Tuesday, 22 April 2008

IMAM RABA BAHU, MAKMUM RABA PUNGGUNG?


Kalau Imam Hadhari iaitu Presiden Umno, yang dikatakan alim itu boleh meraba bahu amoi, sudah pastilah makmumnya akan melakukan kerja yang lebih dahsyat dari itu.

Mungkin hanya setakat raba punggung malah lebih dari itu pun boleh dilakukan. Ini kerana dalam Islam Hadhari raba bahu, jabat tangan, pegang tangan di kalangan bukan muhrim bukanlah suatu kesalahan atau dosa.

Hari ini tersebar berita di dalam laman tranungkite.net bahawa seorang bekas menteri yang masih seorang ahli parlimen tetapi digugurkan dari kabinet Islam Hadhari 2008, dikatakan meraba punggung seorang pelayan hotel di Kuala Lumpur.

Pelayan itu diberitakan baru sahaja menghidangkan air kencing syaitan kepada bekas menteri tersebut. Tidak lama selepas itu punggungnya diraba oleh si biadap tersebut.

Cerita penuhnya seperti berikut, "Seorang gadis yang berkerja sebagai pelayan hotel membuat laporan polis ke atas bekas seorang menteri dua hari lepas di sebuah balai polis di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan ganggu seks ke atasnya malam Jumaat lepas dengan memegang tangan dan meraba punggungnya.

Kejadian memalukan itu berlaku di Kelab Havana hotel Maridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras untuk menteri berkenaan.Bekas menteri berkenaan yang dalam keadaan mabuk dikatakan telah memegang tangan pelayan berkenaan tetapi dimarahi pelayan itu sambil berlalu dari situ.

Ketika pelayan itu berlalu bekas menteri berkenaan mengekori dari belakang dan meraba punggungnya menyebabkan pelayan itu menjerit dan memanggil teman lelakinya yang kebetulan bekerja di situ.Teman lelaki pelayan berkeranaan terus mendapatkan bekas menteri berkenaan.

Teman lelaki perlayan tersebut telah bertindak membuat satu laporan polis.Bekas menteri itu dikatakan sering ke kelab berkenaan untuk menghisap cigar (ceruk) di kelab berkenaan.Dalam pilihan raya lalu beliau menang di kerusi Parlimen tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri. Penggugurannya menimbulkan seribu persoalan dan khabarnya ianya ada kena mengena dengan beberapa kelakuannya yang tidak senonoh sebelum ini.

Menurut sumber blogger, kejadian ini 1001 peratus benar. Dakwanya beliau telah mendapatkan pengesahan dari sumber polis sendiri. "Kalau berita ini tidak benar datanglah potong kaki saya," kata sumber itu penuh yakin. msomelayu.blogspot.com

Begitulah 'hebatnya' seorang pemimpin Islam Hadhari dipimpin oleh pemimpin agung, Imam Badawi Wal Hadhari.

Itulah cara tarbiah dalam Umno Islam Hadhari. HALAL dan HARAM tolak tepi. Tapi bila masuk kampung merekalah duduk di saf paling hadapan ketika Sembahyang Jumaat, berlakon untuk mengabui mata orang kampung bahawa mereka pun taat dan patuh pada Allah.
( Apakah Mamat gambar di sebelah ini yang melakukannya....jangan menghukumnya sebelum dibuktikan bersalah)
Yang penting perkara ini diharapkan tidak ditutup oleh Polis dan kerajaan.


KALAU DAH MEMANG PENGECUT MENGAKU SAJALAH NAJIB


Timbalan Perdana Menteri, Najib Altantuya menafikan dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau seorang yang pengecut tidak berani mendedahkan sebab sebenar kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya lepas.

Najib berkata "Ia bukan masalah `Mr Yes Man atau tak berani atau takut sebab saya berpegang kepada prinsip bahawa cara yang terbaik ialah penyerahan kuasa secara tersusun, cara yang terhormat. Itu yang akan memberi makna dan menentukan kepentingan parti tidak terjejas.

Sekali lagi Najib memperlihatkan sikap berhati-hatinya agar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan.

Semua orang tahu Najib terpaksa menunjukkan sikap yang lunak dan setia kepada Pak Lah kerana Najib sendiri penuh dengan masalah dan beliau didakwa juga mempunyai skandal yang dahsyat.

Isu siapa yang membunuh Altantuya, isu kapal selam dan lain-lain benar-benar menjadi mimpi ngeri kepada Najib yang sebenarnya membuak-buak dalam jiwanya tak sabar-sabar menanti hari bahagia menduduki kerusi empuk Perdana Menteri.

Samada sempat atau tidak Najib menjadi Perdana Menteri belum dapat ditentukan.

Apakah beliau akan kempunan kerana di pecat Imam Hadhari ataupun kerusi beliau di'ragut' Anwar yang mendakwa seramai 38 Ahli Parlimen BN akan menyeberang kepada Pakatan Rakyat dan kerajaan baru akan ditubuhkan.


MAT SAID MULA NAK TUNJUK BELANG


Menteri Besar Terengganu yang dilantik oleh Sultan Terengganu bukan oleh Imam Hadhari mula menunjukkan belangnya.

Keberanian Ahmad Said patut dicontohi oleh Menteri Besar/Ketua Menteri kerajaan negeri pengampu yang lain iaitu Sabah, Sarawak, Perlis, Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.


Jangan nanti semua yang dilakukan oleh Imam Hadhari dan kerajaan pusat betul belaka. Seolah-olah kerajaan pusat 'maksum' tidak melakukan kesalahan.

Ahmad Said berkata semalam bahawa sejak wang ehsan diperkenalkan pada 2000, semua projek yang dilaksanakan tidak merujuk kerajaan negeri dan tidak mengambil kira keperluan rakyat.

Ahmad juga menggesa royalti lima peratus dikembalikan kepada kepada kerajaan negeri seperti sebelum perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad menukar wang royalti kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan". "Ada projek yang kita rancang... kita akui.

Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat."Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya," kata Ahmad semalam.

"Ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan. Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.

"Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. "Saya cakap terus terang, ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah," katanya.

Ahmad berkata wang royalti diserahkan kembali, ia akan memudahkan kerajaan negeri merancang projek pembangunan menurut keutamaannya berbanding amalan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu kepada kerajaan pusat.

Kritikan Ahmad Said ini menimbulkan rasa tidak senang Imam Hadhari, menyebab beliau terpaksa menempelak MB Terengganu itu.

Imam Hadhari terpaksa menafikan dakwaan menteri besar Terengganu bahawa wang royalti minyak yang disalurkan melalui kaedah "wang ehsan" tidak banyak membantu rakyat negeri itu kerana projek-projek pembangunan ditentukan di peringkat pusat.

Imam Hadhari berkata "ada satu kaedah yang telah kita buat dengan kewujudan wang ehsan ini, dan ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu selama ini,".


DAH KALAH TERUK BARU NAK BERUBAH?


Kekalahan teruk Umno/BN pada Pilihanraya Umum lalu nampaknya memberikan sedikit perubahan kepada pemimpin kerajaan BN.

Semalam Imam Hadhari mengumumkan bahawa SPR hendak diletakkan di bawah parlimen manakala Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar pula memberikan permit penerbitan kepada akhbar Suara KeADILan selepas 10 tahun dipohon.

Namun rakyat sebenarnya menagih 1000 satu perubahan dari kerajaan BN. Antara perubahan yang ditagih ialah pemansuhan ISA, AUKU,OSA,Akta Polis, Ketelusan SPR dan lain-lain.

Selain itu rakyat mahukan media yang lebih telus, biasiswa untuk bumiputera,harga barangan yang dikawal, keselamatan terjamin dan banyak lagi yang tidak mampu ditulis di sini.

Ayuh Imam Hadhari jika benar kamu mahu berubah BERUBAHLAH SECARA TOTAL. Jangan hanya setakat melepaskan batuk ditangga dan mungkin sekadar untuk mengambil hati rakyat agar kembali menyokong BN.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59