Monday, 7 July 2008

DPPBK MUNGKIN AKAN HANTAR NOTA BANTAHAN TERHADAP PROTES


DPPBK mungkin akan menghantar nota bantahan kepada Protes di atas ketidakpuasan hati kepimpinan DPPBK terhadap perjalanan 'karnival' naik harga minyak anjuran Protes semalam. Jurucakap DPPBK berkata hari ini, mereka akan bermesyuarat dan akan membuat keputusan tentang bentuk bantahan yang akan dikemukakan nanti.

'Kami benar-benar kesal dengan pengisian program semalam yang langsung tidak membina semangat kami untuk terus memperjuangkan isu kenaikan harga minyak ini".

"Semangat kami dan ahli-ahli kami semakin luntur dan pudar kerana kami diajar supaya menjadi pengecut dan tunduk dengan tekanan pihak lawan" kata Jurucakap tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Kedah Pemuda PAS Kedah melahirkan rasa kesal dengan pengendalian Himpunan Protes Sejuta Rakyat yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya semalam seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily.

Bagi pemuda Kedah, himpunan semalam tidak mencapai tujuan asal gerakan Protes yang telah digerakkan sejak tahun lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah (DPPNK), Ustaz Musoddak Ahmad di Kompleks PAS Kedah sebentar tadi.

Menurutnya, ramai kontingen pemuda dari kawasan-kawasan yang hadir ke himpunan berkenaan turut 'memprotes' pengendalian himpunan itu semalam.

"Pemuda-pemuda dari (Kawasan) Kuala Kedah, Pendang, Sik, Merbok, Padang Serai, Sungai Petani, Langkawi dan lain-lainnya pergi untuk menyatakan protes tetapi pulang awal kerana 'memprotes' cara himpunan itu.

"November lalu himpunan Bersih telah memasuki 'gear empat' suara rakyat dan sepatutnya gelombang itu menjadikan Protes memasuki 'gear lima' tetapi semalam himpunan jadi 'gear satu'," ujarnya kecewa.

Menurutnya, rakyat sudah ada keberanian untuk turun ke jalan dan tidak bimbang kepada risiko berhadapan 'water-cannon' dan semburan kimia.
Oleh itu, menurut beliau, mengadakan himpunan di stadium seolah-olah berundur semula ke belakang.

"Bila buat himpunan macam ini, protes yang dinyatakan tidak tampak kepada umum apatah lagi pihak yang diprotes juga tidak akan rasa apa-apa," tambahnya lagi.

Beliau turut menyatakan kekesalannya kerana wujud konsert pada himpunan berkenaan.
"Rata-rata pemuda Kedah pulang setelah konsert diadakan, mereka menggelar himpunan itu bukan 'protes' tetapi 'karnival turun minyak'.

"Pemuda Kedah datang bukan untuk berhibur, mereka datang atas nama perjuangan. Jadi sebarang sekatan yang mungkin berlaku mereka sanggup hadapi," jelasnya yang turut memaklumkan DPPNK akan menghantar nota bantahan kepada jawatankuasa penganjur himpunan itu.


UTUSAN MELOYA AMBIL KESEMPATAN DARI KELEMAHAN PROTES


Utusan Meloya akhbar yang diboikot Pakatan Rakyat seperti diduga mengambil kesempatan dari kelemahan dan kesilapan PROTES dalam menganjurkan himpunan memprotes kenaikan harga minyak di Stadium MBPJ Kelana Jaya semalam.

Hari ini Utusan Meloya menyiarkan gambar penyanyi yang menayangkan 'pungkok' (bontot dalam loghat utara) di muka hadapan akhbar tersebut guna untuk memburukkan imej pembangkang.

Utusan menggunakan perkataan 'ganas' bagi menguatkan dakwaan mereka bahawa penyokong pembangkang GANAS.

Semasa kejadian, Alak, penyanyi lelaki kumpulan Carburetor Dung, sedang menyanyikan lagu berjudul Mari Nyanyi Menjilat sebelum bertindak melondehkan seluarnya. Sambil membelakangkan diri ke arah penonton dan menunjuk-nunjukkan punggungnya, Alak kemudian menjerit perkataan ‘jilat’ berkali-kali.

Insiden yang berlaku sekitar pukul 7 petang itu mencalitkan imej Protes, parti pembangkang dan rakyat. Kita harapa Protes mengambil iktibar dari peristiwa ini. Malah rata-rata peserta demo kecewa dengan langkah penganjur mengadakan program di dalam stadium kerana ianya tidak menggambarkan protes sebenar kerana orang ramai tidak tahu bahawa terdapatnya protes atau demo menentang kenaikan harga minyak.

Apa guna kita menjerit sekuat hati jika ianya tidak didengari oleh orang ramai, kata salah seorang peserta demo yang dikenali sebagai Abu dari Paya Keladang, Bera.

Gambar: Alak yang terjatuh. Gambar ini disiarkan di muka depan Utusan Meloya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59