Friday, 18 July 2008

PIDATO PERDANA DSAI, TUAN GURU DAN KIT SIANG MALAM INI - Ref Malaysiakini


Seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Melaka dijemput untuk menghadiri ceramah perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang pada 18 Julai (malam ini) bermula jam 9.00 malam bertempat di Dataran Kompleks PAS Jasin di Simpang Kemendor.
Ceramah ini amat penting untuk seluruh rakyat Malaysia kerana Insya Allah ketiga-tiga penceramah akan mengupas isu-isu terkini yang panas yang melibatkan semua rakyat.
Antara isu liwat, isu minyak, pembentukan Kerajaan Pusat baru, isu debat, isu undi tidak percaya dan lain-lain.

JANGAN LEPASKAN PELUANG.


PAS RAKAN PALING SETIA DALAM SEJARAH POLITIK MALAYSIA - Dari Malaysiakini


PAS memang terkenal sebagai sebuah parti yang paling setia kepada rakan-rakan politiknya. Sejarah telah membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengkhianati persahabatannya.
Semasa Perikatan kalah teruk pada pilihanraya umum 1969, mereka menghulurkan tangan kepada PAS untuk bergabung di bawah payung Barisan Nasional. Atas kepentingan melayu dan Islam PAS bersetuju untuk menjadi parti komponen Barisan Nasional. Namun akhirnya PAS diterajang keluar dari BN oleh Umno atas alasan-alasan yang tidak logik pada tahun 1977. Siapa yang tidak setia kepada persahabatan, PAS atau Umno? Sudah tentu jawapannya Umno.
Semasa krisis Ku Li-Dr Mahathir 1987/1988 PAS sekali lagi menjalinkan persahabatan atas nama Tahaluff Siyasi dan bergabung dengan Parti Ku Li iaitu Semangat 46, Hamim dan Berjasa membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Pada Pilihanraya Umum 1990 APU menang bergaya di Kelantan apabila tidak memberikan sebarang kerusi kepada BN di Kelantan. Malah APU hampir membuat kejutan di seluruh Malaysia jika tidak kerana permainan kotor BN yang menggunakan isu Ku Li memakai sigah berlambang salib.
Selepas itu pada Pilihanraya Umum 1995 APU semangat merosot.Ku Li mula resah dan mencipta berbagai alasan yang mula menikam PAS. Akhirnya Ku Li terhegeh-hegeh bersama-sama dengan Ahmad Shabery, Rais Yatim membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno secara beramai-ramai dan parti Semangat 46 dibubarkan. Siapa yang tidak setia kepada persahabatan PAS atau Semangat 46? Sudah tentu jawapannya Semangat 46.
Sekali lagi apabila krisis Dr Mahathit-Anwar memuncak akhirnya Anwar difitnah. Anwar dipecat dari kabinet dan Umno. Parti KeADILan Nasional (PAN) ditubuhkan oleh penyokong-penyokong Anwar dipimpin oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail. PAS menghulurkan tangan untuk bergabung membentuk Barisan Alternatif dengan turut sama disertai oleh DAP dan PRM. Siapa yang lebih terbuka kalau bukan PAS. Presiden PAS ketika itu Allahyarham Datuk Fadzil Noor menjadi pencetus kepada gerakan rakyat (GERAK) yang menjadi asas kepada pembentukan Barisan Alternatif (BA). Anwar merengkok dalam penjara 6 tahun atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa.
BA telah mencapai kemenangan gilang gemilang apabila berjaya meraih banyak kerusi parlimen dan merampas Terengganu dari BN dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti kerusi DUN yang besar. Namun DAP merasakan bahawa sokongan kaum cina kepada DAP berkurangan dan mengambil keputusan keluar dari BA. Siapa yang tidak setia kepada BA?
Namun pada pilihanraya 2004, BN mencapai kemenangan yang besar dengan bantuan SPR, media dan penyelewengan. DAP kembali mendapat kerusi majoriti bagi pembangkang di parlimen. PAS dan PKR berkabung kerana tewas dengan begitu teruk. Terengganu terlepas, Kelantan hanya dipertahankan dengan majoriti 1 kerusi. Malah satu kerusi majoriti PAS tersebut dimenangi dengan kelebihan 2 undi sahaja iaitu DUN Kemuning.
Selepas Anwar dibebaskan beliau dan pimpinan PAS terus memperkuatkan BA dan mengatur strategi yang unik bagi menarik sokongan kaum India dan Cina. DAP tidak menyertai BA bagi menghadapi Pilihanraya 2008. Hasilnya BA dan DAP merampas 4 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah selain mempertahankan Kelantan. Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang terpaksa diperintah dengan kerajaan campuran demi untuk memastikan kehendak rakyat dipenuhi iaitu menafikan BN menjadi kerajaan. Akhirnya dengan kesedaran bahawa terdapat banyak persamaan antara BA dan DAP iaitu mewujudkan kerajaan berkebajikan dan kerajaan yang adil, maka DAP, PAS dan PKR akhirnya membentuk Pakatan Baru iaitu Pakatan Rakyat. PAS secara terbuka boleh bekerjasama dengan siapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi. Ini dibuktikan apabila PAS tidak pernah menolak untuk berkawan dengan sesiapa diatas persamaan matlamat perjuangan.
Kini ada pihak mempertikaikan kesetiaan PAS. Saya ingin tekankan bahawa sepanjang sejarah PAS tidak pernah mengkhianati persahabatan. Walaupun PAS terpaksa kehilangan segelintir ahli yang tidak setuju dengan persahabatan dengan Semangat 46, PKR dan DAP namun PAS tetap berpegang kepada janji setia persahabatan kerana perjuangan PAS adalah Islam yang boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja asalkan sahabatnya ikhlas tidak seperti Umno yang pernah menendang PAS dulu. FIKIRKAN.......................


UMNO, PAS DAN PKR DUDUK BERMUZAKARAH? / Ulasan laporan Malaysiakini


PAS, Umno, PKR duduk semeja bermuzakarah. Mengapa ini ditimbulkan sedangkan fitnah dahsyat sedang melanda negara sekali lagi. Bagi saya betulkan dulu semua kepincangan dan kontroversi yang melanda politik negara sekarang. Hampir kesemua rakyat sangsi akan kebenaran kes liwat Anwar Ibrahim.
Tanyalah kepada orang yang waras adakah mereka percaya seorang tua berumur 61 tahun boleh mengalahkan seorang muda yang bertubuh sasa berumur 23 tahun.
Tanyalah kepada orang yang waras samada mereka boleh percaya seorang yang mempunyai ramai anak suka kepada lelaki.
Tanyalah kepada orang yang waras seorang yang seperti Anwar yang diketahui latarbelakangnya tidak ada skandal seks dan skandal-skandal lain boleh melakukan perkara ini.
Tanyalah kepada orang yang waras adakah seorang yang 'tidak auw' seperti Anwar suka kepada lelaki...............
Tanyalah ...........tanyalah ............tanyalah.............
Selesaikan dulu kes Altantuya, siasat kes ini secara telus dan adil kerana ia melibatkan orang penting...........mengapa mereka ini tidak ditangkap seperti Anwar yang ditangkap dengan biadap
Selesaikan dulu kes-kes yang melibatkan tuduhan kepada menantu Perdana Menteri, anak Perdana Menteri, Perdana Menteri sendiri
Selesaikan dulu kes-kes melibatkan pemimpin-pemimpin Umno seperti Khir Toyo, Rafidah Aziz dan lain.
Orang yang waras sudah lama sangsi dengan keikhlasan pemimpin Umno sebab mereka ini mempunyai macam-macam kes...........ada menteri didakwa menumbuk kawan anaknya, ada menteri didakwa rasuah, ada menteri didakwa menggunakan kuasa untuk kepentingan diri, ada menteri yang bawa duit jutaan ringgit ke luar negeri, ada menteri yang pernah bawa lari anak Sultan, ada pemimpin Umno yang disaman jutaan ringgit (masih dalam kes mahkamah), ada menteri yang bercerai berai rumahtangga porak peranda, ada menteri yang anak bini, menantu, adik kaya raya, ada menteri yang kaya melampau-lampau, ada menteri yang mempunyai perniagaan macam-macam...............
Selesaikan semua perkara ini dulu. Siasat mana yang patut, adili dimahkamah barulah rakyat yakin dengan keikhlasan dan ketulusan Umno/BN kalau tidak jangan bercakap pasal kedaulatan melayu dan Islam kerana menteri-menteri sendiri yang penuh dengan macam-macam tuduhan .......pokok tak bergoyang kalau tak ada angin ........bila dah susah baru nak hulurkan tangan atas nama perpaduan melayu dan Islam ...................@#%$#%$@#%$#%#$^%


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59