Thursday, 26 June 2008

DEMO DI DATARAN PAHLAWAN DEPAN MAHKOTA PARADE


Ramai yang bertanya tentang tempat sebenar Demo pada hari Sabtu ini. Ada yang menyatakan Dataran Pahlawan adalah di Ayer Keroh.

SEBENARNYA DATARAN PAHLAWAN ADALAH DI DEPAN MAHKOTA PARADE, BANDAR HILIR. JANGAN RAGU-RAGU LAGI. AJAK KAWAN RAMAI RAMAI SABTU, 28 JUN, 3.00 PTG, PINTU MASUK DATARAN PAHLAWAN.


LAWAK HARI INI : BELI FORKLIFT PAKAI GAS MEMASAK GANTI KERETA


LAWAK HARI INI

DPPBK mencadangkan kepada orang ramai supaya menukarkan kereta mereka dengan membeli Forklift yang menggunakan gas memasak sebagai bahanapinya. Ini merupakan salah satu langkah untuk menjimatkan belanja akibat kenaikan harga minyak.

Jadi kita semua boleh menggunakan Forklift untuk ke tempat kerja dan dapat jimatkan belanja. Malah kalau Forklift di tempat kerja kita rosak kita boleh pinjamkan Forklift kita pada majikan kita.

Selamat Mencuba idea baru ini.


PEMUDA BUKIT KATIL JADI SASARAN UMNO/BN DALAM SINAR HARIAN


Bertubi-tubi nama Dewan Pemuda Bukit Katil (DPPBK) di sebut oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN dalam Sinar Harian hari ini. Nampaknya mereka takut benar kepada DPPBK. Kalau mereka tidak takut sudah pasti mereka tidak menjawab persoalan atau kenyataan yang DPPBK buat.

Sejak Sinar Harian beroperasi 2 Jun lalu, sudah banyak kali berita-berita kegiatan PAS dan kenyataan akhbar pemimpin PAS negeri di siarkan oleh akhbar ini. Sehingga ada pemimpin dan penyokong Umno yang marah-marah kepada Sinar Harian. Pemimpin dan ahli Umno ini memang takut jika mereka diusik dan 'dijolok' terutama jika usikan dan 'jolokan' kita disiarkan oleh akhbar arus perdana.

Hari ini ADUN Gadek Ghafar Atan dan Pengerusi PPP Melaka Chiw Siang Chai pula membuat kenyataan menyangkal fakta yang DPPBK nyatakan dalam blog ini iaitu Pemimpin BN cakap ikut sedap mulut.

Memang benar pemimpin BN bercakap ikut sedap mulut sebab apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat mereka nafikan. Jadi jelaslah mereka bercakap tidak berdasarkan realiti sebenar dan tidak berdasarkan fakta.

DPPBK juga 'dihentam' kerana mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga minyak. Untuk pengetahuan pemimpin Umno sekalian, DPPBK amat prihatin kepada masalah rakyat bawahan yang semakin tertekan dan terhimpit untuk meneruskan kehidupan lantaran kenaikan harga minyak dan barangan.

DPPBK tidak seperti pemimpin BN yang tidak merasakan kesusahan rakyat kerana semua pemimpin Umno kaya raya mendapat laba dari projek dan gaji serta elaun masing-masing. Oleh sebab itulah menteri-menteri, exco dan YB-YB Umno tidak hairan walaupun sebanyak mana pun harga minyak dinaikkan. Dah lah road tax percuma, minyak percuma, kereta percuma gaji pun puluhan ribu....apa ada hal...........fikirlah kesusahan rakyat bawahan ini wahai YAB-YAB dan YB-YB.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59