Friday, 27 June 2008

BANYAKKAN PROGRAM ILMU UNTUK CELIKKAN RAKYAT


Bukit Katil : Program keilmuan seperti kuliah, tazkirah, kuliah subuh, ceramah dan forum mesti diperbanyakkan bagi mencelikkan rakyat supaya menerima kebenaran dan keadilan.

Hanya dengan program seumpama itulah sahaja rakyat akan mendapat ilmu Islam dan mudah menerima perjuangan PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat yang lain.

Menurut Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhwan Mohd Nor, kebanyakkan tempat yang dimenangi oleh PAS subur dengan program-program keagamaan dan rakyat di kawasan tersebut juga terdedah dengan maklumat.

"Lihat sahaja bagaimana kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar, Pakatan Rakyat memenanginya dengan majoriti yang besar dan diluar dugaan".

"Contohnya Parlimen Shah Alam dimenangi oleh PAS dengan majoriti selesa, Parlimen Kota Raja, calon PAS Dr Siti Mariah Mahmud menang lebih dari 20,000 undi majoriti" kata Ustaz Ridhwan.

Malah hampir semua kawasan Parlimen di Kuala Lumpur dimenangi oleh Pakatan Rakyat kecuali Setiawangsa.

"Terdapat satu peti undi di Subang di mana calon Pakatan Rakyat membolot kesemua 600 undi berbanding BN yang gagal mendapat walau satu undi pun. 600-0
Menurutnya kemenangan itu adalah disebabkan rakyat terdedah kepada maklumat dan juga berilmu".

"Cuba bandingkan dengan kawasan-kawasan pedalaman, contohnya Gua Musang dan Jeli di Kelantan yang terletak di Hulu Kelantan, kedua-dua Parlimen ini dimenangi BN sedangkan semua parlimen lain di Kelantan di menangi oleh PAS dan PKR" tambah beliau.

Mengimbas kembali bagaimana Pakatan Rakyat menang di Selangor, beliau menceritakan bagaimana hebatnya tekanan yang dikenakan kepada PAS.

"Surau-surau, masjid-masjid dikunci dan ditutup oleh JAIS, tidak boleh digunakan atas alasan yang tidak munasabah, Ustaz-ustaz yang memberikan kuliah dan tazkirah ditangkap".

"Namun ustaz-ustaz ini terus menyampaikan ilmu agama ini, kalau tak boleh di masjid, kita dibuat surau, tidak boleh disurau buat di markas, tak ada markas kita buat di rumah sahabat-sahabat" terang beliau bersungguh-sungguh.

Ustaz Ridhwan menyatakan demikian pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang diadakan di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil di sini, malam tadi.

Turut hadir pada program tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Bakrin Sidek, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik dan pimpinan PAS Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59