Tuesday, 1 July 2008

Anwar siap buat laporan polis


kemaskini 3:29pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini bergelut dengan isu panas didakwa meliwat pembantunya, tiba untuk membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis kontinjen Selangor hari ini. Penasihat PKR sampai kira-kira jam 2.50 petang, diiringi peguamnya Sankara Nair.Laporan polis dipercayai berhubung dakwaan terhadap ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sebelum itu beberapa peguam dan pemimpin PKR tiba di IPK itu di Shah Alam - naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, bendahari parti William Leong dan ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Md Akin.Turut hadir, exco kerajaan Selangor dan juga ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu, Dr Xavier Jayakumar.

Kira-kira 30 orang penyokong Anwar berada di luar pintu masuk IPK. Mereka tidak dibenarkan masuk sehingga menimbulkan sedikit kekecohan dengan anggota polis untuk beberapa minit ketika ketibaan Anwar.Beberapa ahli-ahli parlimen PKR termasuk anaknya Nurul Izzah Anwar hadir di depan pintu masuk ibu pejabat polis tersebut. Mereka turut dihalang masuk.Anwar dan para penyokongnya meninggalkan bangunan itu jam 3.20 petang dan dijangka menuju ke ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Beliau dijadual mengadakan sidang media di situ.Menurut siaran media PKR pagi tadi, penasihat PKR juga menyeru para penyokongnya berkumpul di ibu pejabat parti itu tidak lama selepas laporan polis tersebut.Satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini.

Sementara itu tiada sidang media keluarga Mohd Saiful Bukhari Azlan - yang mendakwa penasihat PKR meliwatnya - seperti diura-urakan dalam kalangan media sebelumnya.

Polis semalam menghabiskan masa selama lima jam, menjalankan siasatan di sebuah kondominium di Desa Damansara, tempat yang didakwa berlaku perbuatan tersebut.

Malaysiakini


IKLAN KERJA KOSONG - PENGUSUNG TILAM


Pengusung Tilam Mahkamah Professional

Kelayakan : Minima Darjah 6

Pengalaman : Pernah bekerja mengusung tilam sekurang-kurangnya 1 bulan. Sesiapa yangpernah menjadi pengusung tilam untuk kes pertama dulu digalakkan memohon.

Skill : Boleh mengenalpasti tompok-tompok yang dicari supaya tidak terpegang takut tercemar. Boleh mengangkat tilam yang beratnya antara 30 - 50 kg

Lain-lain kelayakan :

Sanggup bekerja lebih masa untuk mengusung tilam dari satu tempat ke satu tempat yang sulit
Boleh menyimpan rahsiaBoleh menurut perintah tanpa banyak soal
Boleh bersubahat walaupun mungkin dakwaan palsu
Boleh melakukan apa juga kerja seperti mencalit tilam, mengotorkan tilam
Boleh menjadi Pak Sanggup untuk apa-apa juga kerja berkaitan tilam
Boleh menutup mata walaupun untuk kerja-kerja memfitnah
Tidak mengira DOSA dan PAHALA

Berminat sila hubungi Mahkamah berkenaan dan Pejabat Berkenaan.

Cepat sebelum terlambat. Urgently required.


ANWAR 'GENTLEMAN' KELUAR DARI KEDUTAAN TURKI


Keputusan Anwar untuk keluar dari Kedutaan Turki petang semalam merupakan suatu tindakan yang 'gentleman' yang disifatkan oleh ramai pihak sebagai betul dan tepat bagi menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah dan bersedia untuk mempertahankan maruahnya di Mahkamah dan siasatan Polis.

Namun bagi Anwar paling penting ialah keselamatannya beliau dan keluarganya terjamin dan bebas dari sebarang konspirasi jahat puak-puak tertentu. Oleh kerana ada jaminan dari 3 orang Menteri iaitu Hamid Albar, Rais Yatim dan Najib Razak beliau sanggup keluar dari Kedutaan Turki tersebut.

Anwar dilaporkan keluar pada jam 6.45 petang semalam dan membuat sidang media ringkas di depan kedutaan tersebut sebelum beredar dari situ.

Tindakan beliau ini dilihat mencerminkan kata-katanya bahawa sebagai pemimpin kita mesti berani menghadapi risiko. "Jangan jadi pemimpin kalau takut kepada risiko", "Kalau takut risiko jangan bicara soal perjuangan", itu lebih kurang kata-kita Anwar dalam membicarakan soal perjuangan.

Beliau mengotakan kata-katanya apabila terus berani membongkarkan kebejatan, kezaliman dan penyelewengan puak-puak terkutuk yang bergentayangan di dalam negara kita sekarang.

Mengikut kenyataan Anwar beberapa hari lalu, beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Peguam Negara, Gani Patail terlibat mereka-reka bukti terhadap tuduhan LI*AT Anwar dalam kes tahun 1998 dahulu.

Ada pihak membuat andaian bahawa kes LI*AT terbaru melibatkan Anwar ini ada kaitan dengan orang-orang tertentu yang takut rahsia mereka dibongkar oleh Anwar. Ada juga yang membuat telahan bahawa kes ini ditonjolkan untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat di mata Ahli Politik dan rakyat supaya mereka tidak menyokong hasrat Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan Pusat September ini seperti yang diwar-warkan oleh Anwar.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59