Saturday, 26 April 2008

LANTIK HU PANG CHOW SEBAGAI SENATOR


Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kelantan atau Kedah yang diterajui PAS memilih Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chow sebagai calon Senator.

Selain itu beliau juga mencadangkan seorang lagi wakil dari Kelab Penyokong PAS India juga dipilih untuk jawatan sama.

"Perkara ini penting bagi membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang mementingkan semua kaum tanpa mengira agama dan bangsa" kata beliau kepada Blog ini pagi ini.

"Kini sudah sampai masanya PAS melantik wakil-wakil kaum bukan Melayu di Dewan Negara setelah golongan ini dilantik sebagai ahli PBT, Penghulu dan lain-lain di Kelantan" tambah beliau.
PAS katanya, mesti meneruskan agenda memberikan kebajikan merentasi agama, budaya dan kaum kerana dalam konteks Malaysia parti-parti perkauman sudah tidak relevan lagi sehingga sebahagian besar calon-calon Parti perkauman seperti MCA, MIC, Umno dan Gerakan di tolak rakyat di Semenanjung Malaysia.

"Kini orang Tionghua dan India tidak takut lagi mengundi PAS dan PKR manakala orang Melayu sudah tidak segan lagi mengundi DAP" tegas beliau dengan serius.

Di tanya siapa di kalangan kaum India yang layak dilantik sebagai Senator, Sofi menjawab Kumutha, bekas Calon Kelab Penyokong PAS pada PRU 12 adalah antara calon yang layak untuk dipertimbangkan.

Sejak akhir-akhir ini Kelab Penyokong PAS seluruh negara terus mendapat sambutan yang menggalakkan. Terkini Kelab Penyokong PAS telah ditubuhkan di Negeri Melaka Khamis lalu. Malah di negeri-negeri lain Kelab Penyokong PAS Cina dan India telah ditubuhkan sampai ke peringkat Kawasan Parlimen.


TUDUH ANWAR EJEN AMERIKA, RUPA-RUPA NAJIB PENAKUT HAMPEH


Tuduhan bahawa Anwar Ibrahim ejen Amerika akhirnya memakan diri, apabila Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak lah sebenarnya budak suruhan Amerika sehingga sanggup
menamatkan penyertaan Iran daripada pameran senjata di Kuala Lumpur.

"Najib Razak telah tunduk kepada desakan dari Amerika Syarikat dan rakan-rakan sekutunya", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia sebagai negara berdaulat dan bermaruah sepatut mengamalkan dasar laur yang bebas dan tidak boleh tunduk kepada arahan dari Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya berasa dukacita dengan tindakan timbalan perdana menteri merangkap menteri pertahanan terhadap (negara) tetamu kita, Iran."Bekas timbalan perdana menteri itu mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa negara Asia Barat itu telah melanggar resolusi 1747 dan 1803 Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila membawa masuk dan mempamerkan senjata-senjata terlarang bawah resolusi tersebut.

Akibatnya, ruang pameran milik Iran ditutup mendadak pada Selasa, hari kedua Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 yang diadakan sehingga semalam.

Walaupun Iran telah dimaklumkan tentang larangan itu, tambah Najib, negara itu masih berbuat demikian.

Anwar menambah, DSA 2008 dianjurkan untuk semua negara berdaulat yang ingin mengambil bahagian secara bebas, bukan untuk menjual senjata dan alat pertahanan lain. "Oleh itu, Malaysia sebagai tuan rumah bebas menjemput negara yang sanggup mengambil bahagian tanpa syarat.

Kerana itu Iran telah dijemput oleh Malaysia untuk mengambil bahagian dalam DSA 2008."Mustahil sekali apabila Malaysia membuat keputusan tergempar tentang (menghentikan) penyertaan Iran itu."

Kini sahlah bahawa tuduhan bahawa Anwar adalah ejen Amerika adalaah tuduhan untuk mengabui mata rakyat sedangkan Pak Lah dan Najib (Bakal Duta Malaysia ke Mongolia) yang sebenarnya budak suruhan Amerika.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59