Wednesday, 16 April 2008

PEMUDA BUKIT KATIL KOMITED UNTUK DEKATI GOLONGAN MUDA


Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil (DPPBK) dalam mesyuarat agong keempatnya Ahad lalu menegaskan bahawa mereka komited untuk melaksanakan program mendekati golongan pemuda bagi menjayakan hasrat untuk menyelamatkan diri dari terjebak ke lembah maksiat dan hedonisme.

Kenyataan itu dinyatakan oleh Ketua Lajnah Sukan, Seni dan Budaya DPPBK, Puhat Bedol selepas mesyuarat tersebut.

"Kami khususnya Lajnah Sukan, Seni dan Budaya akan cuba sedaya upaya menggerakkan aktiviti kepemudaan dalam usaha kita mendekati golongan ini yang rata-rata tidak tahu arah tujuan."

"Banyak aktiviti yang boleh dijalankan dalam usaha untuk menarik mereka. Biasanya acara sukan, rekreasi, seni, pelancongan dan sebagainya memang menarik minat mereka. Cuma kita mesti mempunyai dana yang cukup untuk menjayakannya" tegas Puhat.

Dalam perbahasan usul dan cadangan pada mesyuarat tersebut beberapa orang perwakilan mencadangkan agar lajnah ini bergerak aktif mendampingi remaja dan golongan pemuda.

"Kita tidak boleh menjauhkan diri dari mereka, semakin jauh kita dengan mereka maka semakin susahlah untuk mendapat sokongan mereka" tegas Khairul Amalin dari Cawangan Ayer Molek.

Mesyuarat Agong tersebut berlangsung dalam suasana yang ceria dan mendapat sambutan yang lebih baik berbanding tahun-tahun lepas.


KHIR TOYO SANGAT BERANGAN UNTUK JADI TAUKEH BABI


Rupa-rupanya Khir Toyo sangat berangan-angan untuk menjadi taukeh babi bersama dengan orang kuatnya ADUN Tangjung Sepat, Karim Mansur. Tetapi angan-angannya berkecai kerana BN kalah pada Pilihanraya Umum lalu.

Sebab itulah Khir Toyo dan Karim begitu lantang menghentam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam isu babi yang dibesar-besarkan oleh media pengampu BN.

Tembelang Khir Toyo dan Karim didedahkan oleh pemimpin MCA Dr Lee Chong Meng 2 hari lepas.


Hari ini Kerajaan Selangor pula mendedahkan foto-foto yang membuktikan pentadbiran BN sebelum ini berhasrat membangunkan projek ladang berpusat penternakan babi di Kuala Langat.


Exco kerajaan negeri Yaakob Sapari mendedahkan, antaranya, foto yang menunjukkan pemimpin Umno dan juga wakil rakyat Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, berdiri di luar petak ternakan dengan tangan menunjukkan lambang "bagus".


Yaakob berkata foto itu diharapkan boleh menjelaskan kepada ahli-ahli Umno bahawa parti itu tidak menentang projek tersebut."Kita harap beliau (Karim) berhenti mempolitikkan perkara itu mulai sekarang," kata Yaakob petang semalam, selepas taklimat projek tersebut kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dari Kuala Lumpur dan Selangor.


Karim dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo antara ahli politik Umno yang lantang menentang projek itu yang didakwa diluluskan sejak pentadbiran kerajaan BN lagi.Selepas seorang pemimpin MCA mendedahkan pembabitannya beberapa hari lalu, Karim - bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir - mengakui beliau terlibat dengan beberapa lawatan di luar negara, termasuk Jerman, untuk mengkaji sistem moden menternak babi.


Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng dilaporkan berkata sebuah syarikat bumiputera berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.Karim dilaporkan pernah berkata projek itu akan menyebabkan masalah kerana daerah Kuala Langat akan dikenali sebagai daerah penternakan babi.


Yaakob sebelum itu turut memberikan taklimat mendalam kepada wakil media tentang projek tersebut yang dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun.Berbeza dengan laporan awal, Yaakob berkata kerajaan negeri tidak membiayai projek tersebut kerana ia dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta, usahasama antara Persatuan Penternak Babi Kuala Langat dan sebuah lagi syarikat yang tidak dinamakan.


Yaakob berkata, syarikat itu - yang dijangka melabur R360 juta - akan dinamakan kemudian. Dalam projek itu, penternak-penternak akan melabur RM125 juta.Beliau juga memberi jaminan ia tidak akan mencemarkan kawasan sekitarnya kerana ladang itu tertutup dan dilengkapi penghawa dingin, manakala sisa ternakan dikitar semula untuk kegunaan ladang.Mengulas bantahan penduduk Melayu di daerah itu, Yaakob berkata ladang itu akan dialihkan ke tempat yang lebih jauh daripada lokasi cadangan asal.


Beliau juga berkata projek itu akan dibangunkan di kawasan tanah bukan Melayu dan jumlah haiwan yang diternak dihadkan kepada 250,000 ekor.Ladang Tumbuk di Kuala Langat menjadi tumpuan kegiatan penternakan binatang itu dan menerima rungutan penduduk sejak bertahun-tahun. Karim, dihubungi Malaysiakini kelmarin, menafikan beliau membantah projek tersebut seperti dilaporkan media berbahasa Melayu.


Malah, katanya, beliau terlibat dalam usaha memodenkan projek penternakan babi bermula sejak 2002 lagi.Bagi mengatasi masalah ladang haram penternakan haiwan itu dan pencemaran yang dihasilkannya, projek pemodenan itu diperkenalkan mulai 2005.


Tambahnya, mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).


ALI RUSTAM TERPAKSA 'MEMBLOG'.


Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam AKA Ali Ketam yang sebelum ini begitu lantang menghentam laman web dan blog-blog alternatif akhirnya terpaksa tunduk dengan arus dunia tanpa sempadan apabila melancarkan blognya sendiri baru-baru ini.

Kalau sebelum ini pelbagai cacian dan fitnah dilemparkan kepada laman-laman web dan blog-blog seperti tuduhan sebagai pemecah belah masyarakat, tukang fitnah, berita palsu dan sebagainya kini ramai dari pemimpin Umno/BN terpaksa juga membuka laman web atau blog sendiri guna untuk berpartisipasi di alam maya.

Seperti biasa pemimpin Umno/BN memang sentiasa terkebelakang dalam arus kemodenan dunia walaupun mereka mendabik dada merekalah yang menubuhkan MSC (Koridor Raya Multimedia) walaupun MSC ini mungkin sekarang hanya tinggal koridor sahaja.

Pemimpin dan Ahli Parti-parti pembangkang telah lama mempunyai blog sendiri dan berinteraksi antara satu sama lain dengan cepat dan pantas berbanding pemimpin Umno/BN yang masih terkial-kial belajar untuk menulis di dalam blog.

Begitulah perangai pemimpin Umno/BN yang sebenarnya tidak suka kepada kemodenan dan kecanggihan sistem komunikasi di dunia kerana mereka tahu jika sekiranya ramai rakyat yang mendapat akses kepada berita dan maklumat alternatif sudah tentu minda rakyat akan berubah.Sebab itu mereka lebih suka rakyat terus bodoh supaya senang mereka memBODOHkan rakyat dan senang untuk dicucuk hidung ketika pilihanraya.

Mengikut kajian laman web dan blog-blog alternatif menjadi salah satu dari penyumbang kepada kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum lalu.


KERAJAAN BN GAGAL KAWAL HARGA BERAS, RAKYAT TERUS MERANA


Bahana menyokong BN terus menghantui rakyat Malaysia apabila harga beras melambung tinggi sejak Ahad lalu.

Ini kerana kerajaan BN yang memerintah tidak tahu menguruskan masalah beras. Oleh kerana kesilapan mengundi BN selagi lagi, maka rakyat Malaysia dihukum dengan kenaikan harga beras ini.

Media hari ini melaporkan bahawa harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.

Kegagalan kerajaan Pusat mengawal harga beras ini adalah disebabkan kita tidak mempunyai stok beras tempatan yang mencukupi untuk kegunaan domestik. Ini disebabkan banyak kawasan jelapang padi telah ditukar kepada menjadi kawasan industri.

Ini juga bakal terjadi di kawasan ZIPY di Kedah di mana beribu hektar kawasan jelapang padi akan ditukar menjadi kawasan industri petroleum jika BN terus memerintah Kedah. Nasib baik rakyat Kedah cerdik dengan menumbangkan BN pada pilihanraya umum lalu.

Tinjauan mendapati beras Super Special 5% Tempatan jenama Jasmine naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit 5 kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80.

Pemantauan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendapati ia berlaku di kawasan bandar di seluruh negara termasuk di Lembah Klang.

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd. Yusof Abd. Rahman berkata, peningkatan harga itu perlu dibendung segera supaya tidak membebankan rakyat.

“Kita menerima laporan mengenai wujud kenaikan ini yang didakwa peniaga berpunca daripada peningkatan harga di peringkat global,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harga beras dunia yang kini berada pada paras AS$780 (RM2,464) setan metrik berbanding AS$360 (RM1,137) setan metrik pada akhir tahun lalu.

Harga tersebut dijangka meningkat antara AS$1,000 (RM3,160) hingga AS$1,200 (RM3,792) setan metrik dalam tempoh dua bulan akan datang kerana kesukaran memenuhi permintaan dan masalah untuk meningkatkan pengeluaran dalam masa singkat.

Kelmarin, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kerajaan akan menambah stok beras negara yang kini sebanyak 600,000 tan metrik kerana ia hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga bulan sahaja.

Mohd. Yusof berkata, orang ramai yang tidak mampu membeli beras mahal perlu beralih menggunakan beras gred super tempatan kerana ia dikawal oleh kerajaan.

“Tiada kenaikan terhadap beras jenis ini yang ditetapkan antara RM1.65 hingga RM1.80 sekilogram bagi harga runcit mengikut zon,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan perlu mengambil langkah meningkatkan kuantiti beras kawalan berkenaan berikutan terdapat aduan beberapa kawasan di seluruh negara berlaku kehabisan bekalan.

“Perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana ia menjadi alternatif kepada orang ramai yang tidak mampu membeli beras jenis lain yang semakin meningkat harga,” katanya.

Di ALOR STAR, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, harga beras di negeri itu naik kira-kira RM1 hingga RM2 sejak minggu lalu.

Menurut beliau, pejabatnya menerima lebih 100 panggilan telefon daripada pengguna yang mengadu kenaikan harga beras secara mendadak.

“Ada pengguna yang mengadu bahawa dia perlu membayar RM17.50 berbanding RM15.50 untuk sekampit berat 10 kilogram.

“Tinjauan saya juga mendapati banyak pekedai mendakwa mereka terpaksa menaikkan harga berikutan terpaksa membeli beras dengan harga yang mahal daripada pemborong,” ujarnya.
Menurutnya, Kedah merupakan jelapang padi negara dan masalah kekurangan beras tidak sepatutnya berlaku di negeri itu.

Di KOTA BHARU, harga beras gred super tempatan di sekitar bandar itu meningkat sebanyak 20 sen sejak minggu lalu, menjadikan ia kini berharga RM2.50 sekilogram.

Harga beras Siam pula meningkat secara mendadak iaitu antara 30 dan 40 peratus dengan beras gred A naik daripada RM2.50 sekilogram kepada RM4 sekilogram berikutan permintaan yang semakin bertambah dan kekurangan bekalan.

Harga beras tempatan dijangka terus meningkat berikutan kebanyakan penduduk yang menggunakan beras Siam mula bertukar kepada beras tempatan.

Tinjauan mendapati mendapati hanya sebilangan peniaga menaikkan harga beras gred super tempatan kerana bimbang dikenakan tindakan pihak berkuasa disebabkan bahan ruji itu adalah barangan kawalan.

Di KUANTAN, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang mendapati beras import seperti Basmathi mengalami kenaikan harga antara lima hingga 20 peratus sejak krisis pengeluaran barangan makanan itu berlaku.

Kecuali beras import, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan gred super tempatan di Pahang.

Pengarahnya, Abu Samah Shabudin berkata, orang ramai perlu faham, kerajaan hanya mengawal harga beras gred super tempatan yang mengandungi 15 peratus kandungan beras hancur dan ke bawah.

“Kita tidak mengawal harga beras import seperti jenis Basmathi,” katanya.
Di SHAH ALAM, tinjauan mendapati beras-beras import seperti Basmathi Super Special naik antara RM1 hingga RM4 sekampit.

Seorang peruncit di Seksyen 8, Nartini Mustar, berkata, beliau agak terkejut apabila melihat harga pada kampit-kampit beras yang baru sampai di kedainya tiga hari lalu naik mendadak.

Menurutnya, bagi beras Super Special 5 % Tempatan jenama Jasmin naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit lima kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80.

“Pelanggan-pelanggan juga merungut dengan kenaikan yang mendadak bagi beras jenama tersebut yang menjadi pilihan ramai,” katanya.

Bagaimanapun di Johor Bahru dan Kuching, tinjauan mendapat harga beras masih kekal pada paras biasa.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59