Thursday, 17 July 2008

TANGKAP, TANGKAP KAMU BERKUASA NAK TANGKAP SIAPA SAHAJA - Laporan Malaysiakini dirujuk


Minggu ini sahaja sudah dua orang yang dikenali ramai ditangkap oleh Polis dengan cara yang biadap dan tidak bertamadun.

Semalam Anwar ditangkap oleh sekumpulan Polis yang bertopeng dan berjaket. Polis yang berpakaian seperti biasanya adalah anggota Polis yang terlibat untuk menangkap penjenayah dalam kes jenayah berat. Persoalannya adakah Anwar penjenayah berat yang paling berbahaya?
Polis nampaknya sudah tidak boleh berfikiran waras. Sudah ada yang mengarahkannya atau mungkin juga mereka sedang bekerja untuk pihak tertentu bukan lagi Polis DIRAJA Malaysia.
Hari ini Penulis Blog terkenal Raja Petra Kamaruddin (RPK) pula ditangkap oleh ketika diarahkan memberi keterangan di IPK Kuala Lumpur.
Nampaknya Malaysia sudah menjadi negara Polis.
Laporan terkini tentang Anwar dan RPK - Malaysiakini
Anwar dibogel, diperiksa alat sulit
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga "ukur mana yang perlu" dan beliau "ikut semuanya (arah doktor)".Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambarnya diambil "kerana ia mungkin disiarkan dalam YouTube".Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan darahnya diambil sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.
Semalam, Anwar ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.Mereka ditahan semalam untuk dirakamkan kenyataannya dan dibebaskan pagi tadi.Beliau disoal siasat berhubung laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar bulan lalu.

Contoh DNA

Anwar juga menjelaskan bahawa beliau enggan membenarkan sampel DNA diambil atas nasihat peguam dan doktor.Lagi pula, katanya, simpanan DNA-nya ada dalam tangan polis yang diambil secara paksa pada 1999."Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi," katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.Anwar berkata, beliau juga enggan membenarkan doktor di HKL mengambil contoh darahnya.
Sebelum dibawa ke HKL, katanya, pegawai-pegawai polis berpangkat ACP dan SAC II memberi jaminan beliau boleh dibebaskan malam tadi juga, dengan ikat jamin polis, selepas menjalani pemeriksaan tersebut. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bebaskan malam tadi dan terpaksa tidur di atas simen dalam lokap di tingkat tujuh bangunan IPK itu.Hanya pada kira-kira 1 tengah malam, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail datang membawa tuala sebagai alas tidur.

Sakit pinggang

Kesan daripada tidur atas simen tersebut, kata Anwar, beliau sakit pinggang dan terpaksa mengambil suntikan penahan sakit.Selepas berbaring sekejap, tambahnya, barulah keadaan kembali baik.Bagaimanapun, Anwar berkata, sepanjang di sana, pihak polis melayannya dengan baik.Beliau juga mempersoalkan mengapa pihak polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab "diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)".
"Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya (media ketawa), atau ketua polis negara?" katanya.Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi.
"Saya rasa tak selesea, saya tidak ditunjukkan report (pengadu) itu, mungkin pindaan dibuat, dipinda, dipinda, dipinda, mungkin selepas statement saya dibuat, mungkin laporan itu akan dipinda," katanya.Katanya, ini kerana siapakah yang boleh membuktikan nanti bahawa laporan itu adalah yang asli.
----------------------------------

Petra diseret ke mahkamah


Penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin ditahan hari ini dan didakwa di mahkamah atas tuduhan memfitnah isteri timbalan perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan dua orang lagi.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Raja Petra bagaimanapun enggan membuat sebarang pengakuan sama ada 'bersalah' atau 'tidak bersalah' terhadap tuduhan tersebut.

Beliau berkata berulangkali bahawa beliau enggan berbuat demikian kerana mendakwa tuduhan tersebut mengandungi kecacatan dan berniat jahat.

Pihak pendakwaraya bagaimanapun menganggapnya sebagai pengakuan 'tidak bersalah' dan memohon Majistret Nazran Mohd Sham membenarkan ikatjamin sebanyak RM10,000.
Peguam J Chandra pula berhujah meminta supaya jumlah ikatjamin itu dikurangkan kepada RM5,000 tetapi Raja Petra tidak bersetuju.

Beliau kemudiannya cuba memecat peguamnya sendiri supaya beliau dapat berhujah mewakili dirinya sendiri di mahkamah.

Chandra kemudiannya meminta sidang mahkamah ditangguhkan supaya beliau dapat berbincang dengan pelanggannya itu.

Selepas 15 minit, mahkamah kemudiannya disambung semula di mana peguam Raja Petra berhujah memohon mahkamah membenarkan beliau diikatjamin diri sendiri.
Bagaimanapun, pihak pendakwaraya membantah dan mahkamah akhirnya memutuskan supaya Raja Petra dibenar ikatjamin sebanyak RM2,000.

Pada mulanya, Raja Petra enggan membayar ikatjamin tersebut sehingga isterinya Marina Lee Abdullah terpaksa memujuk beliau selama kira-kira 10 minit.

Hanya selepas itu, barulah Raja Petra bersetuju beliau diikatjamin.

Dua bulan lalu, apabila Raja Petra didakwa dengan tuduhan hasutan kerana menyiarkan artikel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderres to hell' dalam lamanwebnya Malaysia Today, dia enggan diikat jamin.Dia bagaimanapun bersetuju diikat jamin tiga hari kemudiannya setelah bermalam di Penjara Sungai Buloh.

Pada 18 Jun lalu, Raja Petra membuat akuan berkanun yang mengaitkan Rosmah dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut seksyen 500 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, sesiapa yang memfitnah orang lain, boleh dihukum penjara bagi tempoh yang boleh melebihi dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, Raja Petra tiba di ibupejabat polis (IPK) Kuala Lumpur dengan ditemani oleh isterinya dan dua orang peguam.

Raja Petra dan peguamnya masuk ke IPK Kuala Lumpur pada jam 10 pagi di mana beliau ditahan dan dibawa ke mahkamah.

Dalam akuan berkanunnya bertarikh 18 Jun lalu, Raja Petra turut menamakan dua orang lagi - pemangku Kolonel Aziz Buyong, yang disifatkan sebagai 'pakar C4' dan isterinya yang hanya dikenali sebagai Norhayati (Hassan), yang dikatakan pegawai pengiring Rosmah.
Beliau mendakwa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.Rosmah telah menafikan dakwaan tersebut. Manakala pada 27 Jun lalu, Lt Kol. Aziz dan isterinya Norhayati Hassan dilaporkan menuntut Raja Petra membayar RM1 juta kerana menfitnah mereka dan juga menarik balik akuan itu dari blognya.


SHABERY MESTI LETAK JAWATAN SERTA MERTA


Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mesti meletakkan jawatannya serta merta bagi menunaikan janjinya untuk berbuat demikian jika beliau gagal dalam debatnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang jelas Shabery gagal menerangkan dengan jelas rasional mengapa kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak iaitu kira-kira 41 % awal Jun lalu. Sebaliknya Anwar berjaya meyakinkan pendengar bahawa cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen adalah logik dan boleh diterimapakai.

Anwar mengemukakan fakta yang jelas bahawa penurunan harga minyak sebanyak 50 sen hanya memerlukan belanja sebanyak RM5 bilion sahaja dan ini boleh diambil dari wang sumbangan Petronas kepada kerajaan sebanyak RM1bilion; langkah berjimat cermat dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dalam projek-projek kerajaan dan dari sumber lain. cadangan Anwar ini diperkukuhkan lagi dengan kadar keuntungan Petronas yang terus meningkat di mana keuntungan Petronas untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2008 menunjukkan Petronas memperolehi sebanyak RM61 bilion.

"Mengapa kerajaan begitu senang membantu syarikat-syarikat asing dengan menggunakan istilah insentif, mengapa kerajaan begitu mudah membantu syarikat-syarikat tempatan yang 'sakit' dengan istilah 'bail out' , jumlah insentif dan 'bail out' ini adalah berbilion-bilion ringgit, tetapi pada masa sama begitu payah untuk membantu rakyat bagi mengurangkan harga minyak. Malah istilah subsidi yang digunakan untuk mengurangkan harga minyak cukup negatif dan saya tidak bersetuju dengan istilah ini" soal Anwar dan ianya gagal di jawab oleh Shabery dengan meyakinkan.
Selain itu Shabery juga gagal memberikan fakta yang meyakinkan malah soalan dari wakil Anwar iaitu Zulkifli Sulong yang bertanyakan kemana perginya wang yang diambil dari pengurangan subsidi minyak sebelum ini, juga gagal di jawab oleh Shabery. Sebaliknya beliau banyak bercakap tentang perkara yang tidak berkaitan dengan soalan.

Malah tinjauan selama 12 jam Portal Media Internet, Malaysiakini yang dimulakan sebaik sahaja perdebatan selesai mendapati daripada 18,684 pembaca yang menyertai tinjauan pendapat tersebut, 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan. Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Maka tidak syak lagi Shabery jelas gagal dalam misinya untuk menerangkan rasional kenaikan harga minyak dan beliau semesti meletakkan jawatannya sebagai Menteri Penerangan serta merta. Jangan berdalih lagi atau jangan memberikan alasan bahawa kedudukannya hanya ditentukan oleh Perdana Menteri seperti yang dinyatakan semalam ketika ditemubual oleh media. Jika beliau seorang yang bermaruah beliau mesti meletakkan jawatan serta merta.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka


ANWAR DIBEBASKAN 9.45 PAGI TADI


Blog mutaligat (http://mutaligat.blogspot.com) melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan pada jam 9.45 pagi tadi dengan jaminan Polis. Anwar dilihat meninggalkan IPK KL bersama keluarga beliau dan menuju pulang ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Sankara ketika ditemui diluar Pejabat IPK Kuala Lumpur tempat di mana Anwar ditahan semalam memberitahu bahawa beliau bercakap dengan pegawai yang mengendalikan kes ini di mana pegawai tersebut membeeritahu bahawa Anwar akan dibebaskan hari ini jam 1 petang.

"Saya menerima panggilan dari salah seorang dari Pegawai Penyiasat dan mereka bersetuju untuk Anwar dijamin" kata Sankara yang tiba di IPK KL jam 9 pagi tadi.

Anwar dijadualkan memberikan kenyataan akhbar jam 2 petang ini. Anwar tidak didakwa tetapi mesti melaporkan diri semula kepada Polis pada 18 Ogos nanti.

Awal pagi ini, Peguamnya Sankara Nair memberitahu diluar IPK KL, bahawa Anwar akan dibebaskan pada jam 1 petang ini.

Anwar ditahan jam 12.55 tengahari semalam sewaktu dalam perjalanan pulang dari Ibupejabat BPR kerana memberi keterangan tentang dakwaan beliau terhadap Musa Hassan dan Gani Patail.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59