Sunday, 15 June 2008

PASUKAN PASTI BUKIT KATIL JUARA BOLASEPAK DAN TEMPAT KETIGA BOLAJARING


Jasin : Pasukan Bolasepak PASTI Kawasan Bukit Katil berjaya menjuarai pertandingan Bolasepak PASTI Negeri pada kejohanan Pesta Sukan Tahunan PASTI Negeri di Dataran Hamas di sini awal petang ini. Manakala pasukan bolajaring pula memenangi tempat ketiga.

Pasukan Bolasepak telah menewaskan PASTI Kota Melaka 3-0 pada perlawanan akhir yang agak sengit.

Bagi acara Bolajaring, PASTI Alor Gajah dinobatkan sebagai Juara dan PASTI Masjid Tanah sebagai Naib Johan.

Lebih manis lagi, Ahmad Syakirin Khalid pemain bolasepak PASTI Bukit Katil juga diumumkan sebagai pemain terbaik kejohanan manakala Ahmad Azli dari PASTI Tangga Batu dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah di sampaikan oleh Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ketua DPPN Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim dan Pengarah PASTI Pusat, Azrin Abdul Majid.


MUSLIMAT MESTI BERANI DAN BERILMU


Muslimat mesti tampil menonjolkan diri ditengah masyarakatAhli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmood menegaskan bahawa muslimat PAS mesti berani dan bersedia untuk menjadi aktivis masyarakat agar mereka dilihat mampu menjadi pemimpin.

“Sebagai ahli muslimat kita mestilah sentiasa bersedia memikul tanggungjawab dan amanah samada di dalam parti maupun di dalam institusi masyarakat”.

“Oleh itu kita mesti berani dan sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan organisasi, kepimpinan dan sebagainya sebagai persediaan untuk memikulkan amanah tersebut”katanya.yang juga merupakan AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat.

Menurutnya muslimat PAS telah membuktikan bahawa mereka mampu menjadi pemimpin parti dan masyarakat seperti yang dibuktikan sebelum ini apabila tiga orang pemimpinnya dipilih menjadi Ahli Parlimen PAS dan dua orang Exco kerajaan negeri di Kedah dan Kelantan.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) kali ke-39 di INB Resort di sini Sabtu lalu.

Untuk itu, tegasnya, DMPNM mesti menyediakan calon bagi bertanding mewakili PAS pada pilihanraya umum akan datang.“Kita tidak mahu nanti apabila sampai masanya muslimat tidak ada calon yang bersedia dan berkemampuan untuk memikul amanah yang besar itu” tegasnya.

Mesyuarat Agung tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah; Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab; Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Dr Khatijah Jumangat; Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Asyraf Minghat dan pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan-Kawasan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59