Wednesday, 2 July 2008

ALI RUSTAM TERSILAP BODEK


Ali Rustam dalam Blognya baru-baru ini cukup tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim tentang isu minyak. Antaranya Ali Rustam berperi bahawa beliau membantah sekeras-kerasnya jika debat antara menteri penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan penasihat Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim disiarkan secara langsung oleh radio dan televisyen Malaysia (RTM).
Malah beliau berkata ia ibarat mengambil keris dan menikam diri sendiri. Ia tidak relevan dan tidak wajar untuk memberi publisiti murahan kepada penasihat PKR itu.

Kenapa kita harus termakan dengan provokasinya untuk menurunkan harga minyak dengan bertindak mahu berdebat dengannya dan kemudian disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen, terutama yang dimiliki oleh kerajaan BN. Begitulah takutnya Ali Rustam.
Memang minda Ali Rustam ini minda kelas ketiga, mindanya sama dengan minda guru-guru KEMAS kampung mentang-mentang beliau dulu kerja KEMAS jadi mindanya pun masih bermindakan KEMAS lagi.

Sedang orang lain telah jauh ke hadapan dari segi pemikiran dan cara bertindak, Ali Rustam masih jauh terkebelakang. Patutlah beliau masih mengamalkan politik purba kala seperti menyaman Sekolah Tadika PASTI, mengarahkan poster ceramah PAS dikoyakkan, jawatan dalam kerajaan negeri hanya untuk ahli Umno, kontrak kerajaan negeri hanya untuk orang Umno dan lain-lain tindakan yang tidak bertamadun dan disifatkan tidak cerdik.

Ali Rustam tersilap percaturan, beliau ingatkan bantahan beliau disokong oleh pemimpin Umno lain, malang bagi Ali Rustam apabila Pak Lah sendiri menyokong debat itu.

Pak Lah kata DEBAT ANWAR-SHABREY... BAGUS ... beliau menyifatkan debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim anjuran Agendadaily sebagai "bagus". Katanya kepada Agendadaily di pejabatnya di bangunan Parlimen semalam, beliau yakin Shabery mampu mempertahankan dasar kerajaan.

Maka malulah Ali Rustam apabila bantahannya tidak disokong oleh Pak Lah. Mana kaki pembodek ini nak sorok muka hah ............


NAJIB MAKAN PANAS .....???????


PKR mempunyai satu akuan berkanun yang mengaitkan pembabitan pejabat Datuk Seri Najib Razak dengan dakwaan liwat terbaru yang dilaporkan kepada polis Sabtu lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hari ini kita ada satu pengakuan bersumpah daripada seseorang yang belum kita dedahkan yang tahu bahawa memang ada pakatan dan perencanaan yang melibatkan pejabat timbalan perdana menteri untuk menghina saya," kata penasihat PKR malam ini dalam program ceramah penjelasan isu panas tersebut.Menjelaskan tindakannya berlindung di rumah duta Turki selama 36 jam mulai pagi Ahad (foto kanan), Anwar berkata beliau sebenarnya enggan berbuat demikian sehingga dipaksa selama beberapa jam oleh pemimpin-pemimpin PKR.

Tambahnya, beliau enggan berbuat demikian kerana bimbang dituduh "tidak bersama rakyat" dan "tidak berani menghadapi cabaran dan ujian."Mantan timbalan perdana menteri itu juga berkata dakwaan itu tidak menakutkannya kerana ia tidak berlaku.Beliau mengulangi kenyataannya semalam bahawa dakwaan jenayah itu muncul selepas pihak berkuasa dapat menghidu strateginya untuk mengumumkan akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil dan juga kemasukan empat ahli parlimen BN dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum itu beliau mengulangi lagi dakwaan awalnya di sidang media petang tadi, bahawa wujud penglibatan Najib bersama isterinya Rosmah Mansor dan pegawainya Khairil Anas Yusof dalam dakwaan pemuda yang membuat laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan.Beliau turut mengulangi laporan polisnya di Shah Alam (foto bawah) - mendakwa peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan terlibat dalam pemalsuan laporan kedua kes beliau ditumbuk oleh Tan Sri Rahim Noor pada 1998, ketua polis negara waktu itu.

Anwar mendakwa lagi, beliau mempunyai bukti Mohd Saiful berhubung dengan Musa dan Rosmah sebelum muncul dakwaan tersebut.Ucapannya selama hampir sejam itu diikuti pemaparan imej-imej individu-individu berpengaruh, termasuk Najib dan isterinya, yang disebutkan dalam ucapannya. Selain imej Abdul Gani, Musa, Khairil Anas dan Mohd Saiful, imej-imej demonstrasi Gerakan Reformasi 1998 dan perhimpunan Bersih tahun lalu turut ditayangkan di skrin besar di belakang Anwar.

Dalam program tersebut, kira-kira 10,000 penyokong Anwar hadir di Stadium Melawati di Shah Alam untuk mendengar sendiri ucapan tokoh pembangkang tersebut.Selain tayangan imej, turut dinaikkan kain pemidang besar, dianggarkan bersaiz 5 x 5 meter, di bahagian atas, belakang pentas utama.

Pemidang itu memaparkan imej mata lebam Anwar akibat dibelasah Rahim sedekad lalu dengan tulisan berhuruf besar "jangan biarkan ini berlaku lagi." Tiga pemidang berimej yang sama dalam saiz lebih kecil digantung di dalam stadium itu. Sebelum Anwar menyampaikan ucapannya pada 10.20 malam, program yang dipengerusikan oleh ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, dimulakan dengan ucapan dua naib presiden PKR - Sivarasa Rasiah dan Mohd Azmin Ali.

Sewaktu Anwar tiba, kira-kira jam 10 malam, mereka beramai-ramai berdiri bersama ribuan penyokong menyanyikan lagu Negaraku. Teriakan "reformasi" bergema di stadium itu sebanyak tiga - dimulakan dengan Anwar sendiri sebagai menandakan berakhirnya program tersebut menjelang 11.30 malam.

Barisan pemimpin utama pembangkang yang hadir di pentas termasuklah menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kerajaan negeri Ronnie Liu, speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Teng Chang Khim, timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali, setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim dan pengerusi PSM Dr Mohamad Nasir Hashim.

Program yang bermula jam 9.10 malam itu mula dihadiri orang ramai kira-kira setengah jam lebih awal.Selain risalah berita perkembangan terkini kes itu, turut diedarkan di situ poster program perhimpunan besar anjuran Protes pada Ahad ini di depan Amcorp Mall, Petaling Jaya bagi membantah kenaikan harga minyak.

Beberapa pemimpin negara semalam termasuk Najib menafikan pembabitan mereka dalam dakwaan ini.Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, yang bergambar dengan Mohd Saiful, hari ini menolak andaian kerajaan BN sengaja mengadakan konspirasi bagi membunuh karier politik Anwar.

Malaysiakini


ISU LI*AT : AHLI AKAR UMBI PAS TIDAK PERCAYA ANWAR TERLIBAT


Ahli-ahli akar umbi PAS yakin bahawa tuduhan yang Anwar Ibrahim meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan adalah tuduhan palsu yang dicipta oleh orang tertentu untuk menjatuhkan Anwar.

Kesemua mereka yakin, ada dalang disebalik laporan Polis yang dibuat oleh Saiful yang mendakwa Anwar meli*at beliau beberapa kali di mana kali terakhir ialah 26 Jun lalu.
Seorang aktivis PAS dari Ayer Molek, Ahmad Rafai Hasan, 36 berkata, sejak kes ini disiarkan oleh media beberapa hari lalu, beliau sedikitpun tidak percaya yang Anwar terlibat dengan kes jijik ini.

"Macamana saya nak percaya sedangkan kes 1998 lalu masih segar dalam ingatan di mana Anwar difitnah dan dizalimi".

"Hanya orang yang tidak siuman sahaja yang percaya Anwar terlibat, lebih-lebih lagi dalam keadaan BN gawat sekarang ini, sudah tentu saya syak ada orang tertentu yang mungkin terlibat merancang konspirasi ini" katanya dengan serius.

Abdullah Ahmad, 58 pula menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Anwar sanggup melakukan perkara terkutuk seperti itu.

"Semua orang kenal siapa Anwar yang pernah memimpin ABIM, malah beliau juga tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa skandal sebelum isu liwat 1998 dulu, macamana kita nak percaya, lainlah kalau memang dia ada rekod buruk dari segi akhlaq dan perangai, mungkin ada logiknya".

"Saya juga terasa macam ada tak sedap hati kerana kes ini seolah-olah mahu mengulangi kes lama yang mana Anwar akhirnya terpaksa meringkuk dalam penjara 6 tahun dan tak boleh aktif dalam politik dalam tempoh yang lama" ujar Abdullah Ahmad yang juga Ketua PAS Cawangan Taman Cempaka.

Sementara itu, Mohd Asri, 40 dari Masjid Tanah pula berpendapat, rakyat Malaysia sekarang ini sudah bijak untuk menilai mana yang betul dan yang salah. Mereka, katanya, sudah masak dengan penipuan, fitnah dan dakwaan palsu terhadap pemimpin pembangkang.
"Sejak kes li*at melibat Anwar 1998, rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati untuk mempercayai setiap tuduhan terhadap pemimpin pembangkang. Sebab itu rakyat tetap mengundi pembangkang pada Pilihanraya Umum lalu"

"Saya yakin majoriti rakyat Malaysia, mungkin juga 80-90 % rakyat tidak percaya Anwar terlibat kerana tuduhan ini memang tidak masuk akal lebih-lebih lagi, Anwar jelas tidak bersalah dalam kes liwat 1998, macamana saya dan orang lain nak percaya" tambah Asri dengan tegas.
Seorang lagi ahli PAS dari cawangan Ayer Keroh, Alzafir Mohd Nor, 22, yakin laporan Polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan minggu lepas adalah satu konspirasi pihak tertentu yang sudah kehabisan idea untuk menyekat kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat sekarang ini sudah hampir untuk memerintah, jadi pihak tertentu amat takut untuk kehilangan kuasa terutama pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai yang ada skandal dan kes. Sudah tentu mereka takut kalau BN tewas kes mereka akan dibicarakan, jadi tak ada cari lain Anwar mesti dihalang dari meneruskan perancangannya untuk memerintah Malaysia".

Saiful Bukhari Azlan bekas pembantu Anwar membuat laporan polis mendakwa telah diliwat oleh Anwar di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 6 petang 28 Jun lalu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59