Friday, 23 May 2008

BN GAGAL TUNAIKAN JANJI SELEPAS 50 TAHUN. PR BARU PERINTAH KURANG 100 HARI BERILAH PELUANG UNTUK MEREKA TUNAIKAN JANJI


Janji-janji Pakatan Rakyat dalam manifesto pilihan raya umum lalu memang menarik perhatian umum terutamanya para pemimpin BN. Daripada konsep negara kebajikan sehinggalah janji menurunkan harga minyak; janji-janji itu memang meletakkan BN dalam keadaan sukar.
PAS dan KeADILan di beberapa negeri seperti Selangor memberikan tawaran tambahan buat rakyat selain manifesto parti dan tawaran lima perkara di peringkat nasional.

Tawaran-tawaran tambahan Pakatan Rakyat di peringkat negerilah yang banyak menjadi sasaran politik BN.

Sebab itu sekarang BN menggunakan senjata medianya untuk mengelirukan rakyat kononnya PR gagal menunaikan janji mereka di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan. Saban hari 'lagu' ini dimainkan di dalam media cetak dan elektronik.

Sedangkan kerajaan PR baru berumur tidak sampai 100 hari.(Dari tarikh angkat sumpah). Berilah mereka peluang.

BN muncul dengan manifesto pilihan raya bertemakan "Selamat, Aman, Makmur". Bagaimanapun manifesto BN itu tidak menarik perhatian sebahagian rakyat kerana ia adalah pengulangan janji-janji BN yang tidak tertunai sejak 4 hingga 53 tahun lalu.

Oleh kerana itulah, sejak hari pertama Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di lima buah negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; para pemimpin BN khususnya Umno beriya-iya mahukan segala janji dalam manifesto Pakatan Rakyat ditunaikan. Antara tujuannya adalah untuk memberitahu rakyat bahawa bukan sekadar BN, malah Pakatan Rakyat pun gagal melaksanakan janji-janji pilihan raya mereka.

Mereka tidak peduli sama ada Pakatan Rakyat baru sehari, seminggu, sebulan ataupun 90 hari menerajui negeri berbanding setengah abad pemerintahan BN. Apa yang penting janji-janji itu perlu dilaksanakan segera, tanpa lengah dan tanpa mempedulikan apa saja termasuk perjanjian, peraturan dan undang-undang yang mereka gubal sendiri ketika mentadbir negeri.

Sikap kebudak-budakan ini tidaklah sukar untuk difahami. BN khususnya Umno belum lagi reda dengan kejutan tsunami politik yang melanda. Rasa malu dan getir kehilangan kuasa tidak mudah reda. Umno sendiri terumbang-ambing dengan kemelut politik dalaman yang tidak kesudahan.

Sehubungan itu, apa juga isu yang ada walau sekecil mana cuba dieksploitasi untuk mengalihkan perhatian umum terhadap masalah yang mereka hadapi.

Bagi para penyokong dan aktivis Pakatan Rakyat, janganlah pula menari mengikut gendang yang dipukul Umno dan BN. Ingatlah, empat daripada lima negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat masih lagi bertatih mengukuh tapak. Realitinya, semua kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat berjaya mengharungi mehnah besar sepanjang 60 hari pentadbirannya.

Kelicinan proses transmisi pentadbiran empat negeri terbabit perlu mendapat pujian. Itu lebih utama daripada janji-janji manifesto yang sebenarnya boleh dan mampu dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tempoh lima tahun pentadbiran.

Belum melaksanakan sebahagian kandungan manifesto ekoran kekangan undang-undang, birokrasi pentadbiran, ketiadaan peruntukan tahunan dan sebagainya bukan bererti memungkiri janji.

Masa yang cukup diperlukan untuk merealisasikan janji-janji manifesto itu. Pengubahsuaian yang dilakukan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor dalam pelaksanaan janji-janji manifestonya dibuat berdasarkan realiti dan keadaan semasa.

Langkah ini bukan bermakna Pakatan Rakyat memungkiri janji tetapi lebih mengamalkan kaedah usul fiqh - "jika tidak dapat semua, jangan tinggal semua".

Banyak 'sampah sarap' yang ditinggalkan bekas pentadbiran BN negeri perlu dibersihkan sebelum janji-janji manifesto dilaksanakan.

Ambil sahaja contoh perjanjian bekalan air yang ditandatangani kerajaan negeri dan syarikat terbabit sehari sebelum pilihan raya umum; dan kering kontangnya peruntukan RM500,000 bagi setiap Adun BN untuk belanja pembangunan bagi tempoh setahun, tetapi dihabiskan dalam masa dua bulan!

Ini tidak termasuk sikap murah hati bekas pemimpin badan kebajikan isteri wakil rakyat Selangor (Balkis) yang mendermakan hampir RM10 juta wang derma agensi kerajaan negeri kepada persatuan kebajikan isteri menteri kabinet!

Kita yakin dalam tempoh lima tahun pentadbirannya, kerajaan Pakatan Rakyat mampu melaksanakan janji-janji pilihan rayanya.

Dan antara janji-janji manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat Selangor yang tidak langsung disentuh BN adalah:
* memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah* menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri* menghentikan projek-projek membazir dan rugi* memastikan ketelusan pentadbiran negeri* menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan* melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan.

Janji-janji pilihan raya di atas lebih utama dilaksanakan sekarang berbanding tawaran-tawaran kebendaan untuk rakyat (yang boleh dilaksanakan secara berperingkat) kerana ia akan menjadikan pemimpin-pemimpin Umno negeri seperti 'cacing-cacing kepanasan'.


PELACURAN DIGALAKKAN, PENGAJIAN AGAMA DIPANTAU


Pelacuran semakin berleluasa masjid semakin lengang. Itulah realiti yang dihadapi oleh umat Islam di Melaka.

Apa tidaknya semalam sebuah media mendedahkan bagaimana kegiatan pelacuran yang bermula sejak tahun 70-an masih gagal dibenteras oleh pihak berwajib di negeri Melaka ini. Malah dari sehari ke hari ianya bertambah.

Sekurang-kurangnya 8 hotel murah disekitar Jalan Bunga Raya, Jalan Jalan Kee Ann, Jalan Munshi Abdullah dan Kampung Jawa terus menjadi syurga pelaku-pelaku maksiat. Mengapa perkara ini dibiarkan oleh kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan JAIM dan lain-lain.

Pada masa yang sama kerajaan negeri dan JAIM begitu serius memantau masjid dan surau agar tidak menjalankan ceramah-ceramah agama yang dikatakan bersifat politik. Akibatnya masjid semakin sepi dan layu. Inilah sikap double standard kerajaan negeri dan JAIM.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab di dalam Blognya menggesa kerajaan negeri, JAIM, TNB dan PAM mengambil langkah-langkah drastik untuk mencegah penularan kegiatan maksiat ini.

KENYATAAN BELIAU DIPETIK DARI BLOGNYA mutaligat.blogspot.com :-

MBMB sebagai sebuah kerajaan tempatan semestinya berkuasa untuk menamatkan lesen sesebuah premis yang melanggar peraturan. Atau apakah MBMB memberi lesen untuk hotel menjalankan kegiatan pelacuran???

Begitu juga dengan Kerajaan Negeri, adakah Ketua Menteri dan Exco-exco takut untuk bertindak. Bukankah kerajaan negeri boleh meminta jasabaik TNB dan anak syarikatnya Perbadanan Air Melaka (PAM) memotong bekalan elektrik dan air ke premis-premis 'celaka' tersebut.

KERAJAAN NEGERI, MBMB, TNB DAN PAM MESTILAH MENGAMBIL TINDAKAN SERTA MERTA KE ATAS SEMUA HOTEL YANG MENJALANKAN KEGIATAN PELACURAN TERSEBUT. HANYA TINDAKAN DRASTIK SEPERTI MEMBATALKAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN, MEMOTONG BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK SERTA MENYAMAN PIHAK-PIHAK YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG MUNGKIN DAPAT MENYEDARKAN MEREKA.

JANGAN KITA MENGUNDANG BALA ALLAH DI ATAS MAKSIAT YANG DILAKUKAN DI DALAM NEGERI KITA.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59