Thursday, 24 July 2008

ISU MUZAKARAH : JANGAN ULANGI KESILAPAN SEMBUNYIKAN FAKTA DARI AHLI- Ref Malaysiakini


Jangan sembunyikan apa-apa tindakan yang besar seperti pertemuan dengan Umno dan sebagainya.
Itulah antara ungkapan yang sering kita dengar dari ahli PAS akar umbi. Semuanya adalah kerana mereka sayangkan PAS. Ahli PAS tidak mahu PAS terjebak di dalam perangkap Umno sekali lagi seperti yang berlaku selepas Pilihanraya Umum 1969 dulu.
Sebab itu apabila ahli-ahli PAS terdengar khabar angin bahawa pimpinan PAS ada membuat pertemuan 'sulit' dengan Umno ramai dikalangan ahli PAS yang melenting.
"Macamana ini, pimpinan nak berbaik dengan Umno yang zalim, jahat dan penipu".
"Apa sudah jadi, di saat Umno dah nak mampus, PAS pula nak selamatkan Umno".
"Pemimpin PAS memang tak patut, buat pertemuan sulit bincang pasal nak gabung dengan Umno, kalau betul-betul berlaku kami ramai-ramai keluar PAS"
Itulah antara keluhan, luahan, ancaman dan kemarahan ahli PAS yang kita boleh dengar sebaik sahaja berita muzakarah ini tersiar di dada akhbar pengampu BN.
Rata-rata ahli PAS mahukan pimpinan tertinggi PAS supaya lebih telus dan berhati-hati dalam menyampaikan maklumat kepada umum, khususnya mengenai isu muzakarah PAS-Umno, agar tidak bercanggah antara satu sama lain.
Dewan Pemuda PAS Bukit Katil amat bersetuju dengan kenyataan Pemuda PAS Johor (DPPNJ) yang mahukan kalangan pimpinan PAS Pusat kerap mengadakan aktiviti dan pertemuan supaya apa jua masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Ketua DPPNJ, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya amat berharap agar kemelut isu muzakarah PAS-Umno akan berakhir dengan segera "supaya PAS dapat memberikan tumpuan terhadap perkara yang lebih besar manfaatnya kepada perjuangan."
Katanya, DPPNJ telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi untuk membincangkan isu muzakarah di antara PAS dan Umno.Mesyuarat khas itu diadakan sehari selepas Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan mesyuarat yang sama. Isu muzakarah PAS-Umno telah mencetuskan perbincangan hangat di kalangan pemimpin PAS, termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dilihat bercanggah dalam isu tersebut.
Menurut Khairul Faizi berkata, mesyuarat khas itu juga menyarankan supaya PAS pusat mengadakan taklimat khas presiden kepada seluruh pimpinan PAS - dari peringkat pusat sehinggalah sekurang-kurangnya kepada jawatankuasa harian PAS di peringkat kawasan.
Di samping itu, katanya, DPPNJ juga mahu diadakan ’roadshow’ ke negeri-negeri bagi menjelaskan isu yang berkaitan dengan muzarakah dan Pakatan Rakyat.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59