Saturday, 24 May 2008

PADI ALI RUSTAM KELUARKAN HASIL 2 KALI DALAM MASA 4 TAHUN


Ali Rustam dalam blognya memberitahu sekelian rakyat Melaka bahawa kerajaan negeri berusahan untuk menambahkan pengeluaran beras.

Kerajaan negeri Melaka telah mengambil langkah-langkah awal sejak 4 tahun yang lepas iaitu langkah pertama dengan menubuhkan Syarikat Padi Melaka Sdn Bhd.

Syarikat ini diberi tugas untuk menyewa tanah penduduk yang tidak diusahakan dengan kadar bermula pada RM500 setahun. Sehingga kini syarikat telah 2 kali melakukan pengeluaran yang melibatkan 73.6 hektar di mukim Bukit Lintang, Semabuk dan Padang Temu.

Begitulah bangganya Ali Rustam menunjuk-nunjuk kepada kita kononnya Melaka telah lama mengorak langkah untuk menghadapi krisis kekurangan beras ini.

Malangnya Ali Rustam hanya memperbodohkan dirinya sendiri kerana padi yang 'ditanam'nya mengeluarkan hasil 2 kali dalam masa 4 tahun. Padi apa agaknya yang ditanam oleh Syarikat Padi Ali Rustam ini. Kalau nak diharapkan kepada syarikat ini untuk membekalkan beras kepada rakyat Melaka alamat kebulurlah kita semua.

Di Thailand padi mereka boleh mengeluarkan hasil 3 kali setahun tetapi padi Ali Rustam 'lagi hebat' iaitu 2 kali dalam masa 4 tahun.


GANI PATAIL JAGUH KAMPUNG


Keputusan ICJ yang memberikan hak kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura membuktikan kegagalan Gani Patail, Peguam Negara yang mewakili Malaysia dalam perbicaraan tersebut.Menurut pemerhati, hujah Malaysia amat lemah berbanding dengan Singapura.

Malah 'team' Malaysia kelihatan tidak melaksana 'homework' yang secukupnya bagi menghadapi hujah dan fakta yang dikemukakan oleh Singapura.Kegagalan Malaysia dalam isu yang sangat penting ini mencerminkan kelemahan Peguam Negara ini.

Maka kami rakyat Malaysia mendesak Perdana Menteri melantik individu-individu lain yang lebih berwibawa dan cerdik bagi menggantikan Gani Patail yang layak di panggil Jaguh Kampung.

Peguam negara hanya layak berhadapan dengan Halim-hakim tempatan sahaja kerana hakim-hakim itu sendiri ramai yang takut kepada Gani.

Jika Perdana Menteri gagal memecat Gani, rakyat Malaysia mahukan Gani sendiri meletakkan jawatan kerana maruah kamu telah tercalar dan imej kamu begitu buruk di mata rakyat.


ANWAR ULANGI LAGI, PAKATAN RAKYAT AKAN BENTUK KERAJAAN


Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengulangi sekali lagi bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan membentuk kerajaan baru kerana bilangan ahli parlimen BN yang akan sertai PR sudah lebih dari mencukupi.

Bercakap pada majlis makan malam anjuran PKR di Kuching malam tadi, Anwar berkata banyak perkara yang membuatkan ahli parlimen BN tidak berpuashati dan akan menyertai PR.

Malaysia, kata Anwar terus ketinggalan dari negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam dari segi ekonomi dan politik.

Sementara bercakap dalam majlis yang sama, Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Dr Jeffry Kitingan berkata sebilangan ahli parlimen BN akan menyertai PR pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan. Ia akan diikuti oleh Ahli Parlimen dari Semenanjung dan akhir sekali ahli parlimen dari Sarawak.

Anwar telah berulang kali mendakwa bahawa PR akan membentuk kerajaan pusat selewat-lewatnya 16 September depan.

PR telah membentuk kerajaan di 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan serta juga menguasai kesemua kerusi Parlimen di Kuala Lumpur kecuali Setia Wangsa pada PRU 12 8 Mac lalu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59