Monday, 5 May 2008

KESAL PENANGKAPAN KE ATAS AHLI PARLIMEN DAN ADUN DAP


Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab menyatakan kekesalannya dengan penahanan 3 orang wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him; ADUN Kesidang YB Goh Leong San dan ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong.

Penangkapan ketiga-tiga wakil rakyat merupakan suatu pencabulan kepada kedaulatan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat di mana tiada sebab yang jelas mengapa mereka bertiga di tangkap.

"Polis mesti menyatakan sebab mengapa ketiga-tiga mereka ditangkap kerana rakyat mahu tahu mengapa tindakan itu diambil. Apakah Polis boleh menangkap sewenang-wenangnya sesiapa sahaja tanpa sebab"

"Sedangkan wakil rakyat pun boleh ditangkap tanpa alasan munasabah inikan pula rakyat biasa" kata beliau ketika diminta mengulas isu ini.

Ketiga-tiga wakil rakyat tersebut ditangkap Khamis lalu di berdekatan Sekolah Tun Tuah. YB Lim Jak Wong telah ditangkap kira-kira jam 11.00 pagi. Selepas Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him dan ADUN Kesidang, YB Goh Leong San pula diarahkan memberikan kenyataan di Balai Polis Melaka Tengah dan mereka juga di tahan bersama-sama YB Lim di Balai Polis tersebut.

Lebih malang lagi Peguam ketiga-tiga YB tersebut, Damien Yeo telah dihalang oleh Polis bagi mewakili mereka ketika beliau sampai di Balai Polis tersebut kira-kira jam 12.30 tengahari pada hari yang sama.


RAJA BERUK TAK MAHU KOMEN ISU MEM'BERUK'KAN PESERTA DEMO BERSIH


Raja segala 'Beruk' di Malaysia tidak mahu komen terhadap kenyataan beliau yang MEM'BERUK'KAN rakyat yang menyertai Demo BERSIH tahun lepas.

Mengapa beliau tidak mahu komen.? Mungkin kita dapat menekanya kerana beliau telah malu kerana BN/Umno yang terpaksa 'tunduk' kepadanya dalam pemilihan calon pilihanraya umum ke-12 lalu kecundang teruk. Maka Raja Beruk malu untuk memperkatakan isu tersebut.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Raja Beruk enggan menjawab bila diminta komennya terhadap cabaran supaya beliau memohon maaf kerana memanggil peserta perhimpunan Bersih November tahun lalu sebagai beruk.

"Tiada komen, terima kasih," kata Raja Beruk selepas berulangkali diminta mengulas cabaran tersebut, ketika ditemui di luar dewan Parlimen hari ini.

Minggu lalu, ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mencabar beliau memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya itu pada 7 November tahun lalu di perhimpunan Pemuda Umno.

Raja Beruk membuat kenyataan tersebut ketika menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan Bersih yang diadakan tiga hari selepas perhimpunan agung tersebut.

"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum," kata beliau ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC.

Contohi Hishammuddin Gobind berkata, Raja Beruk harus mencontohi langkah ketuanya, Hishammuddin Hussein yang memohon maaf kerana menghunus dan mencium keris di perhimpunan Pemuda Umno sebelum ini.

"Sebagai wakil rakyat dan ahli parlimen Rembau, seseorang itu bukan sahaja mewakili dirinya tetapi juga mewakili semua pengundinya, di samping menjadi naib ketua Pemuda Umno dan menantu perdana menteri, saya rasa beliau patut memohon maaf.

"Ini cabaran saya kepada beliau," kata Gobind dalam satu sidang akhbar minggu lalu, sambil menambah tindakan Raja Beruk menggunakan istilah beruk itu sebagai 'tidak boleh diterima".

"Anda tidak boleh memberi gelaran sesuka hati kepada orang lain."Bos beliau telah mengambil langkah pertama untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh Pemuda Umno terhadap rakyat Malaysia. Saya mencabar beliau (Raja Beruk) melakukan perkara yang sama. Lakukanlah perkara yang betul dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berkata demikian," tambahnya dalam sidang akhbar tersebut.

Perbuatan memberi gelaran adalah satu kebiasaan dalam politik Malaysia. Yang terbaru berlaku minggu lalu apabila bapa Gobind, Karpal Singh, dipanggil 'beruk besar' oleh seorang penyokong kerajaan selepas Karpal memanggilnya "Bigfoot".


KU LI GUSAR PAS TELAH DAPAT TEMBUSI JOHOR


Bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah gusar kerana PAS berjaya memenangi 2 DUN di Johor.

Beliau menjangka pembangkang akan menyerang 'habis-habisan' negeri Johor - kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) - dalam pilihanraya umum akan datang."Jagalah negeri Johor ini kerana ia (Johor) akan diserang habis-habisan oleh lawan dalam pilihanraya akan datang.

"PAS telahpun menembusi kubu kuat orang Melayu ini dengan menang dua kerusi DUN (Sungai Abong dan Maharani)," katanya.Dalam pilihanraya umum lalu, BN kehilangan empat kerusi DUN dan sebuah kerusi Parlimen kepada pembangkang di Johor. DAP memenangi kerusi DUN Senai dan Sekudai. Kerusi parlimen tunggal itu diemanangi oleh DAP di Bakri.

Beliau mengingatkan demikian di majlis ceramah dan dialog bertajuk "Mengembalikan Kerelevanan Umno Di Hati Umat Melayu" anjuran Pemuda dan Wanita Umno Cawangan Bandar Bahagian Batu Pahat semalam, demikian menurut laporan Bernama.

Tengku Razaleigh yang juga ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata selepas kejayaan memenangi Selangor, Perak, Pulau Pinang serta Kedah dan mempertahankan Kelantan, pembangkang akan memperhebatkan "serangan" untuk menguasai lebih banyak negeri dalam pilihanraya umum akan datang.

Tengku Razaleigh berkata kekalahan BN terutamanya di tiga buah negeri yang disifatkan sebagai "kaya" seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak akan turut memberikan kesan terhadap keseluruhan pentadbiran kerajaan pusat.Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran Umno itu, yang kini berkuasa di lima buah negeri akan cuba memalukan Umno dan BN menerusi siri pendedahan tentang kesilapan yang dilakukan sebelum ini oleh kerajaan negeri yang diketuai oleh BN.

Katanya kerajaan negeri terlibat yang kini dikuasai pembangkang sedang berusaha untuk mencungkil dan menggali segala kesilapan yang dilakukan oleh para pemimpin kerajaan negeri BN terdahulu. Bagaimanapun, kata Tengku Razaleigh, Umno mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi tindakan oleh parti pembangkang itu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59