Wednesday, 30 December 2009

Perutusan Tahun Baru


S
empena dengan kedatangan Tahun Baru Masihi 2010 ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ingin menyahut soalan yang dilemparkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dalam blog beliau yang bertajuk "TAHUN BARU TAK TAHU MILIK SIAPA?".

Jawapan kami adalah :

" Parlimen Bukit Katil yang mengandungi dua DUN di dalamnya; DUN Bukit Baru dan DUN Ayer Molek akan menjadi medan jihad kami, jihad dalam jalan dakwah dan arena siasah. "

" Tahun 2010 ini kami sasarkan menjadi milik kami untuk terjun di dalam dua perjuangan ini. Tahun baru ini kami iltizam untuk bangkit dalam memiliki keberanian menyampaikan informasi benar dan tepat, berani menyatakan kebenaran dan berwibawa dalam setiap tindakan; sepertimana slogan Kelab Blogger PAS yang baru sahaja dilancarkan baru - baru ini. "

" Susunan gerak kerja sudah dirancang, aktiviti sudah diatur, jadi TAHUN BARU INI KAMI TAHU MILIK KAMI UNTUK BERJUANG DI JALAN KEBENARAN UNTUK MENUMPASKAN KEZALIMAN DI BUMI MELAKA INI ! "


Tuesday, 29 December 2009

Umno yang gila kuasa


B
erita gempar edisi petang Jumaat 25 Disember 2009 keluaran blogger angkasanuri menarik perhatian den untuk terus menziarahi blog beliau. Memang sah gempar - surau yang 'dinaiktaraf' melaksanakan solat Jumaat untuk warga Taman Merdeka, Batu Berendam yang terletak di dalam DUN Ayer Keroh, Parlimen Bukit Katil itu mencatatkan satu sejarah pilu apabila kesemua AJK syaraknya meletakkan jawatan.

Inilah hasil kerja puak - puak Umno Melaka yang gila kuasa. Kuasa yang digila-gilakan itu bukan tinggi mana pun, hanya jawatan Imam sebuah surau. Tetapi disebabkan pengaruh jawatan itu yang bukan sedikit terhadap masyarakat setempat, membuatkan orang Umno ( yang menurut blogger angkasanuri, orang kuat Ali Rustam ) mengidamkannya.

Natijahnya AJK yang selama ini bekerja untuk masyarakat tempatan melepaskan semua jawatan mereka. Siapa yang rugi? Tentulah masyarakat tempatan itu sendiri. Tetapi puak Umno Melaka peduli apa? Asalkan diri sendiri untung, sudah. Sungguh gila kuasa puak - puak ini sehinggakan AJK yang selama ini amat disenangi oleh penduduk di situ terpaksa meletakkan jawatan. Satu kerugian yang amat sangat kerana dalam keadaan Melaka yang penuh dengan gejala sosial ini memerlukan banyak kegiatan kerohanian untuk menjana sinar keimanan di kalangan masyarakat, telah kehilangan tenaga kerja dakwah yang komited.

Ada kebenarannya apabila blogger Angkasanuri melahirkan keyakinan beliau bahawa penduduk setempat akan meminggirkan program agama anjuran mereka yang gila kuasa ini.

Artikel asal di pautan berikut : angkasanuri.blogspot


---


25 December 2009

GEMPAR!!! KERANA POLITIK UMNO SELURUH AJK SYARAK SURAU/MASJID AN NANJIHIN LETAK JAWATAN SERTA MERTA!


Selepas solat Jumaat sebentar tadi, Imam 1, Imam 2,Bilal 2 dan seluruh jawatankuasa Surau/Masjid An Najihin Taman Merdeka Batu Berendam Melaka meletak jawatan berkuat kuasa serta merta. Kenyataan itu dibacakan oleh Imam Shuib selaku Imam 1 di hadapan kira-kira 1000 jemaah jemaah yang hadir selepas Solat Jumaat. Menurut beliau peletakan jawatan itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dilelakkan.



Namun, semua jemaah tahu bahawa surau An Najihin yang digunakan untuk solat Jumaat mengetahui campur tangan politik umno yang telah sekian lama mencampuri dalam pengurusan surau berkenaan yang didalangi oleh Bilal 1 yang juga pengerusi surau iaitu orang kuat Umno yang selama ini melobi diri sendiri untuk jawatan berkenaan. Campur tangan Umno dalam pengurusan surau berkenaan turut didalangi oleh Pengerusi JKKK Umno yang juga orang kuat Datuk Seri Ali Rustam di tempat berkenaan. Untuk makluman jawatankuasa surau yang telah lama berkhidmat itu tidak menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.



Peletakan jawatan ini menjadi tamparan hebat pada Umno di tempat berkenaan dan di Melaka yang seringkali menunjukkan sikap mencampuri urusan pengurusan surau dan masjid di Melaka. Timbul tanda tanya siapa yang akan menjadi imam dan jawatankuasa syarak selepas ini memandangkan Imam 1 dan lain-lainnya cukup disenangi penduduk dan kariah serta telah lebih 9 tahun berkhidmat di surau berkenaan. Selepas ini saya yakin surau berkenaan yang sering imarah dengan pelbagai aktiviti akan dipinggirkan oleh majoriti penduduk setempat yang kurang senang dengan campur tangan politik Umno yang gila kuasa di situ.



Suasana pilu menyelubungi di dalam masjid bila jemaah dan jawatankuasa syarak yang meletak jawatan berpelukan sesama sendiri selepas pengumuman perletakan jawatan itu dibuat.


Posted by angkasanuri at 12/25/2009 01:59:00 PM


Saturday, 26 December 2009

Berita Bergambar : Program Pelancaran Jabatan Amal Peringkat Kawasan Bukit Katil


Tempat : Sek. Men. (U) Ar-Rahmah, Solok Gaung
Tarikh : 8 Muharam 1431 / 25 Disember 2009 ( Khamis )
Masa : Selepas Solat Maghrib




Sebahagian daripada peserta yang hadir yang akan diserapkan ke Briged Amal Kawasan Bukit Katil.













Ustaz Abu Bakar sedang menyusun barisan anggota Briged Amal sebelum program bermula.












Perbarisan semasa menyanyikan lagu rasmi Jabatan Amal











Inilah bakal amilin jemaah Islam yang bersedia mengerah tenaga demi islam tercinta.














Anggota Briged Amal yang kebanyakannya berumur sekitar 14 - 17 tahun.












Unit Amal Malaysia - dikenali juga dengan panggilan Tentera Merah.











Saudara Puhat Bedol selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil sedang memberikan ucapan.











Antara pimpinan Pemuda Kawasan Bukit Katil yang hadir.







Ustaz Abu Bakar, komandan Jabatan Amal Kawasan Bukit Katil yang merupakan tenaga penting yang menggerakkan Jabatan Amal di sini. Disamping beliau ialah Ustaz Khairul yang merupakan pengerusi majlis pada program tersebut.



Saudara Juhari Osman , Ketua Pengarah Jabatan Amal Pusat sedang memberi ucapan dan seterusnya merasmikan pelancaran Jabatan Amal Peringkat Kawasan Bukit Katil.


Program ditamatkan dengan pautan salam dan pelukan semua peserta dan pimpinan. Moga ukhwah fillah yang terjalin terus terikat kukuh di dalam saf perjuangan.


DIA TIDAK MEMINTA, KITA TIDAK DIPAKSA


D
ia seorang pejuang reformasi semenjak di universiti lagi. Seorang yang low profile, tidak suka menonjolkan diri, mempunyai pemikiran terbuka, kritis dan punya semangat waja. Dia Ahmad Lutfi Othman.

Jasanya pada Harakah dan juga PAS cukup besar.

Walaupun beberapa kali beliau telah di "buang" daripada Harakah dan masuk semula untuk beberapa kali , dengan rendah diri dia tidak pernah mengungkit kisah-kisah lama; kenapa dia disingkirkan sebelum ini.


Ya, seorang yang bekerja kerana cintakan agamanya dan bukannya kerana manusia sejagat. Sukar memperolehi manusia seperti ini di zaman muktahir ini.

Pernah bawa keluarga tidur dalam Toyota Unser, tidak pulang ke rumah demi menjaga keselamatan keluarga bila beliau mendedahkan kebajetan pemimpin-pemimpin negara!

Hasilnya seorang Menteri Besar telah tumbang dan seorang lagi hampir tumbang!!

Ahmad Lutfi perlu dibantu, di mana beliau ingin mendapatkan wang sebegitu banyak jika kerja yang ditawarkan oleh akhbar-akhbar lain dengan kemewahan ditolak semata-mata ingin bersama dengan arus perjuangan Islam yang banyak menggunakan wang dan duit saku sendiri?

Sampai masanya untuk kita buktikan apa yang kita selalu bercakap tentang teori ukhwah, persahabatan dan perjuangan. Kita mesti membantu merasa perit maung yang dirasai oleh Ahmad Lutfi Othman.

Kita mesti berikhtiar untuk meringankan bebannya.

Kita mahu ada orang bekerja dengan Islam sepenuh masa.. Tapi kita tidak bersedia membantu mereka. Jika inilah sikap kita, masa depan perjuangan kita masih jauh.

Saya menyeru dalam kesempatan ini, bantulah seadanya untuk meringankan beban beliau:

[Akaun Maybank]

Ahmad Luqman Hakim

[162179670906]

sumber : nuraflah.blogspot


Friday, 25 December 2009

Program Ceramah Tahun Baru Hijrah


Tanggal 24 Disember 2009 telah berlangsungnya Program Ceramah Tahun Baru Hijrah 1431 bertempat di Balai Islam Taman Cempaka anjuran Pemuda PAS Cawangan Taman Cempaka. Ustaz Faisol Sheikh Mohamed yang merupakan penceramah yang tidak asing lagi di Kawasan Bukit Katil telah menyampaikan bait - bait ilmu yang antara isi kandungannya :

1. Nabi SAW berhijrah bukan kerana baginda pejuang tanahair atau pejuang bangsa. Kalau Nabi pejuang tanahair, baginda tidak akan tinggalkan Mekah. Nabi sangat sayang dengan Mekah, baginda lahir di Mekah, cinta baginda terhadap Mekah amat kuat. Tetapi Nabi bukan pejuang tanahair, baginda wafat di Madinah. Kubur baginda di Madinah, bukan di Mekah. Sebab itu bagi mereka yang memperjuangkan tanahair semata - mata, Islam dilempar, itu bukan mencontohi perjuangan Nabi SAW. Malah nabi bersabda " Bukan di kalangan kami menyeru orang, menyokong orang asobiyah. " yakni kebangsaan. Perjuangan bangsa nabi tidak iktiraf.

2. Perjuangan islam tidak boleh dipisahkan dengan masjid dan surau. Solat berjemaah tidak boleh dipisahkan dengan perjuangan islam. Fungsi masjid mestilah dijalankan dengan betul, menerangkan kepada masyarakat tentang hukum hakam islam yang sebenar. Jangan disekat mereka yang berdakwah untuk memahamkan masyarakat.



3. Nabi mempersaudarakan ummah bukan dengan semangat kebangsaan. Melayu hari ini tidak mahu menggunapakai Islam, lihatlah apa yang terjadi dengan gejala sosial yang melanda masyarakat sekarang. Nabi menyatupadukan kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah yang bergaduh beratus tahun dengan iman dan islam. Golongan / aliran yang pelbagai di dalam jemaah islam mesti bersatu barulah islam tertegak di negara ini. Tiada salahnya kita mempunyai kecenderungan di dalam aliran tertentu - bertariqat, bermaulud, berzikir dan sebagainya selagi kita berada dalam saf perjuangan yang sama. Jangan sesekali meninggalkan perjuangan islam.

4. Nabi tegakkan negara Islam. Inilah kemuncak hijrah. Bukan namanya negara Islam jika hukum dan perlembagaan negara bukannya berasaskan Al Quran dan As Sunnah. Sampai bila kita nak berpandukan undang - undang kafir sedangkan sudah lama kita merdeka. Keindahan islam tidak akan terlihat selagi hukum Islam tidak terlaksana.

. Antara isu - isu menarik yang dikupas :

- Kenyataan Dr. Yusof Qardawi tentang Islam dan Politik tidak boleh dipisahkan
- Hukum sebat Kartika
- Mufti yang 'menggantung' politik di pintu pagar masjid
- Doa Tuan Guru
- Kehilangan enjin pesawat

Muat turun rakaman ceramah ini di pautan berikut : Ceramah Maal Hijrah 1431

Klik untuk gambar - gambar sekitar program


Thursday, 24 December 2009

PENGUMUMAN


Sumbangan amat dialu – alukan untuk diagihkan kepada anak – anak yatim sempena program Kembali Ke Sekolah anjuran Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bukit Katil dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 013 – 694 3445 atau terus hadir ke program ini pada hari Ahad 10 Muharam 1431 / 27 Disember 2009 bertempat di Balai Islam Paya Dalam pada pukul 2.30 petang.

Antara acara menarik yang dirancang adalah persembahan kesenian oleh bekas penyanyi kumpulan Spinner – saudara Qahar. Semua dijemput hadir.

Artikel berkaitan :

http://blogbukitkatil.blogspot.com/2009/12/program-kembali-kesekolah.html


Usrah Bulanan


Usrah bulanan peringkat Pemuda Kawasan bersambung dari ayat 1 – 5 Surah Muhammad yang telah dibincangkan sebelum ini. Intisari ringkasan pembentangan isi tafsir ayat 6 & 7 Surah Muhammad oleh Ustaz Nor Khairi Yusoff semasa sesi usrah yang dijalankan pada hari Rabu, 24 Disember 2009 pukul 8 malam bertempat di rumah saudara Abu Khir, Peringgit :

Tafsir ayat 6 Surah Muhammad : “ dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka “.
Ayat ini adalah lanjutan daripada ayat sebelumnya; ayat 5 Surah Muhammad : “ Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka “.

Bagi mereka yang berhijrah ke jalan Allah Taala, mereka akan Nampak jalan yang mereka pilih itu adalah luas, dan rezeki Allah pada jalan ini amat banyak. Apa yang berlaku sekarang ini adalah ramai ahli – ahli agama tidak berani ke depan untuk membela agama mereka sendiri, sebabnya mereka sukar untuk dapati rezeki Allah ini luas sebenarnya.


Mereka ini melihat perjuangan agama ini tidak ada apa-apa , mungkin akan kurang rezeki. Mereka yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama ini mempunyai keyakinan yang sedikit tentang jalan perjuangan islam.

Tafsir ayat 7 Surah Muhammad : “ Hai orang – orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia ( Allah ) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.

Janji Allah di dalam Al Quran menerusi ayat ini ada dua perkara; Pertama Allah akan tolong kita, dan kedua Allah akan tetapkan pendirian kita dengan syarat kita lakukan terlebih dahulu bukan semata – mata mengharapkan pertolongan Allah. Kita mesti tolong agama Allah terlebih dahulu, baru Allah akan beri balasan atas pertolongan kita tadi.



Hakikatnya bukan Allah memerlukan pertolongan kita, malah Allah tidak memerlukan bantuan dari sesiapa jua kerana Allah Maha Berkuasa. Jangan kita meletakkan syarat apabila kita mendapat sesuatu yang dihajati, barulah kita hendak masuk dalam perjuangan islam. Jangan kita tunggu sehingga habis belajar contohnya, barulah kita hendak menyertai jemaah islam.


Tuesday, 22 December 2009

Kenyataan Media


D
ewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPKBK ) memandang berat tentang masalah banjir yang sejak akhir - akhir ini kian melarat terutamanya di kawasan bandar Melaka. Lebih mendukacitakan adalah antara kawasan yang terlibat adalah di bawah Dewan Undangan Negeri Bukit Baru di mana ADUN yang bertanggungjawab adalah Ketua Menteri Melaka sendiri, Datuk Seri Ali Rustam. Taman Harta Pertama, Bukit Baru yang lokasinya bersebelahan dengan Kampungku Sayang, DUN Bukit Baru juga tidak lepas dari masalah ini.

Mengikut laporan sebuah akhbar arus perdana, penduduk taman tersebut sudah beberapa kali mengemukakan aduan banjir kepada pihak berkuasa namun tiada tindakan yang berkesan bagi mengatasi masalah itu. Terbaru, kejadian banjir kilat telah melanda taman perumahan tersebut pada awal bulan Disember ini. DPPKBK menggesa agar pihak berkuasa tidak memandang remeh akan masalah yang dihadapi masyarakat dalam keghairahan melaksanakan pelbagai projek pembangunan ataupun pelancongan.


Sunday, 20 December 2009

Pembangunan 2010 Dikejar, Kemusnahan 2009 Mendatang



UMNO/BN sememangnya terkenal dengan pelbagai projek “mee segera” tapi gagal mencari untuk membaik pulih kelemahan yang ada. Projek Mega tetapi kegagalan datang bertimpa. Gah dengan pelbagai jenis pembangunan tetapi timbul kecacatan sebagai mana cacatnya UMNO dengan pelbagai isu rasuah.


Hari ini negeri Warisan Dunia dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan keadaan di perkampungan UMNO dilanda banjir iaitu di kawasan Kampung Pulau Kelapa, Peringgit. Keadaan air hujan yang lebat menyebabkan keadaan jalan raya ditenggelami dengan air sedalam hampir setengah meter dan terpaksa ditutup untuk beberapa ketika bagi kenderan ringan.


Punca banjir adalah disebabkan longkang tersumbat dan tidak berfungsi dengan baik menyebab keadaan air bertakung sehingga di atas jalan raya serta mengganggu perjalanan orang ramai untuk ke pusat bandar dari tol Ayer Keroh menuju ke Bandar Melaka. Akibat kerakusan pemimpin yang tidak bertanggungjawab, maka rakyat terpaksa menerima keadaan sedemikian dengan hati yang terbuka.


Pelbagai projek yang akan dilaksanakan di Melaka terutamanya projek Marina Bay danArab City yang akan dan sedang dibangunkan di pesisir pantai Melaka. Tinjauan di sekitar Masjid Selat, keadaan air sudah pun menenggelamkan kawasan rumah api berdekatan dengan Masjid Selat. Peningkatan paras air dikatakan naik mendadak semenjak adanya projek di pesisir pantai Melaka dari Bandar Hilir menuju ke Pantai Klebang.


Di Bandar Hilir akan dibangunkan projek berkaitan Arab City yang mana dibawa khas dan direka bentuk mirip dari Dubai dan kemudiannya projek Marina Bay adalah berkonsepkan dari Singapura yang mana pemilikkan tanah tersebut telah dijual kepada orang Singapura. Maka melayu Melaka akan tergadai tidak lama lagi akibat dari pmimpin yang dikatakan membela Melayu iaitu UMNO.


Pendedahan ini akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk membuktikan kerajaan Ali Rustam sedang menipu dan menindas rakyat atas nama tiket pembangunan. Maka Melayu UMNO akan terus tertipu dengan projek pembangunan Ali Rustam. Maka dengan ini adakah sebagai rakyat Melaka ingin melihat Melaka dijual kepada Singapura suatu masa nanti?


Sumber: http://kijang59.blogspot.com/2009/12/pembangunan-2010-dikejar-kemusnahan.html


Sunday, 29 November 2009

Syirik, Jika Ikut UMNO/BN



Kenapa pemimpin UMNO/BN ghairah mereka-reka sesuatu yang baru tetapi merapu seperti Salam 1Malaysia sedangkan pemberian salam dalam Islam sudah ada dan menjadi satu ibadah? Kenapa mereka gemar, mereka cipta, menokok tambah ikut akal fikiran sendiri? Ini membuktikan pemimpin ini jahil dan menolak agama Islam.

Tidak pernah dalam memberi salam ditambah dengan perkataan’ Satu Malaysia’. Tetapi hari ini bila menonton saluran RTM atau mana-mana stesen TV dan radio mesti ada yang menambah salam kepada salam Satu Malaysia. Apakah jadahnya menambah salam yang telah sedia ada.

Kalau mati esok lusa, malaikat akan tahu ini adalah manusia dari Malaysia yang mengundi UMNO/BN. Jika malaikat bertanya salah seorang pemimpin UMNO/BN ketika berjumpa, malaikat akan memberi salam kepada pemimpin UMNO tersebut maka dijawabnya, salam Satu Malaysia. Malaikat mesti syak ini mayat dari UMNO/BN.

Malaikat bertanya lagi kepada pemipin UMNO/BN tersebut mengenai ajaran agama yang menjadi ikutan kamu maka dijawabnya, agama ikutan aku adalah Islam Hadhari. Malaikat pun terus fikir apa sudah jadi dengan Negara Malaysia. Malaikat mungkin termenung sekejap memikirkan dua jenis pembawaan UMNO ini. Islam Hadhari (Abdullah Badawi) dan 1Malaysia (Najib Razak).

Begitu bodohnya pemimpin UMNO/BN apabila mereka menolak al-Quran sebagai ikutan. Dalam Islam, perbuatan ibadah hendaklah berpandukan perintah Allah, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Baginda Rasulullah s.a.w kemudiannya mengajar kepada kaum keluarga, sahabat dan seterusnya turun kepada tabiin, tabik tabiin dan seterusnya hingga ke golongan alim ulama yang mendidik generasi hari ini.

Tetapi kita dengar sekarang yang pemimpin UMNO/BN ini mahukan Islam tetapi pada hakikatnya pemimpin UMNO/BN ini mengajar rakyatmya selain yang disuruh oleh Allah S.W.T. dan segala pujian perlu diberikan kepada UMNO/BN yang kononnya telah banyak berjasa kepada rakyat.

Slogan seperti “Hanya BN yang mampu…” dan “Hanya UMNO yang mampu…” menunjukkan pemimpinnya berlagak sebagai Tuhan dan menyakini ia sahaja yang mampu melaksanakan sesuatu itu. Slogan lain yang menjadi laungan mereka adalah “UMNO – dulu, kini dan selamanya” adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam dan daripada apa yang ditarbiyyahkan di Tanah Suci ia bermaksud “sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan, adalah kepunyaan Engkau, tidak ada sekutu bagi Engkau.” Allah lah penentu segala-galanya pemerintahan di dunia dan bukannya UMNO.

Jika sudah jelas dan nyata kepada Allah kita perlu menghalakan sembahan dan permohonan bantuan , mengapa hendak dipuji UMNO pula? Mengapa pula pemimpin UMNO kerap benar mengungkit-ungkit jasa mereka dan parti mereka, merayu-rayu atau mengugut rakyat agar berterima kasih dan memuja-muji kerajaan UMNO/BN?

Sumber: http://kijang59.blogspot.com/2009/11/syirik-jika-ikut-umnobn.html


Wednesday, 11 November 2009

Temasya Sukan Kelantan 2009


Penyertaan masih lagi terbuka untuk para belia dari Kawasan Bukit Katil
Mewakili PAS negeri Melaka untuk Sukan Futsal dan Ping Pong
Tarikh Sukan : 14 Nov 2009 ( Sabtu )
Berlepas dari Bandar Melaka : 13 Nov 2009, Jumaat 8 Malam
Tambang : RM 25.00 seorang
Hubungi Saudara Aizudin di talian 019 – 3251 757
Ketua Lajnah Sukan dan Seni Budaya
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil


Sunday, 8 November 2009

Ahli Pemuda PAS Bukit Katil Antara Blogger Teraktif


Walaupun Laman Blog Rasmi Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil ( DPPBK ) http://pemudabukitkatil.blogspot.com/ dikemaskini dengan kala yang tidak menentu atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan, para pengunjung boleh melayari pautan - pautan yang terdapat di bahagian kanan blog ini, yang sebahagiannya adalah dikendalikan oleh ahli - ahli DPPBK. Antara laman blog tersebut adalah :

http://musafirkini.blogspot.com/
http://angkasanuri.blogspot.com/
http://kijang59.blogspot.com/
http://wwwaizatlegendz.blogspot.com/
http://palestinhood.blogspot.com/
http://djislamik.blogspot.com/

DPPBK akan menghantar seramai mungkin ahli terutamanya di kalangan blogger ke Konvensyen Blogger PAS 2009 anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat yang akan diadakan tidak lama lagi. Inilah antara usaha di medan dakwah dan siasah di alam maya yang DPPBK jadikan sebagai jalan perjuangan di dalam menegakkan kalimah Allah di bumi Melaka ini.


Selamat Pengantin Baru


D
ewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPBK ) mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nor Khairi Bin Yusof, Ketua Lajnah Tarbiyah DPPBK yang juga Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Bukit Katil yang baru sahaja mendirikan mahligai rumah tangga bersama zaujah beliau Puan Nor Hayati Binti Haji Selamat pada tanggal 6 Zulkaedah 1430H bersamaan 25 Oktober 2009.

DPPBK memanjatkan doa yang biasa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ucapkan kepada mempelai, berdasarkan hadits shahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah: :“Baarakallahu laka wa baarakaa ‘alaiyka wa jama’a baiynakumaa fii khoir”‘Ertinya : Mudah-mudahan Allah memberimu keberkatan, mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkatan atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”. (Hadits Shahih Riwayat Ahmad )


Gambar - gambar berkaitan di blog DJ Islamik


Friday, 30 October 2009

Aduan terhadap servis Proton yang amat mendukacitakan :


Diutarakan di sini catatan aduan pengguna Proton Persona yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Proton yang terlalu mengecewakan. Dewan Pemuda PAS Bukit Katil memandang berat dengan aduan yang dikemukakan, dan menggesa agar tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak berwajib.

Tuan,

Saya ingin membuat aduan diatas perkhidmatan PROTON yang tidak memuaskan dan teramat mendukacitakan.
Saya telah membeli sebuah kereta Proton Persona dengan nombor pendaftaran JLD4152 pada 13 Ogos 2008.
Pada hari pertama saya terima kereta ini, ia mengalami masalah brake signal sentiasa menyala. Saya kurang pasti berapa hari kemudian nya kereta dihantar ke Melaka untuk pemeriksaan lanjut dan itu pun mengambil masa lebih dari dua hari. Saya sungguh kecewa kereta baru mengalami masalah sebegitu. Tetapi saya lupakan perasaan kecewa itu agar saya tak berasa marah.

Kemudian, semasa servis yg ketiga, saya telah memberitahu ABS signal menyala. Selepas service, ABS signal masih menyala ON and OFF sehingga peristiwa REVERSE gear tak berfungsi berlaku pada 10hb Oktober 2009. Pada mulanya saya rasa marah dan malu sebab kereta baru dah rosak begitu cepat sedangkan saya hantar servis mengikut panduan. Kemarahan saya hanya sedikit sahaja.

Sekarang ni saya sudah tak sabar lagi dan kemarahan saya sudah memuncak ketahap maksima disebabkan SERVIS yang begitu lembap, tiada perikemanusiaan dan tiada keperihatinan dari pihak Proton yang sepatutnya bertanggung jawap untuk membantu menyelesaikan masalah kereta baru ini dipersia-siakan begitu saja.

Pada 23 hb October, suami saya diberitahu oleh pihak SERVIS bahawa kelulusan untuk tempahan barang baru sahaja diluluskan. Saya tak dapat terima dan tidak faham mengapa mengambil masa begitu lama. Saya nak tahu berapa lama masa yang di target oleh PROTON untuk mengelak dari mengambil CYCLETIME yang terlalu tinggi.
Nama Outlet SERVICE Centre ini ialah JETPO berdekatan dengan PROTON EDAR di alamat NO. 82/40, JALAN BAKRI, POSKOD 84000, MUAR, JOHORE.

Sekarang ni, sudah minggu yang ketiga kereta saya tergantung di bengkel SERVIS Proton di Jalan Bakri Muar tanpa ada sense of urgency dari pihak yang bertanggung jawap , dan sebegitu lama juga saya terpaksa menyewa kereta untuk ke tempat kerje dan kegunaan harian. Kenapa saya yang mesti menanggung kerugian ini? Saya bukannya berpendapatan tinggi untuk tanggung kos-kos yang sebegini.

Saya terlalu sedih dan marah dengan sikap SERVIS pihak PROTON tanpa ambil peduli kerumitan pelanggan seperti saya. Jikalau masalah ini begitu rumit dan mengambil masa yang terlalu panjang, saya pohon pada pihak Tuan/Proton agar dapat menggantikan dengan kereta baru yang lain ataupun setidak-tidaknya meminjamkan saya sebuah kereta lain untuk kegunaan bekerja dan kegunaan harian agar tidak membebani hidup saya dengan masalah kewangan ini pula.

Tambahan pula saya membayar wang sewa beli kereta ini kepada pihak bank. Kalau pihak PROTON yang membayar bulanan selama ia berada dibengkel, saya setuju. Berapa banyak lagi kos yang mesti saya sahaja yang tanggung ! ????? Berlaku adil lah terhadap pengguna Malaysia yang mengguna kereta Malaysia. Kenapa mesti pengguna yang sokong buatan Malaysia ini diperkotak-katikkan?! Sedangkan kereta Malaysia yang dieksport jauh lebih mantap untuk kegunaan orang luar dari kereta yang dipasarkan untuk penyokong/pengguna Malaysia sendiri!

Jikalau Tuan/Proton tidak memberi keperhatinan terhadap issue ini, saya berjanji saya akan bawa isu ini ke tengah dan saya pasti ALLAH bersama-sama orang yang teraniaya.
Saya harap pihak TUAN dapat merealisasikan keadaan secepat cepatnya.


Saturday, 24 October 2009

Bukti Ali Rustam Guna Duit Rakyat Melaka




Pertanyaan YB Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh kepada Ketua Menteri Melaka mengenai kos sewa dan kos penyengaraan rumah rasmi Ketua Menteri:

Soalan 1:
Nyatakan jumlah perbelanjaan sewa kos serta kos penyengaraan (maintenance) bulanan bagi rumah rasmi Ketua Menteri sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009.

Soalan 2:
Nyatakan jumlah bil elektrik, bil air serta bil telekom rumah rasmi Ketua Menteri sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009.

Soalan 3:
Nyatakan bilangan pembantu rumah yang terdapat di rumah rasmi Ketua Menteri dan tugas masing-masing.

Setelah ditanya dan inilah jawapan Ali Rustam kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat

Jawapan 1:
Kos penyengaraan RM595 098.40.

Jawapan 2:
Jumlah bil elektrik, bil air serta bil telekom sejak Januari 2008 sehingga Jun 2009 adalah:
Bil elektrik – RM301 025.00
Bil telefon – RM27 585.00
Bil air – RM39 099.00

Jawapan 3:
Bilangan pembantu rumah yang terdapat di rumah ini dan tugas masing-masing:
2 orang – Tukang Masak
2 orang – Tukang Kemas
3 orang – Pelayan
3 orang – Tukang Kebun

Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009 adalah RM 962 807.40. Adakah pembaca rasakan ini relevan sehingga mencecah RM1 juta dalam masa setahun setengah sahaja kos penyengaraan mencecah angka yang begitu besar? Renung-renunglah kepada rakyat Melaka yang mengundi Ali Rustam dan pada masa sama menindas rakyat.


Tuesday, 20 October 2009

Apa Ada Pada UMNO?


Parti yang menghalalkan rasuahParti halalkan rasuah Sila klik
Isa rasuah eksklusif Sila klik


Monday, 19 October 2009

Apabila Sejadah Bersolat...




Pagi tadi sebelum subuh telah berlaku 2 kejadian di mana sejadah terbentuk seolah-olah orang sedang duduk tahiyat akhir dalam solat serta terdapat suara orang sedang membaca Quran.Kejadian tersebut disedari apabila pemiliknya mencari sejadah berkenaan tika mana dia hendak menunaikan solat.Pada mulanya beliau terdengar suara orang sedang mengaji dan cuba mencari-cari dari mana arah suara tersebut.Lantas beliau amat terkejut apabila mendapati sejadah yang dicari itu telah lebih dahulu "melakukan solat" daripadanya,manakala suara mengaji itu semakin jelas apabila dia menghampirinya.
Menyedari kejadian aneh itu beliau terus memanggil anak-anaknya untuk mendapatkan kepastian jika ada antara mereka yang melakukannya.Namun semua anak-anak itu menafikannya malah mereka yang sebalik menjadi takut bila melihat kejadian tersebut.Si ayah lalu menghampiri sejadah itu dan terus mendapatkannya dan menyimpan seperti biasa


Kemudian beliau cuba mendapatkan sejadah yang lain namun sekali lagi beliau sekeluarga dikejutkan dengan kejadian aneh tersebut.Kali ini sejadah kedua pula yang terbentuk sedemikian dan berlaku di ruang tamu.Kerana ketakutan diatas apa yang tejadi itu maka kesemua anak-anak mereka berhimpun dan tidur didalam satu bilik yang sama.
Sebagai hamba Allah yang lemah,kita harus mengambil iktibar bahawa kejadian ini adalah hikmah yang Allah ingin tunjukkan kepada manusia supaya berfikir serta menginsafi akan kedhaifan diri kita.Tiada satu benda pun di dunia ini walaupun sebesar zarah dapat bergerak tanpa keizinan daripada Allah SWT.Semuanya terletak dibawah kekuasaan Allah Yang Maha Gagah.
Pengajaran bagi mereka yang engkar dan malas dalam melakukan solat,mereka seharusnya merasa malu kerana sejadah yang tidak dikurniakan akal itu pun sanggup untuk patuh serta tunduk kepada titah perintah Allah SWT,apatah lagi kita yang dikurniakan segala mcm nikmat yang tidak terhitung banyaknya ini.
Biarpun ini bukan kejadian yang pertama namun apa yang penting ia adalah peringatan daripada Allah terhadap manusia yang semakin jauh daripada mengingatiNya sekarang ini.
Lihat sahaja indeks jenayah,keruntuhan akhlak umat Islam dan kerosakkan akhlak pemimpin yang menerajui negara ini.Begitu ketara dan amat menakutkan sekali.Kita adalah khalifah yang diutuskan ke dunia ini untuk memimpin dan mengurus alam ini mengikut lunas-lunas Al-Quran sepertimana yang diwahyukan kepada RasuluLlah SAW.
Sedarlah wahai manusia yang berada di dalam UMNO bahawa kamu wajib menginsafi dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.Tinggalkan perjuangan yang lagha dan menjauhkan manusia daripada mengingati Allah SWT ini.Di akhirat kelak apa yang kamu mahu jawab bila Allah membuat perhitunganNya di Padang Mahsyar itu nanti.
Di dalam Surah Ibrahim Allah peringatkan dengan jelas akan bahana yang menimpa kepada mereka yang memilih pemimpin yang tidak mengikut garis-garis panduan yang telah Allah tetapkan.
Renung-renungkanlah...


Saturday, 17 October 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri PAS



Najib Pecah Belah Kaum India




Sebuah lagi parti rakyat India telah dilancarkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia di dewan utama Taman Pameran Agro Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor. Pelancaran parti terbaru oleh Najib adalah untuk memecah belahkan kaum India dalam cubaan menafikan hak orang India yang memberikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.


Najib tidak mengaku bahawa penubuhan Parti Makkal Sakti bukan atas desakkannya. Dalam Malaysia terdapat tujuh atau lapan parti yang mewakili kaum India antaranya MIC, Barisan Progresif India Se-Malaysia (IPF), Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Barisan Tindakan Demokratik India Malaysia (Mindraf), Parti Progresif Pendududk (PPP). Bagaimanapun PPP dan MIC merupakan komponen Barisan Nasional.


Parti Makkal Sakti Malaysia diketuai oleh bekas penyelaras kumpulan Hindraf yang diharamkan, R.S. Thenenthiaran, 47. MIC turut membanth penubuhan parti itu. Ketua pergerak Pemuda MIC, T. Mohan tidak membenarkan parti baru itu menjadi alternatif kepada MIC bagi mewakili kaum India. Walaupun parti itu akan dilancarkan oleh Pengerusi BN, Pemuda MIC tidak akan berkompromi sekiranya ia bertujuan menggantikan MIC dalam BN.


sumber: kijang59  
Juga janji palsu BN di kijang59


Tuesday, 13 October 2009

Bendera PAS dibakar



Saturday, 10 October 2009

Bagan Pinang 10 Oktober 09 (kemaskini)



Friday, 9 October 2009

Kemaskini Bagan Pinang 4:25 Petang



Terkini Di Bagan Pinang


Terkini Bagan Pinang

Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai suasana di DUN N.31 Bagan Pinang, sila layari http://kijang59.blogspot.com(SENYUM TANGIS SENDU) di ruangan BLOGGER


Tuesday, 29 September 2009

Ali Rustam Dungu Membuat Kenyataan


Kenyataan balas dari kenyataan akhbar Dato’ Ali Rustam, Sinar Harian MNS2 bertarikh 28/09/09

Dari Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka,Kenyataan dibuat oleh Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Khairul Che Salleh.

Pemuda PAS Melaka mengecam kenyataan Mohd Ali Rustam sebagai menangguk di air yang keruh ekoran daripada kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terhadap Ibrahim Ali. Ekoran daripada kenyataan yang dibuat oleh Mohd Ali adalah amat jelas sekali bahawa tuduhan itu hanya menonjolkan lagi kelemahan beliau sekaligus membuktikan UMNO memang berminat kepada pemimpin yang korup.

“ Soal pembangunan yang dinyatakan oleh Mohd Ali sebenarnya itulah yang bersifat retorik , apa makna pembangunan ketika disaat ini rakyat terpaksa berhadapan dengan tekanan perbelanjaan yang tinggi sehinggakan mengheret rakyat menjadi hamba dunia tanpa memikirkan kesejahteraan hidup bersama keluarga dan bermasyarakat dan saya hairan melihat disaat beliau memperlekeh kenyatan Mursyidul Am beliau seolah terlupa bahawa beliau sendiri memiliki kredibiliti yang teruk dengan isu rasuahnya , salah laku pengurusan pentadbiran serta terlampau banyak pembaziran dana kerajaan yang diperolehi dari rakyat untuk ‘projek’ yang’ diprojekkan’ oleh syarikat yang berkepentingan .”

Oleh yang demikian Pemuda PAS Melaka amat menyokong dengan kenyataan Tuan Guru yang menyifatkan "Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" dan sekaligus mengingatkan bahawa yang sepatutnya melepaskan jawatan bukan Tn Guru Nik Aziz sebagai menteri besar sebaliknya beliau (Mohd Ali) yang mesti mengosongkan kerusi ketua menteri Melaka dengan segera bagi membolehkan kerajaan negeri ditadbir oleh orang yang lebih berintegriti .

Pemuda PAS Melaka juga menasihatkan dan mencabar Ibrahim Ali supaya melepaskan segera jawatan Ahli Parlimen Pasir Mas berikutan sikap beliau yang menonjolkan berlawanan dari dasar-dasar yang telah galas oleh PAS dalam urustadbir kerajaan di Negeri Kelantan dan jika beliau merasakan beliau mampu membeli rakyat Pasir Mas dengan retorik pembangunan ayuh silakan untuk memasuki pentas Pilihan Raya bagi membolehkan rakyat menentukan yang mana ikhlas untuk mewakili rakyat.

Sumber: http://kijang59.blogspot.com


Saturday, 19 September 2009

Ucapan Raya



Kami dari Pemuda PAS Bukit Katil Megucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari:

Ketua Pemuda, Puhat B Bedol
Timbalan Ketua Pemuda, Nazri Arifin
Naib Ketua Pemuda, Ustaz Hj.Abu Bakar Ramle
Setiausaha, Nur Amin Abd Wahid
Bendahari, Sazalin Bin Abd Muttalib
Ketua Penerangan, Jauhar Bin Mohd Dawi
Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, Ust.khairul Bin Che Salleh
Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Ahmad Rafa'i Hassan
Ketua Lajnah Kerajaan dan Swasta, Sufian Bin Sahat
Ketua Lajnah Teknologi Maklumat, Bakhtiar Bin Basar
Timb. Ketua Lajnah Kebajikan dan Masyarakat, Ahmad Fauzi Bin Mohd Yatim
Ketua Lajnah Sukan Dan Seni Budaya, Aizuddin Bin Hj. Karim
Ketua Jab.Pembangunan Remaja dan Mahasiswa, Mohd firdaus Bin Abd.Hadi
Timb. Ketua Jab.Sukan Dan Seni Budaya, Ghazali Bin Othman
Ketua Lajnah Tarbiyyah, Ustaz Nor Khairi
Timb. Ketua Lajnah Tarbiyyah, Ustz Taufik Rizal
Ketua Lajnah Dakwah, Tuan Haji Reezal Idris
Timb. Ketua Jabatan PASTI, Abu Khir Abu Bakar
dan
Unit Media, kijang59 dan Single Breath

oleh: kijang59


Pemuda PAS Melaka Di Melaka Sentral




Semalam 17 September 2009, saff kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka turun padang bersempena dengan kehadiran aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Kehadiran mereka di terminal bas di Melaka Sentral disambut baik oleh penumpang dan perantau yang ingin balik ke kampung untuk meraikan hari raya.

Pengagihan dilakukan setelah waktu berbuka puasa yang mana melibatkan hampir 40 orang pemuda PAS dari kawasan Bukit Katil, Alor Gajah dan Jasin. Antara mereka yang turut hadir adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Zakhwan dan Setiausaha, Yuzi Azhar. Selain itu turut hadir exco Dewan Pemuda PAS, Khairul Che Salleh.

Bagi kawasan Bukit Katil diwakili oleh Ketua Pemuda PAS Bukit Katil, Puhat Bedol bersama dengan timbalannya, Nazri Ariffin serta turut dibantu oleh Setiausaha, Nur Amin Wahid dan Bendahari, Sazalin. Bagi kawasan Jasin diketuai oleh Ketu Pemuda Jasin, Aminuddin dan bagi Alor Gajah diketuai oleh Nazim.

Pengagihan dilakukan bagi perjalanan ke Pantai Timur dan Utara yang mensasarkan kepada 9 buah bas ekspress. Disamping itu, perutusan aidilfitri disampaikan kepada perantau sebagai peringatan sebelum menjelmanya perayaan aidilfitri.

Program tersebut berakhir jam 10 malam setelah pengagihan dilakukan kepada penumpang bas yang menuju ke utara dan pengagihan kepada bas yang menuju ke pantai timur jam 8 malam. Rata-rata penumpang dan pemandu bas menyambut baik dengan aktiviti yang dilakukan oleh pihak PAS dan mereka berharap agar program yang murni ini dapat diteruskan sampai bila-bila.

sumber: http://kijang59.blogspot.com


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59