Saturday, 28 June 2008

ANWAR MUNGKIN DITANGKAP?


Anwar kemungkinan besar akan ditangkap dalam masa terdekat berikutan satu laporan Polis yang dibuat oleh bekas Pembantu Khasnya, Saiful Bahari, 23 tahun, laporan tersebut dibuat pada jam 6.00 petang tadi di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Muhammad Sabtu Osman mengesahkan bahawa laporan itu telah dibuat di Balai Polis tersebut.

Dilaporkan bahawa Anwar sedang membuat pertemuan dengan pemimpin PKR secara mengejut malam ini.

Pada jam 11.15 malam, PKR telah menghantar sms menyatakan bahawa Polis telah menahan Pembantu Khas Anwar, Saiful Bahari tengahari tadi dan menggesa beliau membuat laporan Polis, mendakwa bahawa beliau diliwat oleh Anwar.

Sementara itu Anwar dijangka akan memberikan komen dalam kenyataan akhbarnya esok.

Kenyataan akhbar itu akan diadakan selepas mesyuarat Anwar dan semua Ahli-ahli Parlimen PKR dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Sumber : Malaysiakini


DEBAT ANWAR-SHABERY : MENGAPA ALI RUSTAM YANG TAKUT


Rakyat Melaka berasa hairan mengapa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam begitu takut jika debat Anwar Ibrahim-Shabery Cheek menjadi kenyataan.

Apakah Mohd Ali takut kehebatan Anwar akan berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat yang akan menonton debat itu. Secara tidak langsung Ali Rustam juga memperkecilkan kemampuan Shabery untuk berdebat dengan Anwar.
Mohd Ali dalam kenyataannya kepada media hari ini menggesa Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kenaikan harga minyak yang dijadual disiarkan secara langsung di RTM1 pada 15 Julai depan.

Naib Presiden UMNO itu berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan.

``Ramai lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini.

``Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,'' katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Melaka di sini hari ini.


DEMO KENAIKAN HARGA MINYAK DI DATARAN PAHLAWAN MEGAL MALL


Jauhar dan seorang muslimat memegang banner yang dipamerkan pada demo tersebut.


Pelbagai kaum hadir memberi sokongan


Ketua Penerangan PAS Negeri, Sofi Wahab bersemangat menyampaikan pidato


Luahan kemarahan rakyat


Orang ramai yang hadir di himpunan tersebut

Hari ini satu lagi sejarah tercipta di bumi Melaka apabila Demontrasi Aman Membantah Kenaikan Harga Minyak bergema di pintu masuk Mega Mall Dataran Pahlawan Bandar Hilir Melaka. Kira - kira 300 orang berhimpun meluahkan protes ekoran kenaikan harga minyak yang melampau oleh Barisan Nasional. Himpunan ini menggabungkan pimpinan, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.
Ianya bermula pada jam 3.15 petang dan berakhir pada jam 3.50 petang setelah Polis mengarahkan ianya dihentikan.
Polis yang tiba dari awal berkumpul dikawasan demo sejak jam 2.00 petang lagi. Seperti demo-demo sebelum ini pihak Polis tidak membenarkan penganjur menggunakan 'hailer' ketika memberikan ucapan.Peserta demo meneriakkan reformasi, turun minyak, turun Pak Lah dan bertakbir meriuhkan suasana di hadapan Mega Mall tersebut. Ianya telah menarik ramai diantara pengunjung Mega Mall dan Mahkota Parade untuk bersama-sama menyertai demo tersebut.

Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Bin Md Dawi demontrasi aman ini sebagai satu kesinambungan demontrasi aman anjuran anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil minggu lepas. Beliau yang juga Bendahari Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil memberi amaran bahawa pemuda Dewan Pas Kawasan Bukit Katil akan mengerahkan seluruh akar umbi untuk bersama-sama dalam Himpunan 1 Juta Rakyat pada 6 Julai depan selagi kerajaan Barisan Nasional tidak mendengar suara rakyat untuk menurunkan harga minyak.
Ramai pemerhati menyifatkan demo hari ini berjaya kerana ianya mendapat sambutan yang baik dari para pengunjung kawasan tersebut serta juga pemandu-pemandu kenderaan yang lalu lalang di kawasan tersebut. Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang menyampaikan ucapan pada demo tersebut ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Melaka, Tan Seng Toh, Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Melaka, Yusof Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Pusat, Ginnie Lim dan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.

Demo turut disertai oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Harun Mohamed, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri Melaka, Hajah Sofiah Ahmad, pimpinan PKR dan PAS Bahagian dan Kawasan.Demo anjuran Pakatan Rakyat dan PROTES tersebut merupakan siri kelima demo yang dianjurkan oleh rakyat Melaka selepas di adakan di Pekan Masjid Tanah, Pekan Jasin, Melaka Sentral, Air Terjun Bukit Sebukor Bukit Baru.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59