Monday, 23 June 2008

INGIN LIHAT GAMBAR-GAMBAR DEMO 21 JUN DI AIR TERJUN BUKIT SEBUKOR SILA LAWATI BLOG BERIKUT



PEMUDA BUKIT KATIL KOMITED TERUSKAN SIRI DEMO BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK


Dewan Pemuda PAS Bukit Katil(DPPBK) komited untuk meneruskan siri demo membantah kenaikan harga minyak pada masa akan datang.

Bendahari DPPBK, Jauhar Md Dawi dalam kenyataanya petang ini menegaskan demo ini penting untuk diteruskan bagi memobilasikan suara rakyat agar bangkit menentang kezaliman kerajaan BN yang jelas zalim dan tidak berhati perut menaikkan harga minyak.

"Kami akan sentiasa menyokong dan menyertai semua demo yang akan dilangsungkan tidak kira siapa penganjurnya, 28 Jun dan 6 Julai ini kita akan turun habis-habisan dengan seramai mungkin ahli Pemuda Kawasan" ujar Jauhar bersungguh-sungguh.

Menurut Jauhar kerajaan BN hari ini memang bingung dan bebal sehingga mereka semacam kehilangan arah dalam isu ini.

"Hari ini mereka membentang usul tentang kenaikan harga minyak di Parlimen, sedangkan sepatutnya kerajaan membentangkannya sebelum mengumumkan kenaikan harga minyak".

"Apa punya kerajaan, mengapa dulu tak mau bentang hari ini baru nak bentang, takut ke, dah naikkan harga minyak baru nak bahas langkah dan cara menanganinya" tegas Jauhar.

Kerajaan BN hari ini membawa usul berhubung kenaikan harga minyak dan barangan serta langkah untuk menanganinya pada sidang Dewan Rakyat. Usul tersebut yang dibawa menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad bermula kira-kira 11.45 pagi, sebaik selesai sesi soal jawab.

Perdana menteri Datuk Seri Abdulllah Ahmad Badawi semalam dilaporkan berkata, perbincangan usul ini bakal mengambil masa panjang, maka kerajaan sedia membincangkannya sehari suntuk untuk memberikan kesempatan kepada wakil rakyat memahami isu itu.

Ketika posting ini ditulis, Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sedangkan membahaskan usul ini.


MESYUARAT AGONG PAS KAWASAN DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN


Bukit Katil : Mesyuarat Agong PAS Kawasan Bukit Katil yang berlangsung Sabtu lalu mendapat sambutan yang menggalakkan di mana kira-kira 100 perwakilan dan pemerhati hadir menjayakannya.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Mejar (B) Hj Jasme Tompang itu dilangsungkan di Pejabat PAS Kawasan di sini.

Dalam ucapannya, Jasme mengharapkan seluruh ahli-ahli PAS supaya sentiasa komited untuk

melaksanakan tanggungjawab memikul perjuangan Islam ini.

"Kita mesti terus melaksanakan apa juga arahan pimpinan lebih-lebih lagi kita sekarang berada dalam situasi kemenangan berbeza dengan sebelum ini,".

"Walaupun PAS tidak menang di Melaka, namun kita mesti bersedia untuk memerintah pada masa akan datang, malah jika sekiranya Anwar dapat menjadi Perdana Menteri dalam jangkamasa terdekat, kita semua sudah tentu menjadi anggota sebuah Pakatan Rakyat yang akan memerintah Malaysia" tambahnya.

"Maka sudah tentu kita sebagai ahli PAS mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada keraajaan baru ini" ujarnya lagi bersungguh-sungguh.

Turut hadir pada mesyuarat agong tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka merangkap YDP Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek; Timbalan YDP Hj Salim Tahir dan semua AJK PAS Kawasan.


MEMALUKAN !!!!


Blog mutaligat (http://mutaligat.blogspot.com/) melaporkan bahawa Stadium Hang Jebat yang satu ketika dahulu (ketika baru siap dibina) sangat dibanggakan oleh Ali Rustam, kini menjadi stadium yang terbiar tanpa diselenggarakan dengan baik.

Blog tersebut melaporkan bahawa tumbuhan tumbuh meliar tidak dipotong, tandas kotor, lumut 'bercambah' dibahagian bawah lantai tempat duduk penonton.

Mengapa terjadi sedemikian. Apakah pihak berwajib sudah tidak ada wang untuk menyelenggarakannya. Bina ada duit, selenggara tiada duit? Pelik tapi benar. Lebih malang lagi menurut sumber yang boleh dipercayai, stadium itu jarang digunakan. Jika ia jarang digunakan mengapa ia dibina. Bukankah Melaka sudah mempunyai Stadium Kubu (Hang Tuah) yang bersejarah itu.

Kita harap pihak berwajib segera memperbaiki kelemahan ini......jangan nanti Stadium ini jadi kandang kambing dan tempat melepak mat-mat gian....

Sila layari http://mutaligat.blogspot.com/ untuk melihat gambar-gambar secara dekat.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59