Friday, 18 April 2008

PERALIHAN KUASA BELUM TENTU UBAH SOKONGAN RAKYAT


Kenyataan bekas MB Selangor bahawa peralihan kuasa yang segera daripada Pak Lah kepada Najib akan dapat menyelamatkan Umno dianggap omongan kosong.

Ini kerana selagi dasar dan cara pentadbiran Umno tidak diubah selagi itulah rakyat akan tetap menolak BN seperti yang ditunjukkan pada Pilihanraya Umum lalu.

Siapa yang tidak kenal Najib semua orang tahu bahawa latarbelakang Najib jauh lebih teruk dari Pak Lah. Kita tidak pernah mendengar Pak Lah mempunyai skandal samada skandal peribadi, rasuah, penyelewengan dan lain-lain sebelum beliau menjadi Perdana Menteri. Keperibadian dan latarbelakang Pak Lah yang baik di mata orang Umno sebelum beliau bergelar Perdana Menteri menyebabkan beliau digelar Mr Clean.

Ini berlainan sekali dengan Najib yang dari dahulu dikenali sebagai antara pemimpin yang bermasalah. Paling baru Najib dikaitkan dengan isu Al Tantuya dan isu komisen pembelian kapal selam.

Najib juga dikenali sebagai teman rapat Rahim Thamby Chik yang semua orang tahu perangainya yang 'bagus' itu.

Andaikata Umno memilih Najib menggantikan Pak Lah maka ini memberikan senjata baru kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Malah Anwar telah lama mencabar Najib supaya menafikan dakwaan yang beliau terlibat dengan isu kapal selam dan Altantuya.

Pemerhati politik berasa yakin bahawa isu kapal selam dan Altantuya ini sudah pasti akan melemahkan Najib, Umno serta BN sendiri. Maka untuk menyelamatkan Umno bukannya mengangkat Najib menggantikan Pak Lah tetapi mencari alternatif lain yang dikira lebih baik dari Najib.

Maka pendapat Khir Toyo dalam blognya yang menyatakan Pak Lah mesti menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno kepada Najib dengan segera untuk menyelamatkan Umno adalah pendapat yang dangkal dan tidak cerdik.

Khir dalam blognya menyatakan bahawa dengan Pak Lah masih menjadi pemimpin nombor satu, mood di kalangan ahli Umno dan BN akan berada di tahap amat rendah dan amat sukar untuk BN menang.

Khir Toyo juga meramalkan satu pilihanraya kecil akan berlaku tahun ini bagi membolehkan Anwar ke parlimen.

"Keputusan hampir pasti akan menyebelahi PKR."

Apabila ini berlaku, kemenangan Anwar bukan sahaja menghancurkan keyakinan rakyat, terutama ahli Umno, kepada Pak Lah tetapi juga kepada Datuk Seri Najib (Razak). Umno hampir pasti hancur jika ini berlaku."

Kenyataan bangang Khir Toyo diteruskan lagi dengan berkata "Jika proses peralihan kuasa ini dilakukan segera, ia akan memberi ruang dan masa untuk Datuk Seri Najib melakukan sesuatu yang drastik, menyusun semula kabinet dan melakukan pembaharuan dalam parti."

Khir berkata jika kuasa diserahkan segera kepada timbalan Abdullah, "rancangan Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil pasti tergendala" dengan alasan sokongan ahli dan rakyat akan berubah kepada BN sebagai sokongan kepada Najib.

Khir Toyo ini memang tidak cerdik. Mungkin ada orang di belakang Khir Toyo yang menyebabkan Khir Toyo berani mengkritik Pak Lah.


MESYUARAT AGONG CAWANGAN PAYA DALAM MERIAH


Mesyuarat Agung PAS Cawangan Paya Dalam Tengah, Parlimen Bukit Katil Ahad lalu dijalankan dalam suasana yang sangat meriah di mana kehadiran perwakilan amat menggalakan.

Mesyuarat yang dijalankan di Pejabat PAS Cawangan Paya Dalam telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab, Ahad lalu.

Dalam ucapannya Sofi menjelaskan bahawa walaupun PAS tewas di kesemua kerusi yang ditandinginya di Melaka, namun undi yang diperolehi di Peti-Peti Undi rata-rata meningkat terutama di kawasan yang ramai pengundi Tionghua dan India.

"Ini menunjukkan bahawa rakyat tetap menerima PAS dan peluang bagi PAS untuk membuat kejutan sebagaimana di Johor tetap ada."

"Apa yang penting semua ahli dan petugas PAS mesti bekerja kuat dari sekarang mendekati pengundi dan menjalankan kerja-kerja kebajikan", tambah Sofi yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Turut hadir pada mesyuarat agung tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Salim Tahir yang juga merupakan Calon PAS DUN Ayer Molek.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59