Thursday, 8 May 2008

PEMIMPIN UMNO LEBIH HEBAT HINA SULTAN


Pemimpin Umno lebih hebat menghina Sultan berbanding orang lain. Penghinaan ini berlaku sejak dari dahulu hingga sekarang.

Malah kuasa raja-raja Melayu pun dihadkan oleh mereka dengan penggubalan undang-undangnya pada hujung tahun 90-an dahulu. Ketika itu Perdana Menteri yang juga Presiden Umno 'menelanjangi' Raja-raja Melayu dengan memburukkan mereka dalam media-media massa. Apa sahaja yang tidak dikatakan oleh mereka tentang keburukan Sultan-sultan. Semua rakyat masih ingat.

Baru-baru ini sekali lagi raja-raja Melayu di hina di mana Umno menentang keputusan Sultan Terengganu dan Sultan Perlis dalam isu perlantikan Menteri Besar kedua-dua negeri tersebut. Walaupun pada akhirnya mereka menerima Menteri Besar yang dipilih oleh Sultan. Mengapa ketika itu tidak ada laporan Polis atau herdikan dari sesiapa.

Kini heboh isu kebiadapan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Karpal Singh yang membuat komen terhadap Sultan Perak yang menitahkan Menteri Besar Perak membatalkan pertukaran Jamry Suri. Bukan hebat lagi pemimpin Umno mencerca Karpal dengan pelbagai tuduhan. Karpal hanya memberikan pandangan, berbeza dengan pemimpin Umno yang jelas menyanggah dan menghina Sultan dalam kes-kes sebelum ini.

Masih ingatkah kita bagaimana Pengerusi Umno Kelantan, Annuar Musa yang menabalkan Tengku Ibrahim kerabat diraja Kelantan menjadi Sultan Kelantan hujung tahun 90-an dahulu. Adakah tindakan biadap Annuar tersebut tidak MENGHINA Sultan Kelantan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59