaburan dalam usaha untuk memulihkan semula imej Umno dan untuk pembangunan modal insan Islam."

Persoalannya BOLEHKAH UMNO BERUBAH..?

Hanya kuasa rakyat yang bisa mengajar kesombongan UMNO selama ini.
Selamat mengundi bagi penduduk di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.Pastikan pilihan anda tepat,tolak calon Barisan Nasional. UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT.PAS atau PKR .

" PAS UNTUK SEMUA "



Friday, 27 March 2009

Tindakkan Pengecut ,Bacul Serta Tidak Bermaruah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyifatkan tindakan KDN yang menggantung penerbitan HARAKAH serta SUARA KEADILAN sebagai suatu yang amat malang dan tidak bermaruah.

Dalam suasana rakyat dahagakan maklumat yang benar dan telus KDN melalui arahan UMNO-BN telah bertindak sewenang-wenangnya menyekat arus tersebut.Apa lagi dalam situasi 'perang' ketika ini yang mana dalam susana kehangatan DUN Bukit Selambau,Parlimen Bukit Gantang serta Batang Ai sedang menghadapi kempen pilihanraya kecil .

Apakah UMNO-BN fikir dengan menyekat maklumat-maklumat terkini yang melondehkan segala kebejatan dan kejahatan pemimpin UMNO-BN mampu menguburkan semangat perjuangan rakyat,sudah pasti tidak sama sekali.Ingatlah wahai pemimpin-pemimpin UMNO,bahawa kamu sebenarnya hanya menambahkan lagi kebencian serta menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat terutama golongan marhaen terhadap kalangan pemimpin UMNO itu sendiri.

Dalam pada itu DPPKBK mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada HARAKAH dan SUARA KEADILAN atas sikap serta semangat juang yang telah ditunjukan selama ini dalam menghadapi pelbagai ujian dan mehnah demi menegakkan keadilan di bumi Malaysia ini.Amarah rakyat pasti tidak akan mampu dibendung oleh penguasa yang zalim dan gila kuasa ini bila telah sampai kekemuncaknya.

Takziah kepada UMNO-BN serta seluruh juak pengampunya atas hilangnya rasa perikemanusiaan,terkuburnya sistem demokrasi yang berpaksikan keadilan.Hilangnya nilai jatidiri apalagi rendahnya akhlak serta hancurnya nilai akalbudi di kalangan pucuk pimpinan UMNO-BN itu sendiri.Inilah suatu penyakit kronik yang amat busuk lagi membusukkan.

Bagaikan bangkai yang diliputi najis rasuah mana mungkin bisa ditutup begitu sahaja daripada dihidu oleh rakyat. Cubaan untuk menafikan setiap berita yang menelanjangkan segala kebobrokan UMNO sudah pasti tidak akan berhasil.Di dalam kes rasuah yang membabitkan Ketua Menteri Melaka sudah jelas apatah lagi apabila kes tersebut diputuskan sendiri oleh pihak Lembaga Disiplin UMNO itu sendiri.Namun sudah menjadi dasar manusia yang tidak tahu malu,orang yang telah jelas bersalah itu masih lagi memegang tampuk pemerintahan Negeri Melaka tanpa ada rasa segan dan silu.

Begitu juga sebagaimana yang telah didedahkan oleh Presiden PAS tentang akhbar luar negara yang telah melaporkan kes salah laku Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akanmenjadi bahan momokan masyarakat dunia," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Antara media asing yang menyiarkan berita berkaitan salah laku Dato' Seri Najib Tun Razak yang dikatakan bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara ialah akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa).

Kata Ustaz Hadi penyiaran berita seperti demikian adalah sangat memalukan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat ini."

Berita-berita sebeginilah sebenarnya yang menjadi punca UMNO-BN begitu takut akan sampai kepada rakyat dan bertindak
mengarahkan jentera kerajaan seperti KDN supaya menghukum HARAKAH dan SUARA KEADILAN daripada diterbitkan.Penyalahgunaan kuasa ini adalah suatu perbuatan yang amat keji dan tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang kononnya mendakwa mendapat sokongan rakyat.Apatah lagi bagi UMNO-BN yang menguasai hampir keseluruhan media cetak dan elektronik.Gunakanlah seluruh saluran yang ada itu untuk menjawab segala tuduhan kononnya, jika itu yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar ini.

Buatlah tindakkan undang-undang jika yakin UMNO-BN itu di pihak yang benar.Adakah UMNO berani?

Justeru itu demi membersihkan maruah KDN kami daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mendesak dan menggesa walau dengan apa cara sekalipun agar KDN dapat mengembalikan hak penerbitan bagi kedua-dua akhbar rakyat ini dengan segera,tanpa perlu menunggu sehingga berakhirnya tempoh 3 bulan penggantungannya.



Mohd Nazri Arifin,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.



Friday, 13 March 2009

PERLUNYA PERUBAHAN UNTUK LONJAKKAN PERJUANGAN


PAS Melaka perlu melipatgandakan usaha untuk memastikan perjuangan menegakkan Islam di Melaka diterima rakyat.

Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Md Dawi berkata kesungguhan, komitmen, jihad dan pengorbanan amat penting untuk ditingkatkan jika PAS mahu mencontohi kejayaan jirannya Negeri Sembilan dan Johor yang berjaya memecahkan tembok kebuntuan dengan memenangi kerusi pada PRU 2008 lalu.

"Jangan kita harap kita memperolehi sesuatu jika kita hanya menjadi penonton dan tumpang gembira kejayaan orang lain, sedangkan kita senang lenang diulik mimpi saban malam".

"Kejayaan tidak datang bergolek sebaliknya ianya seiringan dengan gerakerja dan pengorbanan yang kita lakukan".

Jauhar berkata jika semua pihak dalam jentera PAS Melaka dari peringkat negeri hingga ke cawangan berjaya melipatgandakan usaha, PAS Melaka bukan sahaja akan menjadi pembangkang malah berupaya untuk merampas negeri ini dari tangan BN dengan kerjasama dan sokongan dari rakan-rakan dari DAP dan PKR.

"Tidak mustahil kita akan menang pada PRU 13 nanti, riak-riaknya sudah ada, cuma kita kena usaha dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh" tambahnya.

Jauhar berkata demikian semasa diminta memberi kenyataan tentang peluang PAS untuk menang di Melaka.


Thursday, 12 March 2009

PEMUDA BUKIT KATIL KOMITED PADA SETIAP DEMONSTRASI


Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPKBK), Jauhar Md Dawi berkata, DPPKBK sentiasa komited untuk bersama-sama dengan mana-mana demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI.

"Kami akan sentiasa turut serta untuk memberikan sokongan kepada memansuhkan PPSMI yang jelas menghancurkan Bangsa dan Bahasa Melayu".

"Kita sebagai pemuda mesti berani tampil ke hadapan menyatakan kebenaran dan menegur sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan khasnya yang bertentangan dengan Islam dan undang-undang" jelas Jauhar.

Menurutnya pada demonstrasi aman GMP Sabtu lalu, DPPKBK menghantar sebuah bas bagi menunjukkan komitment DPPKBK kepada perjuangan menegakkan bahasa ibunda tercinta ini.


Wednesday, 11 March 2009

DAULAT TUANKU!!


Patik insan yang hina ini amat tersentuh dengan titah Baginda DYMM Sultan Selangor yang jelas mahukan negeri itu aman, bersatu, makmur, sejahtera dan berkebajikan.

Ternyata Baginda faham aspirasi rakyat baginda yang sentiasa berdiri tegak di bawah payung Raja-Raja Melayu yang tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Daulat Tuanku!!!!

Seorang Raja yang bijaksana, adil dan sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat sudah pasti disayangi dan didaulat oleh rakyat.

Hari ini, Baginda menitahkan bahawa Prinsip yang paling penting untuk mencapai sebuah negara yang maju ialah prinsip demokrasi dengan pandangan rakyat perlu diutamakan dalam menetukan hala tuju sesebuah negara."Pandangan rakyat merupakan satu petanda yang terbaik sama ada berjaya atau tidak pentadbiran sesebuah negeri.

"Sudah semestinya prinsip ini dilengkapkan dengan perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri yang semua seharusnya sedia maklum," titahnya.

Baginda bertitah demikian dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor, dekat sini pagi tadi.

Patik yakin negeri Selangor akan menjadi sebuah negeri yang maju dari segenap segi termasuk fizikal dan spiritual berkat pentadbiran Tuanku dan memanda Menteri Besar dan para Exconya yang bekerja dengan komited serta telus, adil dan cekap.


ALI RUSTAM DI CABAR ISYTIHAR HARTA


Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman mencabar Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan exco-exconya mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Saya cabar Ali dan semua Exco isytiharkan harta mereka bermula dari hari pertama mereka menjadi wakil rakyat sehingga ke hari ini"

"Ada antara mereka yang sudah menjadi Yang Berhormat lebih dari 3 penggal dan kita mahu mereka isytiharkan harta dari mula-mula mereka menang, jangan berdolak-dalih lagi," katanya.

Katanya, ini penting untuk membuktikan pemimpin kita di Melaka ini bersih dari sebarang penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

Imran berkata Ali tidak boleh sekadar bercakap menghentam kerajaan Negeri Selangor namun tidak berani untuk mengisytiharkan harta beliau dan exco-exconya sebagaimana yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid dan barisan Exconya.

"Jika Ali tidak berani untuk mengisytiharkan hartanya bermakna mungkin beliau bermasalah, sebab itu tidak berani untuk berbuat demikian," ujarnya.

Khalid hari ini mengumumkan bahawa beliau bersama barisan Exconya akan mengisytiharkan harta masing di dalam laman web kerajaan negeri bermula esok


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59