Wednesday, 4 June 2008

SHAHRIR CAKAP BERBELIT-BELIT UNTUK NAIKKAN HARGA MINYAK


Nampaknya rakyat Malaysia memang tiada pilihan lain selain terpaksa menghadapi bala kenaikan harga minyak gara-gara memilih kerajaan BN pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap harga barangan, Shahrir Samad setiap hari mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit untuk membelit rakyat.

Semalam Shahrir berkata tiada kawalan harga akan dikenakan ke atas petrol dan diesel dengan pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api itu Ogos ini. Beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan dua mekanisme subsidi bahan api iaitu "pendapatan tunai" dan penetapan kuota.

Menurutnya, dengan cara itu, harga bahan api di Malaysia akan mencerminkan harga pasaran global, demikain menurut laporan Bernama.

"Ia bergantung kepada harga pasaran global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia Pertama 2008 di Kuala Lumpur semalam.

"Kita sedang menuju ke arah inflasi yang memerlukan keseluruhan sistem subsidi diubah, dan ini akan dilakukan menjelang Ogos. Tetapi apa yang akan berlaku esok adalah suatu langkah ke arah itu. "Kita akan melakukannya secara beransur-ansur kerana satu sistem subsidi sepenuhnya tidak boleh dilaksanakan serta merta sekarang.

"Esok harus dilihat dan dianggap sebagai sebahagian daripada perubahan keseluruhan itu," katanya."Kita tidak boleh naikkan harga tanpa memberikan suatu bentuk subsidi kepada rakyat Malaysia. Kita sedang memikirkan untuk menaikkan harga runcit dalam pasaran. Pada masa yang sama, kita perlu menghentikan penyeludupan dan penyalahgunaan yang berlaku," katanya.

Shahrir berkata kerajaan menjangka untuk menaikkan subisidinya ke atas komoditi itu hingga di antara RM55 bilion dengan RM56 bilion tahun ini, bergantung kepada harga minyak dunia. "Harga minyak terus meningkat, jadi peruntukan subsidi juga terus bertambah," katanya.


3 TAHUN BARU DAPAT SAGUHATI. ADAKAH KERAJAAN BN PRIHATIN?


Pada 3 Ogos 2005 lalu kerajaan negeri telah merobohkan Bangunan Bazar MARA jalan Laksamana di dalam Bandaraya Melaka Bersejarah. Perobohan bangunan itu melibatkan 22 perniaga Melayu yang telah lama berniaga di kawasan yang amat strategik itu.

Tujuan perobohan itu adalah untuk dijadikan kawasan lapang sebagai salah satu tempat untuk pengunjung ke sungai Melaka. (Selain itu kawasan lapang itu juga dijadikan parking untuk pengunjung gereja berdekatan.)

Namun nampaknya kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam amat berbangga dengan perobohan kawasan perniagaan melayu ini.Terbaru di dalam blognya Ali Rustam mendakwa peniaga-peniaga di kawasan tersebut bersetuju dengan perobohan itu tanpa sebarang bantahan.

Ali Rustam seolah-olah berbangga kerana berjaya merobohkan kawasan perniagaan melayu di tengah-tengah bandar ini.Peniaga-peniaga tersebut hanya di bayar RM5,000 seorang, itupun setelah hampir 3 tahun kedai mereka dirobohkan.

Sebelum itu mereka hanya dibayar RM1,000 seorang.Dengan perobohan tersebut maka kawasan perniagaan Orang Melayu di Bandaraya Melaka semakin mengecil. Namun Ali Rustam gembira dengan pengecilan saiz kawasan perniagaan Melayu ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59