Monday, 28 April 2008

CADANGAN PENUBUHAN DEWAN NON-MUSLIM


Kami menerima komen dari seorang pengunjung yang menamakan dirinya WAN ISMAIL. Ikuti komennya di bawah ini:-

Syabas kepada Kelab Penyokong PAS.

Saya ingin mencadangkan kepada pemimpin PAS khususnya Dewan Pemuda PAS Bukit Katil supaya cadangan saya ini diberi perhatian dan pertimbangan oleh pemimpin PAS.Pada masa ini kita tidak boleh nafikan bahawa kemenangan PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana sokongan orang-orang cina dan india disamping kerjasama antara PKR dan juga DAP.

Orang-orang PAS ramai yang mengundi calon PKR/DAP dan begitu juga orang-orang DAP juga telah mengundi PAS dibawah Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini dpanggil Barisan Alternatif (BA).Untuk menarik sokongan bukan islam saya ingin mencadangkan supaya penubuhan Dewan Non-Muslim PAS hendaklah ditubuhkan untuk menggantikan Kelab Penyokong PAS bagi membolehkan orang-orang cina dan india/dll boleh menjadi ahli PAS.

Peranan Dewan Non-Muslim PAS samalah macam Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS. Maksud saya Dewan Non-Muslim PAS boleh memilih untuk melantik Ketua/Naib Ketua/Setiausaha/Bendahari/AJK .

Jawatankuasanya boleh mengadakan aktiviti dan propgram kepada masyarakat mereka berdasarkan kelulusan dan persetujuan PAS Pusat.Dalam Dewan Non-Muslim PAS boleh ditubuhkan Biro kaum misalnya Biro Kaum Cina , Biro Kaum india, Biro Bumiputra Bukan Islam Sarawak/Sabah dll.Saya rasa sudah sampai masanya orang-orang bukan Islam boleh menyertai dan menjadi ahli PAS di bawah Dewan yang saya sebutkan tadi.

Jika UMNO mempunyai ahli bukan Islam misalnya Kadazan, Siam boleh menyertai dan menjadi ahli UMNO begitu juga PKR mempunyai ahli terdiri daripada orang-orang cina dan india, maka sudah sampai masanya PAS boleh memberi peluang kepada Non-Muslim menjadi ahli PAS melalui Dewan Non-Muslim.Jika diadakan Muktamar PAS, Dewan Non-Muslim PAS boleh menghantar wakilnya di bawah kapasiti Dewan Non-Muslim PAS.

Walau bagaimanapun terpulanglah kepada pimpinan PAS untuk memberi nama yang sesuai untuk Dewan Non-Muslim PAS.Dengan tertubuhnya Dewan Non-Muslim PAS sudah tentu mereka akan memilih dan melantik Ketuanya. Mana-mana pemimpin dalam Dewan Non-Muslim kita boleh memilih mereka sebagai calon PAS dalam pilihanraya nanti di bawah lambang PAS.

Sekian semoga mendapat pertimbangan daripada ahli-ahli PAS. Kita sekarang ingin memerintah Malaysia bukannya hanya sekadar untuk memerintah Kelantan, Kedah, Perlis,Terengganu dan Pahang sahaja.


PERLANTIKAN SPEAKER DAN TIMBALAN SPEAKER DARI M'SIA TIMUR BUKTI PAK LAH TERTEKAN



Nampak jelas bahawa Pak Lah dan BN/Umno tertekan dengan serangan Anwar Ibrahim tentang isu penyeberangan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak ke dalam kem Pakatan Rakyat.

Ini terbukti apabila Pak Lah cuba memujuk Ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak dengan Speaker dan timbalan-timbalan Speaker dari Sabah dan Sarawak.

Pandikar Amin Mulia dilantik sebagai Speaker manakan Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ronald Kiandee dilantik sebagai Speaker.

Pandikar Amin bekas Menteri Kabinet dari Sabah, manakala Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Santubong, Sarawak manakala Ronald Kiandee merupakan Ahli Parlimen Beluran, Sabah.

Perlantikan merupakan suatu 'hadiah' dari Pak Lah kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana merekalah sebenarnya yang memberikan kemenangan untuk BN memenangi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pusat.

Tanpa sumbangan dari Parlimen Sabah dan Sarawak, sudah tentu Pak Lah akan duduk di barisan pembangkang sebagai Ketua Pembangkang BN.

Namun para pemerhati politik berpendapat perlantikan ketiga-tiga orang kuat parlimen dari Malaysia Timur ini belum dapat memastikan tiada wakil rakyat yang melompat ke kem Pakatan Rakyat kerana mereka berpendapat tawaran Anwar untuk rakyat Sabah dan Sarawak amat menarik dan ianya jauh lebih hebat dari jawatan-jawatan parlimen tersebut.


PAK LAH SEMAKIN PARAH DIHENTAM AHLI UMNO


Bermula dengan Ku Li, Mukhriz diikuti Syed Ali (Ketua Umno Bahagian Cheras), kini Kelab Veteran Umno mula berbantah sesama sendiri samada menyokong Pak Lah atau mahu 'menendang' Pak Lah dari kerusi empuk Presiden Umno.

Nampaknya selepas ini akan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin Umno peringkat Bahagian, Kelab-kelab dan cawangan-cawangan Umno akan berani mencadangkan supaya Pak Lah 'beredar' dari 'takhta'nya sekarang.

Malangnya Pak Lah masih mahu bertahan. Apa sebabnya beliau kemaruk kepada jawatan no. 1 negara ini. SUDAH TENTU ADA UDANG SEBALIK MEE......


SELAMAT BERSIDANG UNTUK MP PAKATAN RAKYAT


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan selamat bersidang kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) moga-moga YB-YB sekali membawa suara rakyat untuk membela mereka yang amat memerlukan pembelaan dari cengkaman makhluk perosak BN.

Media melaporkan hari ini bahawa Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah di depan yang dipertuanya pagi ini.

Ia diikuti timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan dan menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli-ahli Dewan Rakyat.

Daripada jumlah itu, 82 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Sebelum upacara perdana menteri, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengangkat sumpah dan dimasyhurkan sebagai yang dipertua dewan di hadapan anggota-anggota parlimen.

Dua ahli parlimen BN Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee terpilih sebagai timbalan yang dipertua dewan dalam pengundian.

Ahli-ahli parlimen Santubong dan Beluran itu menewaskan calon DAP Dr. Tan Seng Giaw, ahli dari Kepong.Junaidi memperoleh 141 undi, Ronald (140) dan Seng Giaw (81).

Sesi pertama penggal pertama akan berlangsung mulai hari ini sehingga 27 Mei, diikuti sesi kedua yang dijadualkan 23 Jun hingga 15 Julai dan ketiga antara 18 Ogos hingga 11 Disember.

Mesyuarat mingguan itu antara Isnin hingga Khamis bermula jam 10 pagi hingga 5.30 petang dengan waktu rehat selama 90 minit selepas 1 petang. Kabinet dan BN berdepan dengan senario baru dalam Dewan Rakyat kali ini apabila majoriti dua pertiganya berjaya dinafikan dalam pembangkang.

Seramai 99 daripada 222 wakil rakyat terdiri muka baru. Jumlah wakil pembangkang meningkat empat kali ganda, daripada 20 orang penggal lalu kepada 82 kali ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59