Friday, 16 May 2008

NAZRI ARIFFIN DILANTIK PEMANGKU KETUA DPPK BUKIT KATIL


Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazri Ariffin dilantik sebagai Pemangku Ketua DPPBK yang baru menggantikan Ketua sebelum ini, Sofi Wahab yang melepaskan jawatannya atas faktor usia.

Nazri yang berpengalaman luas dalam Dewan Pemuda menjelaskan bahawa beliau bukanlah orang terbaik untuk menggalas amanah besar tersebut namun atas dasar amanah dan perjuangan Islam beliau menerimanya dengan berat hati.

"Saya mengharapkan sahabat-sahabat AJK DPPBK dapat membantu saya menggerakkan program kepemudaan demi untuk memastikan anak-anak muda menyokong dan simpati kepada perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS" katanya.

Sementara itu Jauhar Dawi pula dilantik sebagai Pemangku Bendahari DPPBK menggantikan Hj Hishamuddin Ismail yang keuzuran sejak Februari lalu.


MELAKA PERLUKAN PEMBANGKANG MELAYU DAN ISLAM


Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazri Ariffin berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka memerlukan pembangkang melayu dan Islam bagi membawa suara umat Islam di dalam DUN Melaka.

Menurutnya, tanpa pembangkang Islam isu-isu berkaitan agama Islam susah hendak diketengahkan oleh ADUN yang bukan beragama Islam.

"Nak harap pada wakil Umno, jauh panggang dari api, sebab mereka semuanya bersikap 'yes man' tukang angguk saja."

"Sudah lebih 50 tahun merdeka, Melaka belum pernah mempunyai pembangkang Islam, sebab itu isu-isu tentang kedaulatan dan kepentingan Islam tidak dibawa ke DUN" kata Nazri yang juga merupakan Penolong Setiausaha PAS Kawasan.

Beliau juga menjelaskan bahawa isu-isu penyelewengan dan bangsa Melayu boleh dibahaskan di DUN melalui wakil-wakil DAP dan ianya tidak menjadi masalah kerana selama inipun wakil-wakil rakyat DAP memang sentiasa bersedia untuk bertemu kita.

Tetapi bila mereka cuba mengutarakan isu berkaitan agama, mereka dihentam dan dicaci oleh Ketua Menteri dan wakil rakyat Umno kerana menurutnya DAP tiada untuk bercakap atas isu agama Islam.

Menurutnya lagi, banyak isu-isu agama seperti isu tanah wakaf dijual, isu wang zakat dan sebagainya masih tidak mendapat penjelasan dari kerajaan negeri.


SAMY VELLU SEORANG DIKTATOR


Presiden MIC yang tidak malu dan bersifat muka tembok (walaupun kalah pilihanraya lepas) terus menunjukkan kuasanya apabila mencadangkan seorang Ketua Bahagian MIC dipecat. Kesalahannya ialah mengkritik Samy Vellu.

Jelas sekali Samy memang seorang diktator yang tidak boleh dikritik. Semua yang dibuatnya betul belaka. Semua keputusannya pantang disanggah. Kalau disanggah alamat seseorang itu 'pendek umur'.

Sumber-sumber memberitahu akhbar internet Malaysiakini, bahawa CWC (Jawatankuasa Pusat MIC) sedang menimbang untuk memecat ketua bahagianKlang, Alex Thiagarasan semalam kerana membuat komen pedas terhadap Saamy yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times.

Alex telah menggelar Samy sebagai seorang "diktator, hakim, juri dan pelaksana hukuman" dan menyalahkan presiden MIC itu di atas masalah yang wujud dalam parti itu.

Cadangan Samy untuk memecat Alex dibantah oleh naib presiden MIC Tan Sri KS Nijhar dan sebahagian CWC.

Semasa mesyuarat MIC masih berlangsung semalam Nijhar kelihatan meninggalkan bilik mesyuarat dalam keadaan tergesa-gesa dan enggan bercakap dengan pemberita.

Beliau kedengaran menjerit: "Mana boleh anda pecat orang itu? Mengapa anda begitu kejam?"

Dalam sidang akhbar tersebut, Samy enggan mengulas perkara tersebut dan sebaliknya meminta wartawan bertanya sendiri kepada Nijhar mengenai perkara tersebut.

Itulah Samy Vellu pemimpin yang perangai lebih kurang sama sahaja dengan Imam Hadhari yang masih perasan anak buah masih menyokong mereka. Bongkak, ego, tak sedar diri dan perasan menjadi 'pakaian' mereka.


SELAMAT HARI GURU


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh guru-guru di Malaysia.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mendoakan semua guru-guru mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Kepada guru-guru yang telah meninggalkan kita, Dewan Pemuda PAS Kawasan mendoakan agar roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para anbia, syuhada dan muttaqin.

Jasry Jaafar
Setiausaha DPPBK


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59