Friday, 9 May 2008

IMAM HADHARI PERDANA MENTERI YANG LEMAH


Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan Imam Hadhari sebagai Perdana menteri lemah. Oleh kerana kelemahannya itulah, kata Karpal, Imam Hadhari cuba mengalihkan isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, daripada isu perundangan menjadi isu perkauman.

"Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap perdana menteri dan timbalannya,Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya mereka masih mahu membuat kenyataan yang memfitnah saya," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Karpal berkata beliau menjangkakan perdana menteri sudah matang dalam politik tetapi sebaliknya (Abdullah) bersama-sama yang lain bertindak menyerangnya.

"Kenyataan yang saya keluarkan pada 3 Mei lalu sama sekali tidak berniat untuk menimbulkan kemarahan atau menyinggung mana-mana pihak terutama sekali Sultan Perak."

Jelas sekali, saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan mereka yang membuat laporan (polis) terhadap saya mesti bersedia menanggung akibatnya," katanya.

Karpal mendakwa, Abdullah cuba mengalih perhatian daripada kedudukannya yang semakin goyang sebagai perdana menteri ekoran desakan bahagian-bahagian Umno supaya Abdullah meletak jawatan, di samping berdepan dengan cabaran Tengku Razaleigh yang akan bertanding jawatan presiden Umno Disember ini.

Semalam tiga laporan dibuat terhadap Karpal berhubung kenyataannya itu.
Laporan polis itu dibuat oleh Umno, Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Sebelum itu, Pemuda Umno Perak turut membuat laporan yang sama terhadap Karpal.


MESYUARAT AGONG PAS KAWASAN BUKIT KATIL 8 JUN


PAS Kawasan Bukit Katil akan menjalankan mesyuarat agong tahunannya pada 8 Jun depan di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil bermula 8.00 pagi.

Mesyuarat Agong Kawasan tahun ini amat penting bagi merangka hala tuju PASKawasan selepas PRU 12, 8 Mac lalu yang menyaksikan BN tewas di 2 DUN dalam kawasan Bukit Katil iaitu Ayer Keroh dan Bachang. BN juga hanya menang tipis kurang dari 2,000 undi di Parlimen.

PAS Kalah di kedua-dua kerusi yang ditandingi iaitu DUN Bukit Baru dan Ayer Molek.

Seluruh perwakilan cawangan-cawangan, dewan-dewan serta pemerhati dijemput hadir.


POLIS TERUS MENGGANAS


Dua kes yang berlaku dalam masa kurang dari 2 minggu cukup menggerunkan. Polis bertindak memukul wakil rakyat.

Di Melaka 1 Mei lalu ADUN Bachang YB Lim Jak Wong mendakwa dipukul oleh Polis ketika beliau ditangkap di Balai Polis Melaka Tengah.

Semalam, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dan pengerusi jawatankuasa buka jalan BMC didakwa dipukul oleh anggota polis berpakaian biasa.Ianya berlaku sejurus selepas Lim tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 malam untuk memberi sokongan kepada penduduk yang berkumpul di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn dengan Lebuhraya Kajang-Cheras.

Nampaknya Polis belum insaf dan serik terus menunjukkan kekuasaan mereka dengan memukul bukan sahaja rakyat biasa malah Yang Berhormat (YB) pun mereka pukul.

Mereka masih mewarisi perangai Bekas Ketua mereka iaitu Rahim Noor yang memukul Anwar Ibrahim tahun 1998 dahulu.

Kerajaan BN mesti mencari jalan untuk memperbaiki imej Polis yang semakin tercalar walaupun pelbagai slogan manis diketengahkan sejak akhir-akhir ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59