Tuesday, 29 April 2008

SIDANG PARLIMEN : BARU 2 HARI BERMULA DAH JELAS PILIH KASIH


Sidang Parlimen baru bermula tetapi tindakan tidak demokratik terus di amalkan oleh 'taukeh-taukeh' kerajaan dan speaker parlimen. Kalau semalam speaker gagal bertindak tegas terhadap Ahli Parlimen BN, Latif Ahmad yang tida mengangkat tangan sewaktu mengangkat sumpah.

Namun Speaker, Pandikar Amin Mulia tetap meneruskan majlis itu kerana yang melakukannya adalah Timbalan Menteri BN.

PKR tidak berpuas hati sesi soalan Dewan Rakyat yang membelakangkan ahli-ahli parlimen pembangkang, kata naib presidennya Mohd Azmin Ali. "Saya sangat sedih apabila saya melihat senarai soalan yang ditetapkan oleh parlimen.

Sangat sedikit soalan yang dihantar oleh (wakil-wakil) Pakatan Rakyat diberi keutamaan dalam urutan soalan," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

"Jika anda melihat pada jumlah (perwakilan), kita (Pakatan) ada 82 ahli parlimen berbanding BN hanya ada 77 (ahli parlimen penyokong kerajaan).

"Melihatkan kepada nisbah ini, kita patut ada 52 peratus. Dan BN hanya 48 peratus. Jadi kalau mereka boleh uruskan sepuluh soalan, maksudnya kita patut dapat sekurang-kurangnya enam (soalan), berbanding mereka empat.

"Mohd Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak, berkata wakil-wakil rakyat Pakatan diberikan sedikit sahaja peluang bertanyakan soalan."Sekarang saya melihat, daripada 10 soalan, kami hanya diberi dua. Ini tidak adil," katanya Jumaat lalu. "Kedua, mereka patut beri keutamaan pada ketua pembangkang. Soalan pertama pada hari itu patut diberikan kepada ketua pembangkang dan ini tidak dilakukan. Saya rasa pada, soalan daripada Dr Wan Azizah (Wan Azizah) (berada di) nombor ketiga. Jadi ini tidak adil."


PAK LAH PENGECUT


Presiden Umno yang sekarang ini seperti cacing kepanasan, meminta semua bahagian UMNO tidak mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membincangkan isu pemilihan pucuk pimpinan, sebaliknya memusatkan tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat.

Gesaan beliau jelas membuktikan bahawa Imam Al Hadhari Wal Badawi ini benar-benar rimas dan takut kerana semakin banyak Umno Bahagian yang berani mengadakan EGM bagi membincangkan kekalahan teruk BN/Umno pada PRU 12 lalu.

Imam Hadhari cuba memujuk hatinya yang lara dengan berkali-kali membuat dakwaan bahawa rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negara pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu, sedangkan sebenarnya kemenangan majority kerusi BN adalah disumbangkan oleh Sabah dan Sarawak. Sedangkan di Semenanjung BN/Umno sudah kecundang.

Kita ingin memberitahu Imam Hadhari bahawa selagi kerajaan tidak bersedia untuk berubah jangan harap rakyat akan kembali menyokong mereka.

Isu rasuah, kezaliman, kronis, nepotisem, pengalahgunaan kuasa, kelemahan pentadbiran dan lain-lain masih berakar umbi di dalam kerajaan. Sebab itu rakyat dan ahli Umno sendiri menolak Imam Hadhari dan Umno.

Rakyat terus tertekan dengan tindakan zalim kerajaan menggunakan ISA, AUKU, OSA, akta Polis dan sebagainya.

Rakyat terus menderita dengan kenaikan harga barangan yang tiada penghujungnya disebabkan kelemahan dan kelembapan kerajaan menanganinya. Rakyat nampak bahawa Imam Hadhari lebih banyak tidur dari melakukan kerja. Bila diajukan soalan, Imam itu akan menjawab semuanya Ok atau sila tanya menteri berkenaan.

Rakyat miskin terus miskin, pemimpin kaya terus membina kekayaan kerana dasar rasuah, kronsime dan nepotisme. Rakyat tidak lupa bagaimana anak, menantu, keluarga dan kawan-kawan pemimpin menjadi jutawan segera dengan tidak perlu bersusah payah.

Rakyat terus takut dan kecut dengan akta-akta zalim yang setiap saat menghambat rakyat seperti akta draconian ISA, AUKU, OSA, AKta Polis dan sebagainya. Rakyat diugut dengan kata-kata seperti “sesiapa sahaja boleh disumbat di bawah ISA”,” Pelajar akan ditahan dan dibicarakan dengan AUKU”; “perhimpunan HARAM” dan sebagainya.

Banyak lagi isu dan penderitaan rakyat yang tidak mampu untuk dicatatkan di sini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59