Thursday, 27 March 2008

DERIH TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI

Akhirnya Derih Jusoh tersungkur menyembah bumi apabila MT membuat keputusan menerima perlantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu. Keputusan itu pada mesyuarat MT Umno bermula jam 3 petang tadi.

"Tiada seorang pun (ahli MT) yang bantah," kata seorang anggota majlis itu Datuk Abdul Rahman Bakar kepada Malaysiakini, sejurus sebelum presiden Umno mengumumkannya.

Susulan itu, kata ketua bahagian Marang itu, presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh menerima pelantikan Ahmad.

Wakil rakyat Kijal itu menerima watikah pelantikan daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Ahad lalu tetapi gagal mengangkat sumpah, seperti jadual asal, apabila istiadat itu dipulaukan oleh 23 lagi wakil BN.

Kumpulan 22 wakil rakyat BN itu mahu mengekalkan Idris, antaranya, dengan alasan beliau mendapat dukungan majoriti dan sokongan Perdana Menteri. Idris, sebagai ketua perhubungan Umno negeri, hadir bersama Abdul Rahman dan ketua Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.Majlis Tertinggi dianggotai 52 orang pemimpin Umno.

Dalam sidang medianya tadi, Abdullah berkata keutamaan Umno negeri itu adalah untuk melantik barisan ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri secepat mungkin. Abdullah juga menafikan keputusan MT menerima Ahmad sebagai "memalukan" beliau dan parti.Keputusan MPPR akan diterima oleh Idris dan 22 penyokongnya itu, tambah Abdullah.

Mesyuarat itu, yang diadakan di ibu pejabat Umno mulai pukul 3 petang, berlangsung lebih empat jam. Ia diadakan kali kedua selepas tamat pilihanraya umum 8 Mac.Abdullah juga mengumumkan Ahmad sebagai menteri besar dalam sidang medianya tadi.Idris, yang dikatakan mengadakan pertemuan dengan 22 wakil rakyat yang menyokongnya, gagal dikesan.

Kumpulan lebih 10 wartawan berada di luar bilik pertemuan itu di tingkat 38 bangunan ibu pejabat Umno menunggu selama tiga jam sehingga pukul 10 malam.Sementara itu, Badan Pencegah Rasuah dilaporkan sedang menyiasat penyelewengan seorang ahli politik Terengganu yang membabitkan tiga projek di Kijal dan Chukai, kedua-duanya di Kemaman.

Polis negeri pula menyatakan sebanyak 26 aduan diterima sepanjang krisis pelantikan menteri besar tetapi hanya empat kertas siasatan dibuka, antaranya kain rentang bertulisan "Kami nak Idris, natang".

KU LI MULA DAPAT SOKONGAN

Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mula mendapat sokongan apabila beberapa orang Ketua Bahagian Umno mula berani untuk bertemunya.

Hari ini Ku Li mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 ahli UMNO termasuk lebih 10 ketua bahagian di kediamannya di Kuala Lumpur.

Antara yang hadir ialah bekas Menteri Penerangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr. Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping).

Ini merupakan suatu perkembangan menarik dan ianya memberikan tamparan hebat kepada Imam Hadhari yang seboleh-bolehnya mahu menghalang sesiapa sahaja dari bertemu Ku Li.

GEMPAR LAGI. TIMBALAN MENTERI LETAK JAWATAN. IMAM AL HADHARI SEMAKIN TIDAK DIHORMATI

Imam Hadhari semakin tidak dihormati apabila keputusannya untuk melantik beberapa individu untuk menganggotai kabinetnya dicemari dengan perletakan jawatan beberapa orang timbalan menteri.

Terbaru Datuk Abdul Ghapur Salleh Ahli Parlimen Kalabakan Sabah pula meletakkan jawatan.

Lebih kurang seminggu sejak dilantik, beliau membuat kegemparan apabila meletak jawatannya sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Surat peletakan jawatan pemimpin Umno itu dikirim semalam kepada Perdana Menteri dan berkuatkuasa serta-merta.

Perkembangan mengejutkan ini satu lagi tamparan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dipersalahkan atas ketewasan besar-besaran BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Peletakan jawatan ahli parlimen Kalabakan, yang menang tanpa bertanding dalam pilihanraya umum lalu, mengikut jejak dua lagi ahli parlimen BN yang enggan menerima jawatan timbalan menteri selepas nama mereka diumumkan dalam barisan kabinet pada 18 Mac.

Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, menolak jawatan timbalan menteri pengangkutan. Manakala ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak jawatan timbalan menteri luar.

Kedua-duanya dilaporkan menolak, antaranya, dengan alasan telah lama berkhidmat dan sewajarnya diberikan jawatan menteri.Penolakan seumpama itu dipercayai pertama kali berlaku.

Malaysiakini difahamkan, surat peletakan jawatan Abdul Ghapur dikirim melalui faksimili ke pejabat Perdana Menteri petang semalam. Malam tadi desas-desus tentangnya mula berkembang melalui mesej SMS dan laman-laman web, termasuk percubaan untuk menekannya agar menarik balik surat tersebut.

Setakat ini belum jelas sebab-sebab beliau berbuat demikian. Perdana Menteri setakat tengah malam tadi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.Selain itu, pemilihan kabinet Abdullah kali ini menyaksikan perasaan kurang senang yang meluas di beberapa negeri dan dalam kalangan beberapa tokoh.

Sehari selepas pengumuman kabinet, ahli parlimen Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melepaskan jawatan setiausaha agung Umno dan BN susulan penggugurannya daripada kabinet.

Datuk Seri Rafidah Aziz, wakil Kuala Kangsar, melahirkan rasa terkejut.Di Sabah, beberapa pemimpin parti komponen BN termasuk Umno berasa tidak dihargai walaupun telah memberi sokongan besar dalam pilihanraya ke-12.

Gara-gara itu, dua ahli parlimen dari Sarawak dilaporkan ingin meninggalkan BN - Datuk Dr Tiki Lafe (Mas Gading) dan Richard Riot (Serian) bagaimanapun menafikannya.

KUSUT MASAI

Umno semakin kusut masai apabila gagal menyelesaikan isu perlantikan MB Terengganu. Ini semua disebabkan nafsu mengatasi segala-galanya. Jawatan, projek, harta, pangkat dan wang ringgit menjadi matlamat mereka menjadi MB menjadikan jawatan tersebut sebagai matlamat untuk mencapai cita-cita peribadi. Di tambah lagi dengan dokongan kuat pemimpin utama yang juga mempunyai kepentingan peribadi.

Akhirnya Tuanku Sultan diketepikan dan diderhakai. Inilah Umno yang 'beriman' dengan matlamat menghalalkan cara. Pemimpin Umno tidak menghiraukan sesiapa, tidak kira Sultan, ulama' apatah lagi rakyat biasa akan ditendang dan diterajang asalkan mereka mendapat apa yang dihajati.

Media hari ini melaporkan bahawa kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu masih belum menunjukkan sebarang penyelesaian muktamad walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam.

Pertemuan itu yang merupakan acara menghadap mingguan pada setiap Rabu dikatakan turut membincangkan isu pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang dibantah oleh 23 ADUN Barisan Nasional (BN) negeri ini.

Beberapa jam selepas Abdullah menghadap Seri Paduka, bekas Menteri Besar yang merupakan ADUN Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan menemui Abdullah selama setengah jam di Putrajaya bermula pukul 12.45 tengah hari.

Namun tiada sebarang pengumuman mengenai kedua-dua pertemuan itu dibuat oleh Abdullah yang mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet semalam.

Sehingga malam tadi, kedudukan Idris dan Ahmad dikatakan belum jelas, tetapi para pegawai UMNO membayangkan isu itu sudah pasti dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan esok.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosol Wahid berkata, semua ADUN BN Terengganu bersedia menerima apa sahaja arahan Abdullah sebagai penyelesaian kepada kemelut politik itu.

Katanya, buat masa ini pendirian mereka masih sama iaitu menyokong pelantikan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu sebagai Menteri Besar.

Rosol menolak desas-desus yang mengatakan terdapat dalam kalangan 23 ADUN yang berdiri di belakang Idris telah beralih menyokong Ahmad yang dilantik oleh istana.

“Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun (sokong Idris) adalah atas arahan presiden.

“Dapat saja arahan daripada Presiden, kita akan adakan perjumpaan untuk membincangkan arahan yang diberikan,” kata Rosol ketika dihubungi.

Menurutnya, kesemua 23 ADUN terlibat masih berada di ibu negara. Kecuali Idris, mereka belum dipanggil bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan perkara itu.

Beliau percaya kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu akan mencapai jalan penyelesaian esok.

Katanya: “Berdoalah untuk penyelesaian terbaik demi kepentingan rakyat Terengganu.”

Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu melantik Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu Ahad lalu walaupun orang yang memperoleh watikah daripada Perdana Menteri untuk menjadi Menteri Besar ialah Idris.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59