Tuesday, 27 May 2008

ADUN DAP LEBIH FAHAM ISLAM DARI IMAM HADHARI?


ADUN DAP Kampung Tungku Lau Weng Sang nampaknya lebih faham Islam dari Imam Hadhari dalam bab kebebasan dan keadilan.

Dalam hujahnya ketika membentang usul tergempar mengkritik ISA, YB Lau berkata ISA jelas bertentangan dengan ajaran agama. Misalannya, ia bercanggahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkan dalam al-Quran, iaitu ayat 58 surah an-Nisa', ayat 15 surah as-Syura dan ayat 90 surah an-Nahl.

Apa yang jelas, penahanan seseorang tanpa perbicaraan merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang patut dikutuk dan dikritik sekeras-kerasnya, khususnya dalam kes ini di mana seorang wakil rakyat telah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat.

Lau berkata demikian ketika membentang usul tersebut yang berbunyi "Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Yang Berhormat Tuan M Manoharan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah serta pemimpin-pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu) dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ini."

Dari hujah-hujah beliau diatas jelas beliau lebih memahami Islam dalam bab keadilan dan kebebasan berbanding Imam Besar Islam Hadhari, Pak Lah Badawi yang masih mengekalkan ISA yang tidak bertamadun.

Kita hairan bagaimana seorang yang mengaku hebat dan faham Islam masih mahu mengekalkan ISA yang jelas bertentangan dengan Islam.

MALULAH SIKIT KEPADA YB LAU WENG SAN YANG BELUM ISLAM TETAPI LEBIH MEMAHAMI KEADILAN DAN KEBEBASAN DALAM ISLAM.


ISU PULAU BATU PUTIH : BN SANGGUP GADAIKAN MARUAH NEGARA


Penolakan usul tergempar PAS tentang isu Pulau Batu Putih ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat. Malah tidak ada seorang pun Ahli Parlimen BN yang menyokong usul ini supaya dibahaskan.Itulah rupa sebenar Ahli Parlimen BN yang langsung merasa apa-apa dengan 'kehilangan' Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura.

Mereka tindak hairan jika negara tergadai sekalipun asalkan mereka dapat memuaskan perut dan 'bawah perut' mereka. Sebab itulah bila Imam Hadhari 'menggadaikan' Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) kepada Singapura tidak seorang pun pemimpin Umno dan BN yang menentang hasrat 'kurang siuman' Imam Hadhari tersebut.

Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme boleh menilai dan menghakimi sendiri sikap dan gelagat Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ketika usul mengenai kehilangan Pulau Batu Puteh dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini."Ketika saya menggunakan peraturan yang memerlukan sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bangun beramai-ramai sebagai tanda sokongan.

"Malangnya, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), khususnya yang mewakili Umno Johor, enggan bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan. Hebat Umno Johor."Saya sangat kagum dengan semangat patriotisme mereka sehingga enggan menyokong supaya isu kehilangan Pulau Batu Puteh dibincangkan!" kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang membentangkan usul tersebut.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59