Wednesday, 14 May 2008

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT MESTI DIBENTUK DISETIAP UPU


sAJK Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ahmad Rafa'i Hassan mencadangkan semua Unit Peti Undi di Melaka mempunyai Pusat Khidmat Masyarakat untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.

Rafa'i dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa, PAS Melaka mesti memulakan tugas berkhidmat kepada masyarakat sebagai satu cara untuk mendekati masyarakat agar semua rakyat sedar bahawa PAS keujudan PAS sangat diperlukan.

"Ada banyak khidmat dan amal yang boleh diberikan kepada masyarakat, contohnya pembayaran bil, kendarat, pasukan unit amal, kelas memasak, tuisyen, khidmat kaunseling dan sebagainya"

"PAS di semua UPU seluruh negeri mesti berusaha untuk menubuhkan Pusat Khidmat tersebut bermula dari sekarang. Mungkin di peringkat permulaan UPU boleh mencari dana, mengenalpasti tempat dan petugas, selepas setahun baru boleh tubuh, yang penting perancangan dan gerakerja mesti dimulakan" tegas Rafa'i.

Beliau berkata mana-mana cawangan dan UPU yang telah mempunyai pejabat yang strategik mungkin tiada masalah untuk menubuhkannya. Apa yang penting mereka perlu mencari petugas.

Menurut Rafa'i PAS Kawasan mesti menjadikan usaha menubuhkan Pusat Khidmat di setiap UPU sebagai KPI (Key Performance Indicator) kepada setiap MTD agar ianya menjadi kenyataan.

MTD pula menurutnya, mesti merangka pelan tindakan dari segi prasarana, kewangan, modal insan dan sebagainya.


CUBA TUTUP ISU LINGAM, USUL DITOLAK


Kerajaan di hujung tanduk BN terus mengamalkan sifat buruk cuba menutup isu Video Lingam kerana bimbang akan menjejaskan orang tertentu yang masih menjadi pengampu pemimpin sekarang.

Hari ini usul tergempar mengenai isu ini ditolak di parlimen. Usul itu dibentang oleh Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Usul Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membahaskan laporan siasatan suruhanjaya diraja - yang telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan belum didedahkan kepada umum - ditolak di peringkat dalam kamar yang dipetua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Keputusan yang dipertua Dewan Rakyat untuk menolak usul tergempar tersebut amat mengecewakan," kata presiden PKR, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, dalam satu kenyataan hari ini.

"Malah alasan yang dikemukakan jelas memperlihatkan percubaan kerajaan Barisan Nasional untuk menutup perkara yang berkepentingan umum ini dibahaskan dalam Parlimen.

"Tambahnya, usul tersebut perlu dibahaskan segera memandangkan jemaah menteri akan memutuskan sama ada laporan tersebut akan didedahkan atau sebaliknya kepada pengetahuan umum Jumaat ini.

Menurutnya lagi, Pandikar Amin memaklumkan bahawa penolakan usul tersebut menurut peraturan mesyuarat 18(5) yang menyebut "tidak lebih daripada satu usul boleh dibawa pada satu hari persidangan mesyuarat".

Wan Azizah berkata, yang dipertua memaklumkan bahawa terdapat satu usul lain daripada ahli parlimen Ipoh Barat akan dibahaskan hari ini.

"Kami berpendirian bahawa, sekiranya kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh ingin memulihkan integriti sistem kehakiman negara,... yang dipertua sewajarnya menangguhkan usul yang penting itu kepada keesokan hari, dan bukannya ditolak mentah-mentah dalam kamar," katanya lagi.

"Perbahasan usul tersebut dalam Dewan Rakyat penting bagi memulihkan kembali keyakinan umum terhadap badan kehakiman negara yang begitu teruk tercemar seperti mana didedahkan dalam video Lingam."


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59