Sunday, 6 April 2008

MAHATHIR BERI AMARAN : UNDI PAK LAH ANDA AKAN MUSNAHKAN UMNO. PAKATAN RAKYAT BERSEDIA UNTUK PERINTAH MALAYSIA


Mahathir memberi amaran kepada ahli-ahli Umno supaya tidak menyokong Pak Lah kerana sokongan kepada Pak Lah akan memastikan Umno musnah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan kepada 500 ahli Umno pada satu majlis di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Mahathir, Pak Lah mengambil mudah dengan merasakan bahawa beliau mendapat sokongan padu parti dan memberikan peluang kepada orang di sekelilingnya bercakap benar.

"Saya yakin jika kita tidak melakukan sesuatu dan membiarkan perkara ini berlaku, jika kita meneruskan sokongan dengan mencium tangan menunjukkan sokongan kita ....dan bila kita kita cuba pulihkan Umno sudah tentu mustahil untuk kita melakukannya " kata Mahathir.

Kunci kepada gerakan untuk memulihkan Umno ialah dengan bertindak berani dan memberitahu Pak Lah bahawa ini adalah masa untuk beliau berundur, kata Mahathir.

"Jika kita harap orang ini (Pak Lah dan pengikutnya) untuk memulihkan Umno, ianya tidak akan berlaku."

"Masih ramai ahli Umno yang tidak berani" tambah beliau.

"Jika seorang yang melakukannya, mungkin dia akan ditahan di dalam ISA tetapi kalau 1000 atau 100,000 orang sudah tentu tidak ada tempat untuk mereka ditahan" kata Mahathir.

Nampaknya hari ini perbalahan Mahathir dan Pak Lah semakin memuncak apabila Pak Lah buat pertama kali menghentam dan menyerang Mahathir.

Dalam sidang akhbar hari ini Pak Lah dengan nada marah tetapi masih bergaya lembik berkata,
"Jangan ingat saya lembik, tapi yang lembik ni pun ada juga yang takut," katanya dalam TV3 suku sebentar tadi.

"Jangan anggap orang lain bodoh semua dalam UMNO, ingat Khairy seorang saja yang cerdik, yang boleh mengatur semua yang ada dalam Umno?," katanya lagi.

Akhirnya kelembikan Pak Lah yang sebelum ini tidak menghentam Mahathir secara terang-terangan sudah sampai ke kemuncak.

Selepas sudah pasti akan ada tindakan yang lebih drastik dan mungkin tragis akan diambil oleh Pak Lah demi untuk menyelamatkan karier politiknya.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya. Yang penting bagi kita kukuhkan Pakatan Rakyat dan bersedia bila-bila masa untuk mengambilalih tampuk pemerintahan Kerajaan Pusat kerana semua perkara boleh berlaku.

Mungkin akibat dari perbalahan antara Pak Lah-Mahathir-Ku Li akan menyebabkan Ahli Parlimen, penyokong dan pimpinan Umno/BN menyeberang untuk menyertai Pakatan Rakyat. Maka di saat itu kita sudah pasti akan menjadi kerajaan.

Bersedia wahai pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.


PAK LAH BEBAL, TUDUH SABOTAJ AHLI PUNCA UMNO KALAH


Presiden Umno, Imam Hadhari Wal Badawi semakin celaru dan bebal apabila menyalahkan ahli-ahli Umno yang dituduh mensabotaj Umno menyebabkan BN kalah pada PRU 12 yang lalu.

Beliau langsung tidak mahu mengakui kelemahan dan kelembikan beliau yang menyebabkan Umno tersembam dan tersungkur. Untuk menutup kelemahan itu beliau menyalahkan ahli-ahli Umno pula.

Inilah pemimpin yang tidak berjiwa besar dan tidak mahu mengakui kelemahan sendiri. Berbeza dari Koh Tsu Kon, Ong Ka Ting dan lain-lain yang sekurang-kurangnya mereka menolak untuk dilantik sebagai menteri kerana bertanggungjawab dengan kekalahan parti mereka.

Tetapi Imam Hadhari tidak sedemikian, dengan muka yang 'toye' dan tidak bermaya, beliau menuding jari kepada ahli-ahlinya sendiri dalam sidang akhbar hari ini.

Pemimpin seumpama ini diwajar disokong dan diangkat kerana jiwanya kecil dan tidak berani untuk mengakui kesilapan. Malah pemimpin lembik ini mempetaruhkan negara dan rakyat dengan terus ingin berkuasa sedangkan diri sendiri sudah tidak berupaya lagi.

Kini sudah sampai masanya semua pemimpin dan ahli-ahli Umno bangkit mendesak pemimpin lembik ini berundur sebelum negara kita hancur.


ANWAR PUJUK PEMIMPIN & AHLI PARLIMEN BN SABAH SARAWAK


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang ke Sabah dan Sarawak, tidak lama selepas lawatan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menguatkan lagi spekulasi awal bahawa wujud keresahan politik dalam kalangan ahli parlimen BN."Insya Allah saya akan ke sana dalam masa terdekat," katanya hari ini, menjawab pertanyaan seorang pengunjung blognya kelmarin.

Pengunjung itu yang dikenali Datuk Halik Zaman mengharapkan "amanat yang segar" daripada bekas timbalan perdana menteri itu kepada barisan pemimpin PKR Sabah yang, menurutnya, "kurang arif dengan istilah 'hikmah muafakat' dalam PKR."

"Agar tidak ada lagi orang-orang Sabah berani menulis poster dengan tulisan PKRS (Parti Keadilan Rakyat Sabah)," tulis pengunjung itu 3 April."(Keadaan) ini mungkin kerana sebilangan pemimpin parti masih ada lagi kurang arif tentang istilah PKR," katanya lagi, "lalu mengadakan 'jurang perbezaan antara Sabah dan Semenanjung' maka timbullah PKRS.

"Anwar menambah, melalui coretan ringkas di blognya, banyak liputan media menyatakan beliau ke Kota Kinabalu dan Kuching sesudah pilihanraya umum ke-12. "Walhal saya belum pun ke sana. (ketawa) Siapa gerangan pelanduk dua serupa?" katanya.Malaysia timur mula menjadi perhatian selepas pilihanraya umum 8 Mac susulan ura-ura sebahagian wakil rakyat BN akan melompat kepada parti-parti pembangkang. BN Sabah dan Sarawak juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan pengagihan jawatan dalam kabinet.

Dua ahli parlimen Sabah meninggalkan jawatan timbalan menteri yang ditugaskan kepada mereka, sementara dua wakil rakyat BN Sarawak menimbulkan kegemparan apabila tersebar khabar angin mereka telah keluar parti sebagai membantah barisan kabinet 2008.

Anwar sendiri menyatakan beliau berhubung dengan wakil-wakil BN di Malaysia timur dalam rangka mengalih sokongan kepada Pakatan Rakyat.Abdullah baru-baru ini ke Kuching, antaranya, dipercayai untuk meredakan ura-ura usaha melompat parti. BN Sarawak kemudiannya menyatakan kesetiaan bersama Perdana Menteri dan tidak akan berpindah sokongan kepada pembangkang.

Semuanya ini gara-gara tersebar berita bahawa pembangkang berusaha "membeli" 30 wakil BN untuk mencapai jumlah majoriti dua pertiga - dan sekali gus membentuk kerajaan persekutuan. BN menang di 140 kerusi parlimen, manakala PKR (31), DAP (28) dan PAS (23).


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59