Tuesday, 8 July 2008

SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOGGER KEPADA TPJ 1 MELAKA ADLY ZAHARI


Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Adly Zahari minggu lepas melancarkan Blog personalnya untuk ditatapi oleh sekelian pencinta blog dan web.

Dalam posting pertamanya berjudul Salam Ukhwah dan salam perjuangan beliau menyatakan bahawa tujuan beliau 'blogging ' adalah untuk bersama menitipkan kalam perjuangan bersama bloggers-bloggers yang telah berjaya memberi maklumat yang terkini , betul dan pantas lantas memintas maklumat dari laskar-laskar upahan yang berjuang membela pemimpin yang korup dari sebuah kerajaan yang kini sudah tidak lagi relevan dan nyanyuk.

Menurutnya lagi, InsyaAllah melalui medium yang tidak punyai sempadan ini maka saya akan berusaha membawa pelbagai pandangan serta catatan kembara insan kerdil ini dalam arus politik perdana.

Hari ini beliau memulakan pandangan beliau tentang Demo Protes Ahad lepas dengan tajuknya 'PROTES kepada Protes'.

Anda boleh mendapatkan pandangan dan pendapat beliau dengan melayari blog beliau di http://adlyzahari.blogspot.com.


MAPUIH UMNO ...........


Mampuih Umno ........itulah ungkapan yang terpancar dibenak saya bila mendapat tahu bahawa Kerajaan Perak meneladani kerajaan Selangor dengan memberikan air percuma untuk 20 meter padu kepada rakyatnya yang berpendapatan kurang dari RM750. Ianya akan bermula pada 1 Ogos ini.

Pengumuman ini di buat oleh YAB Dato' Seri IR Mohd Nizar Jamaluddin di Ipoh semalam. Perkembangan ini ternyata mengembirakan rakyat Perak.

Pengumuman ini juga menjawab spekulasi yang dimainkan oleh setengah pihak kononnya Pakatan Rakyat berbohong dalam manifesto PR ke 12 yang lepas. Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang DUN Perak yang lepas.

Dato' Seri IR Mohd Nizar berkata seramai 15,000 penduduk miskin di negeri ini dikenal pasti menerima kemudahan itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) berjumlah RM2 juta sebulan.

“Pemberian air percuma ini adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat,” katanya kepada pemberita di Ipoh semalam.

Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP berkata, bekalan air percuma itu akan diberikan kepada mereka yang mempunyai meter individu di kediaman masing-masing.

Apa lagi yang Umno nak kata. Satu persatu janji Pakatan Rakyat ditunaikan oleh kerajaan mereka. Kerajaan BN di negeri-negeri mereka pula sibuk untuk membuat projek-projek besar dan kecil sebab bila ada projek ada 'masyuk'. Mereka bukannya memikirkan penderitaan rakyat. Yang mereka fikir apa projek lagi nak dibuat, apa projek lagi yang boleh diberikan pada kroni mereka............mampuih Umno.....

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Semasa sidang DUN yang lepas pihak pembangkang bertanyakan mengenai perkara yang sama dan dijawab oleh Exco Teknologi maklumat, YB. Thomas Su bahawa pihak kerajaan akan memberikan ganjaran ini sekiranya keadaan kewangan kerajaan mengizinkan.

MB menjelaskan bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri berjumpa dengan Exco Pendidikan, Nga Kor Ming dan perlu membawa dokumen pengenalan diri dan surat tawaran ke IPTA.

Mampuih Umno .........

Tranungkite .....Cina Islam


KERAJAAN NEGERI GAGAL ATASI MASALAH PENGANGGURAN SISWAZAH


Statistik yang dikeluarkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka di dalam blognya dan dipetik oleh Sinar Harian hari ini berkaitan dengan pengangguran membuktikan bahawa bilangan penganggur di negeri ini masih ramai iaitu keseluruhannya 4,800 orang. Lebih menyedihkan kira-kira 3,200 orang atau 66.7 % penganggur adalah lepasan Institut Pendidikan Tinggi samada Awam atau Swasta.

Saya merasakan angka ini adalah besar kerana negeri Melaka sendiri penduduknya tidaklah ramai berbanding dengan negeri-negeri lain. Jadi angka 3,200 lepasan IPT ini adalah tinggi. Saya kesal kerana kerajaan negeri gagal menangani masalah pengangguran terutama membabitkan lepasan IPT ini. Kerajaan Pusat dan mungkin kerajaan negeri melalui PTPTN dan wang Yayasan Negeri membelanjakan sejumlah wang sangat besar untuk pelajar-pelajar terbabit dalam bentuk pinjaman.

Maka jika sekiranya mereka tidak bekerja sudah tentu pembayaran balik pinjaman PTPTN ini akan tergendala. Saya juga kesal kerana kerajaan Melaka membina pusat pelacongan, pusat reakreasi, menjalankan program bersifat hiburan dan sebagainya dengan belanja besar (membazir duit rakyat) atas alasan untuk memberikan peluang pekerjaan. Tetapi statistik yang diumumkan sendiri oleh YAB Ketua Menteri ini membuktikan projek-projek dan program-program tersebut tidak memberikan banyak faedah untuk penganggur apabila bilangan mereka masih besar.Antaranya projek seperti Eye On Melaka, Pesta Sungai Melaka dan sebagainya.

Saya mencadangkan kerajaan negeri memupuk semangat ingin menceburi bidang perniagaan kepada semua penganggur terutama lepasan IPT ini supaya mereka tidak hanya berminat untuk makan gaji sedangkan peluang pekerjaan semakin terhad lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi negara yang semakin teruk sekarang. Kerajaan Negeri dicadangkan supaya menyediakan latihan, 'workshop' dan bantuan modal kepada penganggur-penganggur ini bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan.

Perniagaan-perniagaan berasaskan IT, kemahiran, peruncitan dan sebagainya memang sesuai untuk Siswazah dan ianya sangat berdaya maju. Selain itu kerajaan negeri mesti memberikan penerangan dan hebahan tentang program-program perniagaan dan peluang-peluang untuk memulakan perniagaan.

Antaranya Skim yang dianjurkan PROSPER, Tekun, MARA dan sebagainya. Kita melihat bahawa sebenarnya ramai dikalangan penganggur-penganggur ini terutama siswazah berminat untuk berniaga tetapi masalah besar mereka ialah mereka tiada pengalaman dan modal. Jadi sudah sampai masanya kerajaan negeri memantap lagi program melahirkan usahawan ini demi untuk membasmi pengangguran.


TAKZIAH UNTUK KELUARGA TUN


Dewan Pemuda PAS Bukit Katil (DPPBK) mengucap takziah kepada keluarga Bekas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin yang meninggal dunia pagi semalam.

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.

Setiausaha DPPBK


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59