Friday, 25 July 2008

RAKYAT MERANA, YB-YB BINCANG PASAL KERETA APA NAK PAKAI - Ref Malaysiakini


Di saat rakyat bawahan sengsara mencari duit untuk makan dan minum, pimpinan kerajaan negeri sibuk pasal nak pakai kereta resmi jenis apa, Mercedez atau Camry atau Perdana V6. Mereka ini langsung tak fikir kesusahan rakyat marhaen.
Isu pembelian kereta rasmi keraajaan menjadi hangat apabila kerajaan negeri Terengganu dikritik hebat kerana membeli mercedes sebagai kenderaan rasmi menggantikan Proton Perdana V6. Pelbagai reaksi diutarakan oleh pelbagai golongan.

Exco kerajaan Negeri Selangor, YB Ronnie Liu berkata beliau secara peribadi bersetuju jika Kerajaan Negeri Selangor menggunakan Toyota Camry dan bukannya Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi Exco dan Pegawai Kanan Kerajaan negeri. Antara alasan beliau ialah Toyota Camry lebih murah dari Mercedez tetapi lebih baik dari V6.

Ronnie berkata beliau sendiri mempunyai pengalaman pahit memakai Perdana V6 apabila kereta tersebut rosak secara tiba-tiba. Bila diperiksa kotak gear mengalami masalah dan tidak boleh dibaiki lagi. Jadi sebab itu beliau mencadangkan kerajaan negeri supaya tidak menggunakan Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi.

Menteri Besar Pahang lagi hebat, beliau dilaporkan berkata, kerajaan Pahang tidak kisah, pakai Kancil pun tak apa. Ya ka Tok Nan? Apa yang engkau cakap ini sukar untuk saya percayai sebab plat kereta Tok Nan sendiri bernilai ribuan ringgit. Betul ke boleh pakai Kancil ni? Cakap tu biarkan cermat sikit nanti sendiri yang malu.

Kalau betul Tok Nan boleh menggunakan kancil, sila jual kereta yang Tok Nan pakai sekarang dan gantikan dengan Kancil atau Viva supaya duit rakyat boleh dijimatkan kerana harga kancil atau Viva yang rendah dan penggunaan minyak yang sedikit. Tok Nan jangan cakap kosong tanpa berusaha untuk merealisasikan cakap Tok Nan ini. Jangan cuba bermain dengan kata-kata kalau dalam hati sebenarnya berkata lain.

Jadi saya menggesa semua Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri pulangkan semua semua kenderaan rasmi kepada pihak berkenaan dan silalah order Kancil atau VIVA hari ini juga.

Pak Ali di Melaka tak mahu tukar kereta ke? Saya ingat Pak Ali kalau nak tukar kereta, pakai kereta lembu lagi baik, tak payah kena servis atau buat 'maintenance' di kedai-kedai service kereta. Kereta lembu pun tak pakai minyak, cuma bagi makan rumput yang baik-baik, minuman yang baik. Petang-petang boleh sabit rumput dekat Bukit Katil.

Tak perlu gaduh-gaduh pasal harga kereta dan 'charge' maintenance yang mahal.


PERATURAN TAK MASUK AKAL DALAM UMNO - Ref Malaysiakini


Sejak kalah teruk pada Pilihanraya Umum 8 Mac lalu, Umno semakin teruk 'mamai'nya. Bagaikan orang tua nyanyuk yang tidak tahu jalan pulang ke rumah. Berjalan ke sana ke mari tak tentu hala. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk Umno.
Umno semakin hilang 'akal' dan keyakinan diri apabila terpaksa menggagaskan peraturan-peraturan yang tidak masuk akal,
Antara peraturan-peraturan berkempen pada pemilihan Umno kali ini ialah calon-calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO ditegah menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi bagi mengelakkan risiko digantung keahlian dan dipecat daripada parti.

Tataetika baru pemilihan UMNO yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini turut melarang calon-calon daripada menghadiri majlis perkahwinan, tahlil dan kesyukuran yang dikhuatiri digunakan untuk meraih undi.

Tataetika itu mengkehendaki ahli parti dan calon tidak terlibat dalam salah laku tersebut dan mematuhi ‘tempoh pemilihan’ yang meliputi jangka masa enam bulan sebelum dan enam bulan selepas pemilihan berlangsung.

Sepanjang tempoh pemilihan, ahli-ahli UMNO juga dilarang menerima atau membenarkan anggota keluarga, termasuk isteri, menerima sebarang bentuk hadiah seperti tambang percuma, kemudahan perjalanan, saham, konsesi, kontrak, gelaran dan anugerah.“Kecuali majlis pertemuan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO negeri, ahli-ahli parti dalam tempoh pemilihan dilarang menganjurkan sebarang pertemuan.“Contohnya, ahli menghadiri dan menganjurkan kenduri atau majlis tahlil yang disertai pula oleh calon yang berucap untuk meraih undi,” menurut kandungan tataetika itu yang diperoleh Utusan Meloya hari ini.) Ini laporan Utusan Meloya semalam.

Baru-baru ini Naib Presiden Umno Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Meloya bahawa calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO boleh menghadiri atau mengadakan kenduri kahwin dan tahlil asalkan tidak menyalahgunakan majlis itu untuk berkempen.

Beliau berkata, laporan akhbar itu yang menyebut bahawa calon dalam pemilihan UMNO dilarang menghadiri majlis kesyukuran, perkahwinan dan tahlil yang dikhuatiri menggunakannya untuk meraih undi, adalah kurang tepat.

Katanya lagi, tentang tak boleh buat kenduri, tahlil itu tak betul. Siapa nak buat kenduri atau tahlil boleh buat. Cuma yang tidak boleh jangan gunakan majlis itu untuk berkempen, itu maksudnya. Mana satu yang benar ini Muhyiddin? Nanti engkau sendiri yang kena cekup.
JELAS SEKALI UMNO SEMAKIN CACA MARBA. PERATURAN YANG UMNO BUAT PEMIMPIN MEREKA SENDIRI TAK FAHAM DAN MEREKA SENDIRI LANGGAR. KALAU PEMIMPIN YANG GARISKAN PERATURAN ITU PUN DAH PENING DAN 'BENGONG', ANAK BUAH LAGI 'BENGONG'.

INILAH PARTI YANG SUDAH NYANYUK DAN PENING KERANA DIPIMPIN OLEH MEREKA YANG MABUK KUASA.

JADI SUDAH SAMPAI MASANYA AHLI-AHLI UMNO BERAMAI-RAMAI MENINGGALKAN PARTI NYANYUK DAN PENING INI. AYUH MARI SAMA-SAMA MASUK PAS.


GESAAN KEDUA : MANA MARUAH KAMU SHABERY - SILA LETAK JAWATAN SEKARANG - Ref Malaysiakini


Nampaknya Menteri Penerangan buat-buat tidak ingat bahawa beliau berhutang dengan seluruh rakyat Malaysia. Hutan beliau ialah MELETAKKAN JAWATANNYA sebagai Menteri Penerangan. JANGAN BERDALIH yang beliau hanya meletakkan jawatan jika diminta berbuat demikian oleh Perdana Menteri.
Jika kamu seorang yang bermaruah dan ada harga diri letak jawatan sekarang. Kamu jelas gagal mempertahankan kerajaan dalam debat tempohari.
Kalaulah Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) ini Pemuda Umno sudah tentu kami akan hantar memo dan buat demo supaya Shabery letakkan jawatan. Memang Shabery telah memalukan Umno dan kerajaan apabila gagal menandingi hujah-hujah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang jelas Shabery gagal menerangkan dengan jelas rasional mengapa kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak iaitu kira-kira 41 % awal Jun lalu. Sebaliknya Anwar berjaya meyakinkan pendengar bahawa cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen adalah logik dan boleh diterimapakai.

Anwar mengemukakan fakta yang jelas bahawa penurunan harga minyak sebanyak 50 sen hanya memerlukan belanja sebanyak RM5 bilion sahaja dan ini boleh diambil dari wang sumbangan Petronas kepada kerajaan sebanyak RM1bilion; langkah berjimat cermat dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dalam projek-projek kerajaan dan dari sumber lain. cadangan Anwar ini diperkukuhkan lagi dengan kadar keuntungan Petronas yang terus meningkat di mana keuntungan Petronas untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2008 menunjukkan Petronas memperolehi sebanyak RM61 bilion.

"Mengapa kerajaan begitu senang membantu syarikat-syarikat asing dengan menggunakan istilah insentif, mengapa kerajaan begitu mudah membantu syarikat-syarikat tempatan yang 'sakit' dengan istilah 'bail out' , jumlah insentif dan 'bail out' ini adalah berbilion-bilion ringgit, tetapi pada masa sama begitu payah untuk membantu rakyat bagi mengurangkan harga minyak. Malah istilah subsidi yang digunakan untuk mengurangkan harga minyak cukup negatif dan saya tidak bersetuju dengan istilah ini" soal Anwar dan ianya gagal di jawab oleh Shabery dengan meyakinkan.

Selain itu Shabery juga gagal memberikan fakta yang meyakinkan malah soalan dari wakil Anwar iaitu Zulkifli Sulong yang bertanyakan kemana perginya wang yang diambil dari pengurangan subsidi minyak sebelum ini, juga gagal di jawab oleh Shabery. Sebaliknya beliau banyak bercakap tentang perkara yang tidak berkaitan dengan soalan.

Malah tinjauan selama 12 jam Portal Media Internet, Malaysiakini yang dimulakan sebaik sahaja perdebatan selesai mendapati daripada 18,684 pembaca yang menyertai tinjauan pendapat tersebut, 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan. Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Maka tidak syak lagi Shabery jelas gagal dalam misinya untuk menerangkan rasional kenaikan harga minyak dan beliau semesti meletakkan jawatannya sebagai Menteri Penerangan serta merta. Jangan berdalih lagi atau jangan memberikan alasan bahawa kedudukannya hanya ditentukan oleh Perdana Menteri seperti yang dinyatakan semalam ketika ditemubual oleh media. Jika beliau seorang yang bermaruah beliau mesti meletakkan jawatan serta merta.
SILA LETAK JAWATAN SEKARANG. JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA. KAMU JANGAN INGAT RAKYAT LUPA AKAN JANJI KAMU.


MAT TAIB JANGAN CUBA BERMAIN API - Ref Malaysiakini


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) memberi amaran kepada Ketua Penerangan Umno, Mohamad Mohd Taib atau lebih mesra dengan cembongan 'Mike Tyson' supaya tidak bermain 'api' dengan isu muzakarah. Ini kerana DPPBK melihat Mike Tyson masih cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa Muzakarah mesti diteruskan dan kenyataan Mike Tyson ini disiarkan sebagai Headline akhbar bacul mereka, Utusan Meloya.
DPPBK yakin Mike Tyson faham dan tahu bahawa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz telah menegaskan bahawa tidak ujud apa-apa muzakarah antara PAS-Umno sebelum ini dan selepas ini. Yang ada hanyalah muqabalah iaitu pertemuan biasa. Jadi janganlah Mike Tyson cuba mengulangi perkara ini semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan mengalih perhatian rakyat dari isu-isu lain yang sedang melanda Umno dan negara sekarang.
DPPBK mengharapkan kalau Mike Tyson ingin mencari populariti carilah isu lain yang boleh menaikkan namanya sebagainya persediaan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Tidak perlulah beliau bersusah payah memeras otak untuk bercakap isu muzakarah ini kerana PAS telah jelas menolak sebarang usaha untuk bermuzakarah dengan parti 'busuk' seperti Umno. Ibarat ikan busuk di kepala habis semuanya busuk.
DPPBK faham bahawa Mike Tyson sekarang ini sedang berusaha untuk menonjolkan dirinya lebih-lebih beliau terpaksa bersaing hebat untuk memenangi salah satu tempat sebagai Naib Presiden Umno. Mungkin juga beliau berangan-angan untuk dipilih oleh Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri andaikata beliau memenangi jawatan Naib Presiden kerana Najib sudah tentu akan memilih salah seorang Naib Presiden Umno untuk menjawat jawatan no. 2 dalam Umno tersebut.
DPPBK sekali lagi menegaskan kepada Mike Tyson dan Umno jangan ungkit lagi isu muzakarah ini kerana cerita ini telah tutup buku seperti kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dua hari lalu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59