Tuesday, 13 May 2008

KETUA PENERANGAN PAS MELAKA LANCAR BLOGNYA SENDIRI


JEMPUT KE BLOG BELIAU DI ALAMAT mutaligat.blogspot.com.

MENURUTNYA BLOG TERSEBUT AKAN MEMAPARKAN PANDANGAN BELIAU TERHADAP APA JUGA ISU SEMASA TEMPATAN, DALAM DAN LUAR NEGERI.

BELIAU JUGA MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN, CADANGAN, ARTIKEL DAN BERITA YANG BOLEH DIMUATKAN DI DALAM BLOG ITU. SILA EMAILKAN KEPADA kpnmelaka@gmail.com UNTUK PERHUBUNGAN.


TAJOL ROSLI KURANG CERDIK


Sabtu lepas Ketua Pembangkang DUN Perak, Tajol Rosli Ghazali yang juga merupakan Menteri Besar yang ‘diterajang’ oleh rakyat Perak membuat pengumuman bahawa beliau tidak takut meletak jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu kerana beliau yakin boleh menang semula kerusi itu untuk membuktikan bahawa Barisan Nasional masih berkuasa di Perak.

Mungkin kerana marah atau ingin menunjukkan kejantanannya Tajol terlupa bahawa jika beliau meletakkan jawatan ADUN maka beliau tidak boleh bertanding Pilihanraya selama 6 tahun.

Sedarkah beliau akan undang-undang ini.? Beranikah beliau melepaskan jawatannya yang amat disayanginya itu. Sedangkan beliau sendiri sebelum ini tidak dapat menerima kekalahan dalam PRU 12 sehingga beliau cuba memujuk PAS untuk bergabung membentuk kerajaan negeri.

Jelas sekali Tajol kurang cerdik, patutlah Umno BN Perak pimpinannya 'diterajang' oleh orang Perak.

Selepas PRU lepas jelas sekali Tajol 'gila talak' untuk berkuasa semula. Pelbagai cara dan orang perantaraan digunakan untuk memujuk PAS menerima pelawaan membentuk kerajaan campuran.

Jelas sekali bahawa pemimpin Umno sehingga sekarang masih bermimpi dan mengingau dengan kekalahan ngeri mereka tempohari sehingga kata-kata dan kenyataan mereka sering tersasar dan mengelirukan.

Mungkin mereka masih terasa bahawa mereka masih memerintah di negeri-negeri yang ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Kepada Tajol Rosli kita harapkan beliau mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatan. Ini kerana perletakkan jawatannya itu memang sesuai pada masanya agar beliau bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk BN di Perak. Jangan beliau meneladani sikap Imam Hadhari yang masih sayang kepada kuasanya sehingga mukanya menjadi ’muka tembok’ terus memegang jawatan Perdana Menteri sedangkan kekalahan BN di lima negeri dan Kuala Lumpur adalah disebabkan kelemahan dan kedunguan beliau yang gagal memerintah negara.


JANGAN JADI ’YES MAN’ DAN PAK ANGGUK


BAGI saya, apa yang benar dan baik saya akan sokong tidak kira dari pihak mana, begitu juga yang salah, saya akan kritik tidak kira dari pihak mana.

Saya amat menentang prinsip "Satu Kapal" iaitu menilai isu mengikut kepentingan "kapal" yang saya naiki.

Saya suka mencontohi sikap Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang mengkritik apa yang salah tanpa mengira puak/golongan atau parti. Saya berharap semua pejuang-pejuang politik UMNO/PAS akan bersikap seperti ini dan marilah sama-sama menolak kefanatikan parti/puak/mazhab.

Itulah tulisan dan komen ABDUL HALIM HAFEZ dalam MSTAR.com. Pandangan tersebut memang sepatutnya dipertimbangkan oleh semua Tok Mufti yang kelihatan sering menjadi Yes Man terhadap apa juga keputusan kerajaan negeri dan pusat.

Resam ’Yes Man’ juga sudah menjadi darah daging kepada Umno. Sehingga sesiapa yang berani menentang orang atasan sudah pasti dicantas dan ditamatkan riwayatkan politiknya.


MASA SEMAKIN HAMPIR....BN AKAN JADI PEMBANGKANG?


Pak Lah semakin hampir menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Kenyataannya ini bakal berlaku tidak lama lagi.

Itulah fakta yang diyakini oleh Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim. Sejak sebulan lalu Anwar semakin menampakkan keyakinan bahawa akan berlaku Tsunami kedua iaitu Ahli-ahli Parlimen BN akan menyeberang ke dalam kem Pakatan Rakyat.

Semalam, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki berhubung jumlah ahli parlimen BN yang akan melompat parti dan tarikh sebenar peristiwa besar itu akan terjadi.Beliau berkata pihaknya masih menunggu masa yang sesuai.

"Masa itu bergantung kepada keadaan (sokongan) Umno yang semakin sedikit. Sekarang mereka mulai panik dan memainkan sentimen perkauman, isu kelangsungan masa depan Melayu. Jadi kami rasa biar mereka sambung perdebatan itu. Kita akan mempertimbangkan pilihan kita."Perubahan besar begini tidak harus dilakukan secara tergesa-gesa. Kita harus beri ruang kepada pimpinan (Pakatan) untuk meneliti semua aspek.

"Dan baiknya ialah apabila kita berikan tempoh, ia dibahaskan di seluruh negara. Jadi dia tidak menimbulkan hal yang agak tegang," katanya di sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya petang tadi.Mengulas jumlah ahli parlimen BN yang sudah berada di pihaknya, Anwar menjawab: "Saya sudah jelaskan, biar Umno dan BN buat spekulasi masing- masing. Kita ambil langkah mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur dan kita akan umumkan pada waktu yang tepat."Bila sampai waktu, saya bagi notis," katanya, sambil ketawa kecil dan disambut ketawa beberapa wartawan.

Anwar juga berkata, terpulang kepada ahli-ahli parlimen itu sendiri jika hendak membuat pengumuman lebih awal meninggalkan BN. "Ada pilihan pada mereka untuk mengumumkan pada masa yang sesuai. Mereka bebas untuk mengumumkan bila masa yang sesuai. Tugas saya sebagai memimpin tiga parti hanya mengumumkannya mengikut jadual," katanya.

Tentang langkahnya bertanding dalam pilihanraya kecil untuk dilantik sebagai seorang ahli parlimen, Anwar berkata beliau mempunyai pilihan sama ada untuk bertanding sebelum atau selepas pembentukan kerajaan baru.

"Kita mempertimbangkannya kedua-duanya (pilihan). Berlawan dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan," katanya.Mengulas kenyataan menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kegiatan lompat parti sebagai tidak bermoral, Anwar menjawab perkara itu bergantung kepada keadaan."Yang dimaksudkan dengan tidak bermoral (oleh Nik Aziz) itu apabila ada kaedah membeli orang," katanya.

"Kita tahu proses pilihanraya banyak penipuan. Pilihanraya yang dilaksanakan pada 8 Mac itu penuh dengan penipuan termasuk pembatalan dakwat. Kerusi yang wajib dimenangi, dikalahkan dengan cara tipu-helah," tambahnya.

Beliau mengulangi kenyataan awalnya bahawa dasar lompat parti yang sedang diusahakannya tidak melibatkan duit tetapi kesediaan wakil BN mengikut agenda parti-parti pembangkang."Banyak ahli dan kawan kita daripada BN, termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak sedar bahawa berlaku penipuan pada pilihanraya lalu. Tiada harapan untuk perubahan atau reformasi yang bermakna dalam pemerintahan sekarang atau bawah kerajaan pimpinan Umno," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan BN membubarkan parlimen untuk mengelakkan peralihan kuasa melalui langkah lompat parti, Anwar tidak menolak kemungkinan itu.Beliau berkata jika pilihanraya umum yang baru diadakan, beliau berharap ia tidak dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sedia ada."Saya yakin ia (BN) akan menyaksikan kekalahan cukup parah," katanya.

Sumber Malaysiakini


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59