Wednesday, 9 July 2008

ISU BAPA MINTA BANTUAN : MAIM JANJI AKAN BANTU


Saudara Mustafa Maiduni baru sahaja selesai mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Majlis Agama Islam (MAIM), Ustaz Abdul Halim Tawil di Pejabat MAIM sebentar tadi. Mustafa ketika dihubungi oleh blog ini melahirkan rasa syukur kerana pihak MAIM berjanji untuk membantu beliau.

Dalam pertemuan tersebut semua butiran mengenai Mustafa, isteri dan anak-anaknya telah diambil oleh pihak MAIM untuk tindakan selanjutnya. Tahniah diucapkan kepada Mustafa di atas kesudian MAIM membantu beliau.

Esok pihak MAIM meminta Mustafa membawa isterinya, Erwina Md Nor, 33 ke Pejabat MAIM untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan mereka berdua.

Menurutnya, beliau melahirkan rasa terima kasih kepada PAS kerana sudi membantu beliau menyelesaikan perkara ini walaupun beliau merupakan ahli Umno dan pengundi setia BN sejak dahulu lagi.

Sementata itu Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Ustaz Khirul Che Salleh hairan mengapa MAIM tidak menyelesaikan perkara dari awal lagi iaitu ketika Mustafa mengadu kepada MAIM beberapa bulan lalu.

"Kini selepas kita 'GEGAU' baru mereka nak bertindak dan membantu Mustafa" tegas Khirul yang merupakan lulusan Universiti Malaya dalam bidang Syariah.

Saya doakan hasrat Saudara Mustafa untuk membawa balik kedua-dua anaknya termakbul secepat mungkin. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Abdul Halim Tawil di atas kerjasama beliau. Moga-moga bantuan MAIM ini akan dapat menyelesaikan semua masalah Saudara Mustafa.


PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DAN PUSAT ADUAN PAS



Semabok : Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat dan Pusat Aduan untuk semua rakyat Melaka dan sesiapa sahaja tidak mengira agama, bangsa, keturunan, ideologi politik dan warna kulit.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Khirul Che Salleh berkata Pusat Khidmat Masyarakat dan Pusat Aduan PAS ini bersedia untuk menerima apa juga aduan, masalah dan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat."Insya Allah kami akan sedaya upaya membantu tuan-tuan dan puan-puan menyelesaikan apa juga masalah".

"Ada banyak cara untuk kita membantu orang dalam kesusahan antaranya khidmat nasihat, kaunseling, bantuan kewangan, tenaga dan sebagainya" kata Khirul yang bertugas penyelaraskan Pusat Khidmat ini.Pusat Khidmat ini beroperasi pada waktu pejabat di Pejabat Lajnah Penerangan PAS Negeri di Bangunan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri di sini.
Menurutnya setakat beberapa kes sedang dikendalikan oleh pusat ini.

Sekiranya tuan-tuan ingin membuat aduan sila telefon talian kami di 06-284 1780 fax : 06-282 7205 atau emailkan ke penjana@gmail.com atau ibnuj@yahoo.com

Tuan-tuan dan Puan-puan juga menghantar pesanan di ruangan sembang bermanfaat/info blog http://mutaligat.blogspot.com/ atau http://pasmelaka.blogspot.com/


BAPA MOHON BANTUAN AMBIL ANAK DI INDONESIA


Bukit Pulau : Seorang bapa, Mustafa Bin Maiduni, 42 amat memerlukan bantuan orang ramai untuk membawa pulang 2 orang anaknya yang tinggal di Indonesia.

Menurutnya, anaknya itu telah ditinggalkan bersama Ibu Mertuanya di Indonesia selama lebih 4 tahun lalu. Kedua-dua anaknya Mohd Ridzuan Mustafa, 6 tahun dan Ferry Aditya Mustafa, 4 tahun kini tinggal dengan neneknya di Tangjung Pura, Langkat, Medan, Indonesia. Kedua-dua mereka sekarang berada dalam keadaan susah disebabkan nenek mereka tidak mempunyai pendapatan tetap selepas kematian suami dan anaknya beberapa tahun lalu.

Anak pertamanya Mohd Ridzuan lahir di Melaka manakala anak keduanya Ferry Aditya lahir di Medan. Selain dari kedua-dua anaknya ini, beliau mempunyai seorang lagi anak dengan isterinya sekarang dan 6 orang anak dengan isteri pertama yang telah diceraikan oleh beliau.

Mustafa yang bekerja sendiri sangat bimbang dengan keadaan anaknya kerana menurut maklumat yang beliau perolehi, anaknya berada di dalam keadaan tertekan dan tidak menentu.
"Anak saya terutama yang tua seringkali berkurung di dalam bilik dan tiap-tiap beliau akan menunggu saya datang bersama adiknya berhampiran jalan di rumah mertua saya".


"Bila tanya siapa yang beliau tunggu, anak saya menjawab tunggu ayah, setiap kali kereta berhenti di jalan tersebut beliau akan memberitahu orangramai bahawa ayahnya sudah sampai",kata Mustafa dengan sayu.

Mustafa memberitahu, beliau memerlukan kira-kira RM7,000 untuk tambang pergi balik beliau dan isterinya mengambil anak-anaknya. Selain itu wang itu juga diperlukan untuk mendapatkan Kartu Tanda Pengenalan (KTP) Indonesia untuk kedua-dua anaknya yang sehingga kini tidak mempunyai apa-apa sijil kelahiran akibat kesempitan hidup.
Selain itu juga beliau terpaksa membayar bil tunggakan hospital anak pertamanya di sebuah hospital swasta di Melaka bagi membolehkan anak pertama yang lahir di sini didaftarkan. Sehingga kini pihak hospital tidak mengeluarkan surat akuan kelahiran anaknya itu kerana beliau gagal membayar bayaran sebanyak RM2,000 kepada hospital tersebut. Bayaran itu dikenakan kerana isterinya terpaksa menjalani pembedahan semasa bersalin.
Menurutnya sebelum ini beliau telah bertemu dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi memohon bantuan, namun Mohd Ali meminta beliau berusaha sendiri mengumpulkan wang sebanyak RM7,000 tersebut.

Beliau juga pernah berjumpa dengan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) iaitu Ustaz Abdul Halim Tawil bagi memohon bantuan namun hanya RM700 sahaja yang diluluskan kepada beliau melalui agensi di bawah MAIM.

Menurutnya wang RM700 tersebut tidak cukup untuk urusan tambang pergi balik dan perbelanjaan memohon KTP serta urusan-urusan lain.

"Saya telah berusaha sedaya upaya berjumpa dengan Ketua Menteri dan MAIM tetapi saya kecewa kerana mereka tidak dapat membantu saya sepenuhnya".

"Saya tiada kerja tetap dan tidak mampu untuk menyimpan sebanyak itu, kalau saya mampu tidak perlulah saya berjumpa mereka" ujar Mustafa kecewa.

Sementara itu, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Khirul Che Salleh dalam kenyataannya kecewa dengan tindakan Ketua Menteri dan MAIM yang tidak dapat membantu Mustafa.

Menurut beliau, Mustafa berhak untuk mendapat bantuan samada dari kerajaan negeri atau MAIM bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau.

"Saya mencadangkan pihak kerajaan Negeri dan MAIM dapat mempertimbangkan permohonan Mustafa, wang zakat atau Baitul Mal boleh diberikan kepada beliau".

"Kalau tak mahu bagi wang zakat dan Baitul Mal pun sekurang-kurangnya mereka boleh melancarkan tabung untuk membantu Mustafa" kata Khirul.

Mustafa Bin Maiduni yang memegang Kad Pengenalan bernombor 660609-05-5073 sangat mengharapkan bantuan orang ramai untuk mengambil anaknya di Indonesia dan menyelesaikan semua masalah perdaftaran kelahiran anaknya di sana.

Beliau memohon sudi kiranya para pembaca menghulurkan derma untuknya dengan menghubungi talian 016-6537473 atau talian 017-9002958 (Ustaz Khirul Che Salleh) atau 06-2841780 (Pejabat Perhubungan PAS Negeri).

Sesiapa yang ingin berjumpa dengan beliau boleh juga datang sendiri ke rumahnya di alamat Bt 3 1/2, Kampung Bukit Pulau, 75150 Bukit Baru Melaka.

Gambar atas : Saya sedang mengambil keterangan dari Mustafa
Gambar bawah : Saya bersama Mustafa dan Aktivis PAS Kampung Bukit Pulau Md Zin AFP Mangkuta


SIAPA TIRU SIAPA?


YAB Ketua Menteri nampaknya memberikan 'response' yang baik kepada tulisan saya dalam blog saya.

Hari ini YAB membuat 'posting' di dalam blognya bertajuk SELANGOR DAN PERAK MENIRU CARA KERAJAAN BN. Tak apalah siapa tiru siapa yang penting rakyat dapat pembelaan.

YAB menyiarkan di dalam blognya bahawa pemberian air percuma dan bantuan pelajar miskin telah pun dibuat di banyak negeri di bawah Barisan Nasional (BN) termasuk Melaka. Di Melaka semua keluarga miskin diberi bantuan wang tunai bulanan daripada RM 190 hingga RM 430 termasuk bil air dan letrik. Komen saya : Sebelum ini tidak pernah pula kita dengar kerajaan Melaka beri bantuan untuk bil elektrik dan air tetapi bila Selangor dan Perak beri air percuma cepat-cepat pula tajuk bantuan ditukar.
Manakala pelajar yang masuk universiti dibantu RM 400 untuk Ijazah, RM 300 untuk Diploma dan RM 200 untuk sijil. Setiap pelajar boleh pinjam RM 1000 bagi permulaan masuk universiti. Semua anak Melaka boleh meminjam Tabung Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) untuk belajar di universiti dalam Negara. Komen Saya : Selangor dan Perak bagi RM1,000 Dato' Seri bukan RM200 - RM400. Mana banyak RM1,000 dan RM400 Dato' Seri? Lepas tu, Perak dan Selangor bagi terus duit tu bukan PINJAMAN macam Melaka buat ni. Mana bagus Dato' Seri kerajaan Pakatan Rakyat atau Kerajaan BN Melaka.

TENTANG SKIM TAKAFUL ARMALAH DAN KIFAALAH MACAM KELANTAN TU BILA DATO' SERI NAK BUAT DI MELAKA. TAKKAN YANG TU PUN KELANTAN TIRU MELAKA KOT?

Jadi saya harap Dato' Seri dapat tiru kerajaan Perak dan Selangor untuk kesejahteraan rakyat. YANG PENTING RAKYAT TERBELA


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59