Sunday, 4 May 2008

DAH TAK JADI MENTERI BARU SEDAR


Bukan main hebatnya Ong Ka Ting bercakap semalam. Lebih hebat dari pejuang etika kewartawanan. Ong berkata sekiranya tiada permit diperlukan untuk memulakan blog atau lamanweb, maka persoalan yang perlu diberi perhatian ialah mengapa permit mencetak akhbar masih diperlukan di Malaysia.

Bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu menegaskan bahawa kebebasan akhbar amat penting dalam demokrasi.Tidak kira apa juga peranan dan medium tempat mereka bekerja, katanya, MCA percaya para wartawan adalah komited kepada kebebasan akhbar.Ong menegaskan demikian dalam satu kenyataan sempena hari kebebasan akhbar sedunia hari ini.

Katanya, MCA menyokong cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk menyemak semula peruntukan membaharui permit akhbar setiap tahunOng berkata, undang-undang yang ada sudah mencukupi untuk mengawalselia media cetak.

Oleh itu, katanya, langkah menyemak semula keperluan membaharui permit setiap tahun, pastinya mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kebebasan akhbar di negara ini.Beliau juga mengucap terima kasih kepada pihak media kerana turut memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Katanya, pembaharuan undang-undang yang berterusan adalah penting bagi media cetak untuk terus kekal relevan dan berdepan saingan dari dunia internet.Jika tiada permit diperlukan untuk memulakan blog atau lamanweb, Ong berkata, persoalan yang perlu diberi perhatian ialah mengapa permit mencetak akhbar masih diperlukan di Malaysia.

Kini baru kau sedar rupanya, selepas tidak jadi menteri baru engkau nampak. Sebelum ni tak nampak ke?


WAKIL PARTI POLITIK MELAYU JUGA PATUT DI PANGGIL.


Wakil-wakil parti politik Melayu juga patut dipanggil untuk membentangkan kertas kerja dalam kongres permuafakatan Melayu yang berlangsung di Johor Bahru.

Ini kerana parti-parti inilah yang sebenarnya yang mencorak masa depan negara dan umat Melayu andaikata mereka dinobatkan sebagai pemerintah.

Umno yang telah memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun jelas gagal menjaga kedaulatan Islam dan Melayu.

Islam semakin hari semakin terpinggir, Bahasa Melayu semakin lesu, tanah orang melayu semakin berkurangan. Siapa punya angkara ini kalau tidak Umno.

Kini sudah sampai masanya orang-orang Melayu membuka mata supaya sedar bahawa bukan hanya Umno yang berupaya memerintah. 'Khurafat' bahawa hanya Umno boleh memerintah Malaysia mesti dilenyapkan terus.

Apakah orang Melayu belum sedar dengan kedurjanaan Umno yang memerintah selama ini sehingga orang Melayu semakin hilang kekuasaannya. Islam ke mana, Bahasa Melayu dan Tanah Melayu pun entah ke mana?


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59