Friday, 4 July 2008

Dua ditahan berceramah di Masjid Kpg Baru


Polis menahan dua orang yang berceramah meminta orang ramai menghadiri perhimpunan sejuta rakyat Ahad ini bagi membantah kenaikan harga minyak.Mereka berceramah sejurus selepas umat Islam selesai mengerjakan solat Jumaat di Masjid Kampung Baru tengahari tadi.Mereka yang ditangkap itu dikenali sebagai anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Batu, Khairul Anuar manakala seorang lagi adalah setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid.

Sebelum itu, mereka berceramah dalam perkarangan masjid tersebut, menyentuh soal konspirasi terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kira-kira 300 berhimpun mendengar ceramah tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis mengarahkan mereka dan orang ramai beredar dari situ.Apabila sampai di luar pintu utama masjid tersebut, seorang daripada mereka sekali lagi berceramah meminta orang ramai menghadiri perhimpunan sejuta rakyat Ahad ini bagi membantah kenaikan harga minyak.Ketika itu, anggota polis menghamapirinya dan menariknya turun dan kemudiannya membawa kedua-duanya ke dalam trak polis.

Difahamkan, kedua-duanya dibawa ke balai polis Dang Wangi.

Kira-kira 80 anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di sekitar kawasan masjid berkenaan sejak sebelum solat Jumaat.

Malaysiakini


BANTAH LIBATKAN TENTERA KAWAL KETENTERAMAN AWAM


Ketua Penerangan PAS Negeri di dalam Blognya, http://mutaligat.blogspot.com membantah tindakan kerajaan BN yang merancang untuk mengerahkan anggota tentera membantu polis mengawal ketenteraman awam sewaktu perhimpunan awam diadakan - sama ada yang dijadualkan Ahad ini atau yang akan datang.
Beliau hairan apakah motif kerajaan BN mahu menyeret Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dengan tugas dan tanggungjawab pihak Polis. Tidak cukupkah lagi duit rakyat dibazirkan dengan mengerahkan Polis mengawal dan menganggu perhimpunan aman rakyat.
Cadangan tersebut, katanya, akan memberi gambaran yang salah kepada rakyat Malaysia dan dunia amnya, seolah-olah negara dalam keadaan krisis atau berdepan dengan perpecahan.Malah, perhimpunan-perhimpunan yang diadakan sebelum ini berjalan secara aman tanpa perlu kehadiran anggota tentera.
Selain itu menurutnya lagi, ianya jika diteruskan akan membuktikan Polis gagal menjalankan tugas mereka. Kerajaan seolah-olah memperkecilkan kredibiliti dan kemampuan untuk mengawal ketenteraman awam.
Jika kerajaan meneruskan juga rancangan ini, bermakna bahawa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini yang menyatakan keadaan keselamatan di negara ini adalah terkawal, tidak begitu meyakinkan.
Ini sudah tentu akan menimbulkan keraguan mengenai kemampuan Perdana Menteri untuk memberi kepimpinan yang positif dan kemungkinan ada anasir dalam kerajaannya yang cuba memberi gambaran seolah-olah timbul keadaan tidak stabil untuk mencapai agenda politik mereka.
Gambaran buruk ini sudah tentu akan mengurangkan keyakinan pihak luar samada pelancong atau pelabur untuk melawat dan menjalankan perniagaan di negara kita.
Oleh itu saya menegaskan sekali lagi bahawa rancangan untuk melibatkan ATM dalam kerja mengawal ketenteraman awam ini mesti dibatalkan.


Perhimpunan berpindah ke Stadium Kelana Jaya


Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad ini yang dijadual diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar ke Stadium Kelana Jaya.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Angkatan Muka PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut Shamsul, perubahan tempat ini diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Difahamkan mesyuarat tersebut diadakan di rumah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut.

Stadium Kelana Jaya boleh memuatkan 50,000 tempat duduk. Manakala padangnya pula boleh memuatkan jumlah hadirin yang sama.

Penyelaras Protes Dr. Hatta Ramli ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tempat itu tetapi belum mahu menjelaskan butiran lanjut perkara itu.
Malaysiakini


FITNAH BERMAHARAJALELA KATA PAK LAH, SIAPA YANG AJAR?


Semalam Perdana Menteri merangkap Imam Al Hadhari, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, terlalu banyak fitnah ditaburkan ketika ini sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat malah ia merupakan yang terburuk sepanjang 30 tahun beliau terlibat dalam politik.

Sehubungan itu, Perdana Menteri meminta rakyat supaya jangan panik dan kelam-kabut ekoran pelbagai perkembangan politik kebelakangan ini kerana negara masih berada dalam keadaan yang terkawal.

‘‘Saya dalam politik sudah 30 tahun, tidak pernah tengok benda (fitnah) macam ini. Hari-hari ada cerita mahu orang berasa susah, cerita nak bagi orang takut, bimbang dan kurang yakin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di pejabatnya di bangunan Parlimen semalam.

Kita ingin bertanya kepada Imam Hadhari, budaya siapakah fitnah memfitnah ini.

Siapa yang memfitnah Anwar Ibrahim dalam kes liwat 1998?
Siapa yang mengupah seorang penulis upahan untuk mengarang 50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM yang memuatkan unsur-unsur fitnah?
Siapa yang menggunakan kaedah fitnah memfitnah ketika kempen pemilihan sebuah parti yang mendakwa terbesar di Malaysia?
Siapa yang membiarkan budaya fitnah menfitnah ini sehingga ia menjadi barah dan wabak dalam politik Malaysia?
Siapa yang suka bercakap membabi buta tanpa usul periksa dalam kes mata lebam Anwar tahun 1998?
Siapa yang memfitnah tahanan ISA sehingga merengkok dalam penjara bertahun-tahun lamanya sedangkan bukti tiada dan mereka tidak dihadapkan ke mahkamah?
....dan banyak lagi persoalan yang boleh diajukan tetapi apa yang dinukilkan di atas ....orang ramai sudah faham dan tahu tukang fitnah nombor satu, siapa kaki fitnah,parti mana yang mengamalkan fitnah semua orang sudah sedar dan tahu.........


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59